Thursday, August 16, 2007

tentang dia



Kesempatan untuk bersama dia petang minggu lalu sedikit mengurangkan rasa rinduku padanya. Seperti biasa sebelum dia datang dia akan menghantar sms,

Dia: Ada beli pucuk ubi kah?
Aku: Ada, kenapa?
Dia: Sa p tpt ko, pucuk paku ada?
Aku : Ada jg. Dtg la.

Seperti itu lah dia. Petang itu dia katakan padaku tekak Dusunnya akan meraung-raung kalau tidak makan pucuk ubi seminggu. Alahai, rupanya tidak banyak yang boleh diubah oleh jarak dan masa ya. Buktinya sewaktu kami melayan pucuk paku dan pucuk ubi dia masih mencari limau kasturi ( dibuat asam ) sebagai pelengkap menu hari minggu. Dia makan bersungguh-sungguh. Mulutnya yang comel tidak berhenti-henti mengunyah dan aku jadi seronok melayannya. Seketika aku dilambung ombak rindu yang kemudian hanyutkan aku ke lautan silam. Aku seolah olah melihat anak kecil berkulit hitam berlari keliling perigi ketika dipaksa mandi petang. Dia akan segera berhenti bila melihat mama membawa 'gula-gula panjang'(rotan). Juga masih jelas dimata, bertahun dulu dia panjat pokok jambu batu di depan rumah dan menyanyi-nyanyi lagu yang diajar disekolah. Lebih kurang macam ni:-

Rumah kecil kusayang
Letak di tepi sawah
Sungguh cantik dipandang
Kudatang pagi petang


Sesekali dia nyanyi begini. Lagu Sang kancil:-

Ada cerita lama sang kancil dan buaya
sang kancil sangat cerdik buaya akal pendek
kaki kancil digigit
sang kancil pun menjerit
itu bukan kakiku hanyalah kaya
buaya pun keliru kaki disangka kayu
kau mudah kena tipu kau tak berilmu


Selepas menyanyi lagu tu, dia ketawa suka hati. Lagu yang sama diulang. Dan ketawa lagi. Bila sudah menjadi gadis sunti, dia mula menghafal lagu-lagu pop dan menulisnya dalam buku latihan sekolah. Kadang-kadang bila nonong (sepupu) datang, rumah kami akan bertukar menjadi sebuah klinik. Dia akan jadi doktor dan nonong akan jadi mama budak yang sakit. Macam-macam lah jenis penyakit dan banyak jugalah jenis ubat yang kebanyakan namanya aku sendiri pun tak pernah dengar. Aku ketawa-ketawa sendiri.

Puluhan tahun berlalu, kini dia sudah dewasa. Bukan lagi berkulit hitam seperti dulu. Tidak mungkin lagi berpeluang merasa gula-gula panjang mama. Juga tidak lagi main doktor-doktor. Pun begitu, saya berharap dia tidak melupakan lagu-lagu hits atas pokok jambu batu dan berharap sangat satu hari kami boleh menyusuri batas bendang mencari kangkung liar.

Tentang kangkung dia pernah berbisik pada ku( takut didengari oleh makcik penjual sayur ),

Kangkung di sini nda sedap kan. Tidak macam di kampung. Ingat lagi kah kita pigi di sawah dorang si Imbat ambil kangkung. Ada bunyi pok..pok..pok..( bila kangkung muda '
'dipetik' bunyinya macam tu)’

Masa dia berbisik begitu, aku rasa ingin menangis. Bukan sebab kangkung. Bukan. Tapi kerana masa. Masa yang cepat meninggalkan kami. Masa yang licik merampas dia dari aku. Terasa baru semalam kami didodoi dan bermimpi dari tilam yang sama, tapi hari ini kami sudah berdiri atas jalan yang berbeza.

Pun begitu, siapa pun dia kini, bagaimana pun dia. Ingin sekali ku bisikkan satu hal yang tidak pernah berubah, tentang kasih sayangku padanya. Adik perempuan ku satu-satunya.


Dua tiga kucing berlari
Mana sama si kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Mana sama adik seorang.

3 comments:

Puteri Ezza said...

Salam Ungu :-)

Salam perkenalan. Senang-senang datang blog ya.

UNGU said...

salam perkenalan puteri ezza.
terima kasih kerana meninggalkan jejak di laman ungu.

Kay Masingan said...

Tentang dia? untuk siapa?

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP