Friday, August 24, 2007

one sweet day


i)
Minggu ni rasa lambat sangat berlalu. Antara semua minggu inilah minggu yang paling bosan, sibuk, sedih dan gembira. Nda pernah saya ada rasa yang bercampur-campur macam ni. Mari saya khabarkan sebab-sebabnya-
  • Bosan-Semua kawan blog sedang bercuti.
    -Hari-hari hujan ( sampai berakar duduk di rumah ).

  • Sibuk-Mencari sijil-sijil Zaman Tok Janggut yang ntah saya simpan dalam kotak yang
    mana satu.( banyak betul kotak).
    -menyusun baju-baju lama mau bawa balik kg.

  • Sedih- ???????? .
    -??????????? .
    - TIBA-TIBA SAJA.
  • Gembira/teruja- hari-hari si Rabbit ada masa melayan saya.
    -ada kawan yang tengah bercuti pun boleh online .
    -pergi menderma di Giant dgn adik kesayangan .
    -jejak kasih dengan c usim.
    -dapat berbual dengan mak buyung ( kakak saya ) .
    -dapat tengok c Annabelle n mummy dia( ym chat) .
    -c Boboy dapat baby girl- Eve Vallery .
    -MINGGU DEPAN MO BALIK KG..YAHOOOO
    !
ii)
-c Kay n Rabbit tanya, saya buat apa bawa balik kotak banyak-banyak. Tapau KLCC ka..?
-tidak banyak laa.4 kotak ja ( 2 kotak tu berisi baju-baju antik, yang 2 lagi KOSONG).
-yang kosong tu tempat simpan barang2 yang akan di bawa balik di sini nanti..Contohnya pisang rabus, ikan masin, tuhau, dll ( hanya saya dan rabbit ja yang tau).
iii)
Saya khabarkan kelahiran generasi baru—

Debra Pramita( diba)-mummy dia c Nanak
Annabelle Cynthia( oyo)-mummy dia c Rabbit
Eve Vallery(?)-mummy dia c Boboy
Bixler Neghal( adik ), Dixler Kelvin ( bibing),
Rayvester Keavin( cincan)-mummy dorang c Unsub
Jasmine Eve-nama anak saya yang belum lahir
lagi..hahaha.

Kay, Usim, Mimi, Nurul, JusJus....BILA LAGI.???????
iv)
Masa layan c Abby Fana ( Sinar FM ), saya sempat memasukkan dalam otak beberapa pesan yang saya rasa berguna-
Lelaki sering mencop perempuan sebagai kelompok yang suka dengan PERHATIAN, sebab itu selalu pakai lipstick warna MERAH.
Tapi, perempuan bilang lelaki suka memerhati tetapi TIDAK PEKA. Mana ada semua warna merah..tengo betul2..
Saya menulis dengan hati yang riang dan bersih. Tiada niat mahu menyindir sesiapa. Teringat dengan seorang abang sekursus di UM dulu. Abang ni selalu sangat komplen warna lipstick saya. Siap bagi tips pemilihan yang sesuai lagi..Yang betul-betul tertanam di kepala saya-jangan pakai lipstick warna pink, buruk. Silaka! Tapi hari ni saya terfikir belum habis lagi lelaki yang peka rupa-rupanya..!
Mana sudah lipstick pink saya tu..?
v)
AMARAN..!
Ruangan ini untuk Rabbit sahaja.
Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada tuhau di sana
Bawa-bawalah simpan k.

layan blues

Sudirman Hj. Arshad - Merisik Khabar


Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...

Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...

( korus )
Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan , mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati

Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu...

Monday, August 20, 2007

dari Nilai

Sekadar isyarat telah mengupdatekan blog. Pagi selasa ni tiba-tiba terasa mahu menyanyi. Naa marilah kita menghibur hati dengan lagu kegemaran mama saya...

Mengapa Dirindu ( Uji Rashid )

Anak punai anak merbah
Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang
Mengapa dikenang

Asal kapas jadi benang
Dari benang dibuat baju
Barang lepas jangan kenang
Sudah jadi orang baru
Mengapa dirindu

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati
Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi
Kasih yang baru simpan di hati

Selat teduh lautan tenang
Banyak labuh perahu Aceh
Jangan kesal jangan kenang
Walau hati rasa pedih
Mengapa bersedih

Kalau pinang masih muda
Rasanya kelat sudahlah pasti
Kalau hilang kasih lama
Cari lain untuk ganti
Mengapa dinanti

Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati
Patah 'kan tumbuh hilang berganti
Akan sembuh kalau diubati

Sayang mengapa dirindu
Kerana terlalu melayan lagu ni, tiba-tiba teringat pula dengan seorang kawan lama yang pernah menghantar sms dan bercerita tentang dirinya yang banyak kali putus cinta. Saya simpati. Dari jauh mengirim doa untuknya. Dia nampak bersungguh-sungguh, tapi sering cintanya layu. Sehingga satu tahap dia sudah tidak percaya pada perempuan. Saya ingin pujuk dia dengan puisi ini-

Buat Terakhir Kali ( puisi copy n paste )

Buat terakhir kali
aku ingin merayu
jangan buang rindu itu,
kita berdua
pernah akrab kerananya.

Buat terakhir kali
aku ingin merayu
jangan benci luka ini,
kita berdua
jadi dewasa kerananya.

Buat terakhir kali
aku ingin katakan
rindu itu lebih berharga
luka ini lebih bermakna
dari sebuah cinta lama
yang tidak lagi menyala
di hati yang sama.

Puisi yang pelik tapi sesuai. Sebab? Saya cuba mewakili perempuan-perempuan yang pernah me'layu'kan cintanya. Setiap orang punya hak untuk memilih dan apabila perempuannya memilih untuk berpisah, tinggalah dia mengarang lagu-lagu luka sendiri. Saya teringat kata-kata hero filem Melayu Rosyam Nor dalam filem Laila Isabella- hidup seperti anak panah. Kita lepaskan dan berharap ia tepat ke arah sasaran. Tetapi sayang, apabila dilanggar angin, anak panah akan berubah hala. Ke arah yang kita tidak jangka. Namun, ia sebenarnya membuka ruang baru untuk kita. Ruang untuk meneliti dan menghargai diri apa adanya. Kemudian kita akan belajar jadi dewasa. Percayalah!

Kata salah seorang teman blog saya :-

Suatu ketika, kita pernah disakiti. Kemudian kita berusaha untuk pulih semula. Didatangkan lagi dengan tawaran cinta yang baru, bersama ‘harga-harga’ yang istimewa.
‘ Pakej-pakej yang luar biasa.’ Tapi ketika ini, kita telah tahu bahawa kecintaan yang kita punya itu sudah ada nilainya yang tersendiri. Telah diletakkan harga tertentu.

Dan sebagai perempuan yang pernah akrab dengannya satu ketika dulu, saya ingin berpesan begini -bercandalah ditaman bunga, di sana Hawamu.

Sunday, August 19, 2007

jom ketawa

Mary Sue di Hotel Mewah
Mary Sue datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang Mary Sue akan menginap.Mary Sue mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Mary Sue melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut."Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!""Nyonya, ini adalah lif" jawab pelayan tu selamber.



Drakula dan Ahli Sihir

"Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa berjumpa ahli sihir.Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia. Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir. "Saya akan hantar kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya ahli sihir.Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH,heh...heh...heh...". Ahli sihir pun bersetuju dan menukar drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun.Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. "Saya akan memberi satu lagi peluang" kata ahli sihir. "Saya akan hantarkan kamu balik ke bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan kamu?". Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Ahli sihir fikir sekejap dan kata "Kalau itu yg awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK.Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. "Saya akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir "Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA. So,apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir.Dracula yg masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH... heh.. heh.. heh..". "No problem" kata ahli sihir dan terus menukar Dracula menjadi Tuala Wanita WING MAXI PAD.

Thursday, August 16, 2007

tentang dia



Kesempatan untuk bersama dia petang minggu lalu sedikit mengurangkan rasa rinduku padanya. Seperti biasa sebelum dia datang dia akan menghantar sms,

Dia: Ada beli pucuk ubi kah?
Aku: Ada, kenapa?
Dia: Sa p tpt ko, pucuk paku ada?
Aku : Ada jg. Dtg la.

Seperti itu lah dia. Petang itu dia katakan padaku tekak Dusunnya akan meraung-raung kalau tidak makan pucuk ubi seminggu. Alahai, rupanya tidak banyak yang boleh diubah oleh jarak dan masa ya. Buktinya sewaktu kami melayan pucuk paku dan pucuk ubi dia masih mencari limau kasturi ( dibuat asam ) sebagai pelengkap menu hari minggu. Dia makan bersungguh-sungguh. Mulutnya yang comel tidak berhenti-henti mengunyah dan aku jadi seronok melayannya. Seketika aku dilambung ombak rindu yang kemudian hanyutkan aku ke lautan silam. Aku seolah olah melihat anak kecil berkulit hitam berlari keliling perigi ketika dipaksa mandi petang. Dia akan segera berhenti bila melihat mama membawa 'gula-gula panjang'(rotan). Juga masih jelas dimata, bertahun dulu dia panjat pokok jambu batu di depan rumah dan menyanyi-nyanyi lagu yang diajar disekolah. Lebih kurang macam ni:-

Rumah kecil kusayang
Letak di tepi sawah
Sungguh cantik dipandang
Kudatang pagi petang


Sesekali dia nyanyi begini. Lagu Sang kancil:-

Ada cerita lama sang kancil dan buaya
sang kancil sangat cerdik buaya akal pendek
kaki kancil digigit
sang kancil pun menjerit
itu bukan kakiku hanyalah kaya
buaya pun keliru kaki disangka kayu
kau mudah kena tipu kau tak berilmu


Selepas menyanyi lagu tu, dia ketawa suka hati. Lagu yang sama diulang. Dan ketawa lagi. Bila sudah menjadi gadis sunti, dia mula menghafal lagu-lagu pop dan menulisnya dalam buku latihan sekolah. Kadang-kadang bila nonong (sepupu) datang, rumah kami akan bertukar menjadi sebuah klinik. Dia akan jadi doktor dan nonong akan jadi mama budak yang sakit. Macam-macam lah jenis penyakit dan banyak jugalah jenis ubat yang kebanyakan namanya aku sendiri pun tak pernah dengar. Aku ketawa-ketawa sendiri.

Puluhan tahun berlalu, kini dia sudah dewasa. Bukan lagi berkulit hitam seperti dulu. Tidak mungkin lagi berpeluang merasa gula-gula panjang mama. Juga tidak lagi main doktor-doktor. Pun begitu, saya berharap dia tidak melupakan lagu-lagu hits atas pokok jambu batu dan berharap sangat satu hari kami boleh menyusuri batas bendang mencari kangkung liar.

Tentang kangkung dia pernah berbisik pada ku( takut didengari oleh makcik penjual sayur ),

Kangkung di sini nda sedap kan. Tidak macam di kampung. Ingat lagi kah kita pigi di sawah dorang si Imbat ambil kangkung. Ada bunyi pok..pok..pok..( bila kangkung muda '
'dipetik' bunyinya macam tu)’

Masa dia berbisik begitu, aku rasa ingin menangis. Bukan sebab kangkung. Bukan. Tapi kerana masa. Masa yang cepat meninggalkan kami. Masa yang licik merampas dia dari aku. Terasa baru semalam kami didodoi dan bermimpi dari tilam yang sama, tapi hari ini kami sudah berdiri atas jalan yang berbeza.

Pun begitu, siapa pun dia kini, bagaimana pun dia. Ingin sekali ku bisikkan satu hal yang tidak pernah berubah, tentang kasih sayangku padanya. Adik perempuan ku satu-satunya.


Dua tiga kucing berlari
Mana sama si kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Mana sama adik seorang.

Sunday, August 12, 2007

Kita pernah berjualan kuih ke segenap kampung
Ada ketika kita menyinggah dulu untuk bermandian di sungai
Pernah kita berebutan mengutip mangga di tepi hutan.

Sepulang sekolah
Kepala kita pernah disangkutkan beg sekolah berisi buku
Berlumba sambil ketawa berkaki ayam
Jalanan lecak dan debu dibetis
Cumalah sebahagian kawan-kawan kita yang paling akrab.

Kita pernah berlumba kerbau mencari penuggutan
Berbekal nasi sejuk berlauk ikan masin
Memanjat pokok dan saling berteriak
Kemudian masuk ke gigi air
Meniud turonggou.

Sekembali ini setelah puluhan tahun berlalu
Aku sendiri-sendiri di tepian Sungai Minuradsung

Memintal kenangan menjadi lagu kenangan
Tentang karud-karud kita yang sudah tiada
Telah berkorban untuk keramaian kerabat kita
Tentang datuk yang sudah lama berkelana
Tanah penuggutannya pun sudah diwariskan.

Kalian pun tidak lagi selalu di sini
Barangkali seperti aku juga
Kala ku datang-kalian pergi
Ketika kalian datang-aku pun pergi.



( tanpa izin saya meminjam puisi ini untuk menghias laman ungu. puisi hasil jemari kandawaitopurak.blogdrive. terima kasih kandawai, kerana ia mungkin kisah kita bersama)

Thursday, August 9, 2007

LABYRINTH


Ulasan buku ( labyrinth )

Saya baru sahaja habis membaca LABYRINTH, sebuah novel melayu karya Imaen yang diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing. Selama ini saya selalu bersikap dingin dan berat sebelah terhadap peranan penulis lelaki yang mewarnai industri penulisan tempatan. Satu-satunya penulis lelaki yang pernah tersenarai dihati saya ialah Ramlee Awang Murshid, itupun mungkin kerana beliau merupakan penulis tersohor dari negeri kelahiran saya. Gaya penulisan yang tergolong dalam romantis-thriller beberapa kali menyebabkan saya seperti bermain tarik tali sama ada menghabiskan cerita atau tidak walaupun novel beliau sudah ditangan saya. Hanya selepas membaca karya Imaen- V- Vendetta dalam Novel 3in1 Gurindam Jiwa hati saya tiba-tiba terpaut. Terpaut pada cerita romantis-thriller. Terpaut pada gaya penulisannya yang bersungguh-sungguh khususnya dalam LABYRINTH.
(1). Pemilihan perkataan tidak berlebih-lebih tapi cukup membuai. (2)Sarat dengan pelbagai maklumat tetapi disampaikan secara santai. (3)Lebih mempersona kerana ia mengajak kita berfikir tentang fenomena sekeliling.(4) Menggunakan idea tokoh sejarah dan (5) Novel ini juga menunjukkan penulis mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang tinggi terhadap agama khususnya Islam dan saya mengandaikan kekuatan karya ini terletak di sini.

1.-Senyum tawar itu masih belum mahu layu dari bibir Kamal. Dia merasa seperti Dani si pakar linguistic ini dapat mencium wangi bahagia yang telah hilang dihatinya..m/s 91
-Segala-galanya indah di sini. Syurga dunia untuk yang tidak punya hasrat ingin ke syurga di akhirat nanti. Di sudut paling hujung mereka dipersilakan duduk. Jauh dari khalayak. Jauh daripada TUHAN…m/s 127

2.-Grafologi itu ialah satu kaedah untuk mengganalisa karakter seseorang berdasarkan tulisan atau tandatangannya. Secara ringkasnya tulisan kita sebenarnya ialah apa yang di panggil brain writing dan ini merupakan refleksi kepada personality seseorang individu….m/s 29
-Balet ini sebenarnya satu bentuk tarian yang boleh dikategorikan sebagai tarian naratif ataupun bercerita…balet bermula sebagai tarian teaterikal di Greek dan Rom…Etimologi perkataan balet itu sendiri merujuk kepada bagaimana seni ini berkembang. Perkataan balet dalam bahasa Inggeris dipinjam daripada bahasa Perancis pada abad ke enam belas. Perancis pula mengambilnya daripada perkataan Itali iaitu Ballero iaitu tarian. Ballero itu pula diambil daripada perkataan Latin..m/s 281-282

3.-Selain harta, rupa-rupanya ada lagi syarat bahagia yang lain; usia dan kecantikan atau ketampanan. Kalau kau hodoh dan tua, haram bahagia itu menjadi milikmu? Sekali lagi, orang yang beranggapan begini, pada mereka Tuhan itu pilih kasih. Ada diskriminasi yang lebih dasyat daripada apartheid. Sebab apartheid itu menurut pengertian UNESCO ialah penindasan berdasarkan perbezaan biologi nyata dan tidak nyata manuisa yang di sebabkan oleh perbezaan ras. m/s 342

4.-Terfikir aku bagaimana dengan pendapat Ibnu Khaldun yang menyatakan bahawa prasyarat untuk sesuatu bangsa hendak maju ialah ilmu mesti diajar dalam bahasa ibunda. Kalau benar teorinya itu alangkah malangnya nasib negaraku. m/s 116
-“Benarkan saya meminjam kata-kata Akbar Tanjung, demokrasi itu sudah dilanyak beramai-ramai”. Dia diam seperti berfikir, apakah patut diteruskan lagi hujahnya tentang demokrasi. Kemudian dia menyambung,”demokrasi, kalau Aristotle, kalau Socrates hidup semula mereka pasti tidak kenal demokrasi yang dunia amalkan sekarang.” m/s 65

5.-Tiba-tiba ada rasa bersalah dalam hatinya. Saat ini dia merasa lebih hina daripada sami itu. Sekurang-kurangnya sami itu tidak kufur kepada agamanya. Tapi aku..aku kufur kepada agamaku. Agamaku yang ku akui benar itu! Malah tarafku kini..aku kufur dalam ukuran mana-mana agama yang ada di atas muka bumi ini! m/s 377

Jika selama ini saya hanya memperuntukkan 2 atau 3 jam untuk satu novel tapi untuk karya Imaen saya terpaksa memperuntukkan 3 hari ( bukan sepanjang masa) menghabiskannya. Almaklum sajalah otak orang kelas bawahan. Bayangkan ada bab yang saya baca berulang kali dan perlu berfikir semasa membaca setiap lembar. Lebih kurang membaca teks sejarah sewaktu sekolah tinggi dulu. Secara ringkas, ia mengisahkan usahasama Kamal (anggota polis ) dan Dani(pensyarah bahasa ) dalam menyelesaikan kes pembunuhan bersiri di sekitar Kuala Lumpur. Ia turut memaparkan pergolakan rumahtangga Kamal dan usaha Dani memiliki gadis impiannya, Maira.
Kepada yang berkongsi minat dengan saya, silalah dapatkan buku ini. Saya percaya kamu juga setuju dengan kata-kata saya.

Bahasa diamlah yang paling sukar. Dalam diam ada seribu pengertian. Dalam diam ada seribu soalan. Dalam diam ada seribu jawapan. Dalam diam ada seribu tafsiran. Dengan diam orang boleh berkata ‘aku cinta padamu’. Dan dalam diam orang boleh berkata ‘ kita tidak sehaluan lagI’-( LABYRINTH ).

Kiri jalan kanan pun jalan
tengah-tengah pohon mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu


Wednesday, August 8, 2007

puisi hari khamis

Dengan nikmat nafas dari NYA
aku masih mampu melangkah dan berlari
mendongak, tunduk dan masih mampu berpaling
menyesali yang lalu
sebagai pedoman dan pengajaran
untuk meniti titi hidup kini....
....walau tidak dapat kupadamkan hitam itu
menjadi putih semula
namun dengan nikmat nafas dari NYA
aku yakin aku masih ada sisa waktu
untuk bermula dari PERTENGAHAN
Sebait puisi yang mengejutkan aku dipagi khamis ini.
Puitis dan cukup menyedarkan manusia lalai seperti aku.

Monday, August 6, 2007

pesan pada angin

Duhai angin
titipkan salam ini
buat hati yang sedang menunggu
bawakan kenangan yang membara
bawakan ingatan yang belum padam.

Duhai angin
dalam diam membelah rimba
dalam sepi merentas samudera
jangan cicirkan sebaris pun pesan
nanti ada rindu yang tak sampai.

Duhai angin bila ingin kembali (lagi) ke sini
bawakan aura Teluk Sepanggar
jinakkan rasa yang meronta ini
lunakkan jiwa yang asyik bergetar.

Wahai angin mari kukhabarkan padamu
satu rahsia terpendam,
bahawa di teluk yang diam itu
ada kasih yang pernah tertinggal.

(Angin, carilah kasih itu
sebelum ombak yang culas
hanyutkan ia ke teluk lain...)

mari kita berjiwang-jiwang..

Friday, August 3, 2007

sesekali mengingati mati

i) Pagi tadi aku melihat kanopi terpacak dihadapan kedai menjual cenderahati yang sebaris dengan kedudukan kedaiku. Hati kecil bertanya kenduri apa ya? Beberapa jam selepas itu baru aku tahu rupa-rupanya mak cik( yang punya kedai tu ) meninggal semalam. Seketika aku terkejut. Rasanya baru beberapa hari lalu aku berbual-bual dengan dia. Memandangkan anak perempuannya yang belum kawin tu kawan baik aku , maka kira boleh tahan juga la aku bertandang di sana. Sebentar tadi aku membulatkan hati untuk berziarah seikhlasnya walaupun dia bukan sebangsa dan seagama denganku. Aku melihat sekeliing, ada beberapa orang tetamu Melayu, Cina dan aku rasa akulah satu-satunya dari suku pribumi Borneo. Juga sempat memerhati kedai yang kelmarinnya sangat meriah dengan kehadiran anak cucu mendiang ( dia tinggal dengan anak lelaki yang telah berkahwin dan beranak satu, seorang anak perempuan yang baru berkahwin 2 bulan lepas, seorang anak perempuan yang belum berkahwin dan seorang pembantu rumah) kini bertukar menjadi suasana yang suram. Selain tangisan, hanya bunyi lagu sembahyang dan asap colok sahaja yang memenuhi ruang. Aku berpaling di sisi kanan dan melihat beberapa jambangan bunga yang tentunya dihantar oleh kenalan keluarga. Bunga yang cantik dengan susun atur yang pelbagai sesekali membuatkan aku lupa tentang kematian. Aku yang alpa terlupa bahawa hidup dan mati hanya dipisahkan dengan sebuah sempadan. Aku tertunduk. Tapi dengan dua sebab, pertama, aku mengirim doa dengan caraku sendiri untuk dia dan kedua, aku menangis-mengingati diriku yang belum cukup bekalan untuk menghadapi mati.

untuk mendiang- semoga aman damai dialam sana,
untuk yang ditinggalkan- semoga redha dengan hukum kehidupan bahawa yang hidup akan pergi bila sampai waktunya.

Thursday, August 2, 2007

happy birthday Malaysia


Selamat hari jadi Malaysia
Happy birthday to you 3x
Malaysia
Happy birthday to you
Wah.! Patriotiknya aku hari ini. Terjangkit demam kura birthday Malaysia mungkin ni. Kalau Pak Menteri nampak semangatku yang berkobar-kobar macam ni tentu jadi menyesal sebab tak ambil aku jadi kuli dia . Satu-satunya yang silap sebab aku nyanyi dalam tandas dan bukan dihadapan rumah sambil menaikkan bendera Malaysia. Kalau aku buat macam tu mau tak meraung Pak Menteri nanti sebab menyesal sungguh-sungguh. Sebenarnya aku cuma mengamalkan peribahasa lama sambil menyelam sambil ‘buang’ air. Sebab tu lah menyanyi dalam tandas. Aku ni bukan nak cerita pasal lagu tapi termelalut sikit pula. Aku nak cerita pasal makan dan jiran rumah aku yang baru.
Tengah hari tadi aku makan ikan kembong masak asam pedas ( ikan yang dibeli di pasar malam semalam walaupun dah naik harga), sayur kangkung tumis dan bendi lecur. Selepas itu, sempat pula menonton sinetron ‘cintaku dirumah susun’ di astro prima sambil mengunyah kacang tanah yang dijual oleh agen jualan langsung ( dari rumah ke rumah). Dia berdagang sambil diiringi lagu-lagu lama—lagu ketipung payung kemudian disambung dengan lagu lenggang-lenggang kangkong. Pelik tapi benar sang agen ialah makcik cina sebaya ibu saya. Tiga kali seminggu dia pasti melalui kawasan perumahan kami untuk menjalankan roadshow dan bila saja lagu tema kedengaran kami berduyun-duyun keluar dan berdiri ditepi jalan seperti sedang menunggu lintas hormat dari Askar Melayu Diraja semata-mata menunggu kacang tanah cap tangan. Kesempatan itu aku gunakan untuk berbual-bual dengan jiran sebelah yang baru pindah dan juga kakak Indon yang duduk selang dua rumah juga dengan makcik India yang menghuni rumah setentang dengan rumah ‘agamku’. Perbualan lebih banyak berkisar tentang kacang tanah atau paling tidak pun pasal keadaan cuaca yang sentiasa hujan—banjir. Aku melirik pada jiran sebelah yang dalam jangkaanku lewat 30-an. Raut wajah betul-betul cina. Kulit putih melepak, rambut lurus bak rebonding dan sepasang mata sepet yang besar sedikit dari biji timun ( sepet yang betul-betul sepet). Kataku dalam hati, oh ini rupa-rupanya ‘makcik’ yang selalu pasang lagu Teresa Teng kuat-kuat tu. Lagu tu hari-hari dia pasang sampai aku dah naik hafal. Macam ni la lebih kurang lagunya—
ni wen wo ai ni you
duo shenwo ai
ni you ji fenwo
de qing ye zhenwo
de ai ye zhenyue
liang dai biao
wo de xin
Maaflah ya kalau sebutan tak betul. Aku mengeja ikut citarasa sendiri. Secukup rasa. Ketika masing-masing hendak mengunci pintu pagar, jiran sebelah tiba-tiba membuka mulut
Jiran : amoi ada tau ka sapa duduk sini (tafsiran saya—kenal tak dengan orang kawasan kejiranan )
Aku : ada tau, ada tau tau ( maksud saya—ada yang saya kenal dan ada yang tidak )
Jiran: kasi cerita sikit
Aku : Jiran sebelah ni ( menuding jari sebelah kiri )orang Vietnam duduk. Dua bilik kasi sewa orang. Itu pasal ramai orang keluar masuk. (Aku membuat penerangan ringkas mengikut informasi terkini) Depan sana itu India duduk. Sebelah India, orang Melayu duduk..
Jiran : ya ka amoi ? Apa pasal saya tengo itu lelaki serupa cina.
Aku : Sudah menilik rupanya jiran aku ni ( dalam hati ). Itu Melayu kawin Cina la amoi
Aku juga menggunakan ‘amoi’ untuk membahasakan dia. Lebih mesra alam.
Jiran: oh itu macam kaa..
Aku: ah..itu macam la
Aku cepat-cepat membuka grill takut diwawancara hal-hal yang aku tidak pakar. Maklum sajalah walaupun dah duduk 3 tahun ditaman ini tapi kenalan hampir tiada. Mungkin aku ni tak mesra alam. Kawan dari alam flora tu adalah..hehe aku terkekeh dalam hati. Lucu dengan lawak sendiri. Tiba-tiba jiran baru tu seru aku lagi..adoi potong stim betul la..
Aku : ya amoi
Jiran : ini tempat tada hal ah. Saya tengo lain macam saja. Ada banyak macam orang. Itu Bangla ada, indon ada, siam ada..sumua macam pun ada..
Aku: tada apa la amoi, ini tempat ada banyak kilang. Itu pasal banyak orang asing duduk sini. Kalau nak duduk tempat sunyi pergilah kat kutub utara, aku menyambung dalam hati.
Jiran: oh patut lah itu macam. Awak kerja mana?
Kan aku dah cakap akhirnya mesti dia bedah siasat aku sekali.
Aku : kerja dekat-dekat sini saja la. Jaga kedai.
Malas nak buat penerangan
Aku: Amoi dulu duduk mana? turut membedah
Jiran: Dulu kerja Melaka
Aku: ohh.
Aku cepat-cepat potong cakap takut nanti penerangannya melimpah ruah.
Aku: Eh.. saya masuk dulu ya.. ada kerja sikit.
Sambil buat mimik muka yang macam tengah pujuk anak makan bubur. Aku cepat meminta diri sebelum dia sempat membuka bab 1. Tadi tu prolog.
Jiran : yalah amoi. Ada masa nanti kita cerita lagi.
Mungkin dia sudah membaca sikapku yang melayannya ala kadar saja kut. Aku senyum dan mengangguk. Cepat-cepat membuka grill.Masuk saja dalam rumah aku cepat-cepat buka TV. Sebenarnya itu ‘kerja’ yang penting sangat tu. Mana boleh tinggal tengok cerita yang buat aku mengilai-ngilai selama 1 jam. Cerita dari seberang.
Selepas tertera perkataan ‘Bersambung’ di skrin TV, aku cepat2 meng’on’ computer. Duduk mengarang lagi. Dalam aku mencari ilham tiba-tiba aku teringat lagu ‘birthday’ pagi tadi, merdeka sudahkah kita? Selepas 50 tahun ( termasuk tahun ini ) kita mengira laungan merdeka, adakah kita sudah benar-benar bebas. Dengan sikap kita yang bergantung sepenuhnya pada tenaga kerja asing—dari kerja biasa-biasa sehingga luar biasa kita sebenarnya masih merayu-rayu dengan pendatang asing( wah! macam PM buat ulasan malam merdeka pula). Yalah, dulu-dulu waktu zaman Tok Janggut dan Mat Saleh mereka tidaklah pemalas dan merayu-rayu minta ditolong macam kita. Aneh. Kita yang sempat menikmati rasa merdeka, kini beria-ia pula ingin kembali ke Zaman Batu. Macam aku tadi tidak bersungguh-sungguh mempraktikkan nilai murni yang dipelajari dalam subjek Pendidkan Moral di tingkatan 4 dulu. Juga tidak seperti makcik cina (penjual kacang ) yang masih menghargai lagu-lagu lama. Lagu melayu pula tu. Sebenarnya kini kita jauh lebih mundur berbanding zaman 50-an dulu kerana kini kita bukan sahaja dijajah secara fizikal tetapi juga minda.
Merdekakah kita bulan ini? Hati kecil saya jujur berkata TIDAK. Namun itu bukan bermakna saya tidak bersyukur dengan segala nikmat duduk di negara lubuk RM ini. Saya sungguh-sungguh bersyukur. Teringat pula dengan ikan kembong yang saya makan tak habis tengah hari tadi, saya terfikir, masih adakah lagi anak-anak Palestin yang boleh menjamah makanan seenak itu. Pada ketika saya ketawa mengilai-ngilai menonton tv tadi saya teringat wanita dan anak-anak disempadan Thailand. Hati kecil saya bertanya masih bolehkah mereka ketawa gembira seperti saya bila yang tersayang menghembus nafas dihujung peluru.. Mengingati semua itu saya tidak jadi mengutuk Malaysia.
Tapi saya sangat berharap merdeka tahun ini kita boleh tadahkan tangan bersyukur atas segala limpah kurnia yang diturunkan dibumi bertuah ini. Lupakan seketika percikan bunga api dan majlis yang membazir—salaurkan RM pada yang lebih memerlukan.
Semoga tahun depan saya masih boleh makan ikan kembong ( yang sudah turun harga mungkin waktu itu ) dan masih boleh mengilai depan TV. Dan kalau boleh biarlah pada masa itu saya sedang menonton karya anak tempatan.
ini kisah kureng benar. saja2 menulis utk hilangkan ngantuk

Wednesday, August 1, 2007

tempat jauh lagi dikenang inikan pula tempat bermain


Suatu waktu dahulu

Tempat itu penuh damai. Tempat itu penuh santun. Tempat itu akrab dengan rasa malu. Tapi itu kisah dulu, kisah 18 tahun dahulu. Bermula dengan kisah masyarakatnya yang ramah tapi penuh santun sehinggalah pada kerukunannya yang sungguh-sungguh. Pada waktu itu, di tempat ini peribahasa lama 'berat sama dipikul ringan sama dijinjing' amat sesuai sekali digunapakai. Bila sesekali berlaku sengketa, maka berduyun-duyunlah tua-tua menjadi kitab rujukan. Tiada dendam dihati dan semuanya dianggap rencah yang mencukupkan syarat hidup bermasyarakat. Tidak kedengaran sangat kisah-kisah sumbang dan asing dikalangan anak-anak muda. Cuma sesekali dan ya..sekadar kes-kes terpencil untuk menunjukkan ditempat ini masih ada anak-anak muda yang sudah dewasa. Kalau bab nikah dan kawin, biar hantaran sedikit tapi harus berwaktu. Rokok daun akan disusun menghikayat susur galur keluarga dan ia menjadi satu kewajiban.
Hembusan bayu terasa nyaman. Air sungainya mengalir tenang. Burung selamat membuat sarang. Pokok paku pakis bebas tumbuh meliar. Juga masih kelihatan anak kerbau seronok berkubang. Demikianlah kisahnya..
Selepas satu dekad…..

Masih damai tapi tidak setelus dulu. Masih lagi berlagak santun sungguhpun banyak cerita dibalik baju. Sesekali kelihatan malu tapi rasanya dibuat-buat. Mungkin ini penangan era globalisasi. Era Bill Gates. Semuanya harus cepat, tangkas dan padat. Biar masa 24 jam itu diisi sepenuhnya dengan perkara yang boleh menambahkan RM, sehingga selalu sangat terlupa anak, bini dan jiran sebelah rumah. Bila bernikah kawin tiada lagi menyusun rokok daun, cuma yang ada hantaran berpuluh ribu biarpun kadang tidak berwali. Majlisnya kalau boleh biar kelihatan macam suku sakat anak raja. Melebih-lebih. Anak-anak muda juga sibuk memberitahu dunia mereka dihujani kemajuan. Hello..jangan sampai lemas ya! Kalau ya pun berinternet atu ber 3G jangan sampai buat-buat tak kenal guli atau galah panjang. Kalau terjadi begitu, tolonglah fikir kembali. Jika tidak mampu juga, saya cadangkan pergilah terjun dalam laut biar berjasa pada ikan-ikan kembong yang tengah naik saham sekarang ni.
Sesungguhnya kemajuan ini mengorbankan banyak benda yang asli, damai dan nyaman itu.
( Saya bukan menolak kemajuan cuma, rasanya lebih baik kalau dapat dikekalkan apa yang diwarisi dan teruskanlah memburu bintang ). Jangan sampai kita tidak mampu lagi menebus harganya yang bernilai itu. Saya cuma hamba yang menyampaikan titah perintah orang tua-tua lewat peribahasa ‘nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong pun berciciran’. Tapi kalau dah boleh lari laju macam Asafa Powell dan ada kocek ajaib macam Doremon yang boleh simpan seluruh isi bumi dalam perut, tak payahlah nak menyusahkan diri lagi memikirkan peribahasa zaman 50-an ini. Tapi kalau sebaliknya maka bawa-bawalah membaca dan memahami ya. Sendiri mau ingat laa..

Ini kisah benar. Kisah sebuah tempat dihujung Kota Kecil dipulau itu. Tempat yang paling mesra dihati. Alahai..tempat jauh lagikan ‘dikutuk’, inikan pula tempat bermain.

V-Vendetta


Orang kata perempuan pada umur dua puluhan masih banyak yang belum diketahui tentangnya, dia umpama Benua Gelap Afrika, lelaki mahu ke sana. Bila masuk tiga puluhan dia eksotik dan mistik seperti India, lelaki tertarik misterinya. Masuk saja empat puluhan dia elegan dan ada kelas seperti benua Eropah, lelaki tertawan dengan penampilannya. Waktu lima puluhan pula sofistikated dan moden seperti Amerika, lelaki mengaguminya. Tapi bila masuk usia enam puluhan dia jadi seperti Siberia, semua orang tahu di mana letaknya Siberia tapi tidak siapa mahu ke sana.
( dipetik dari V-vendetta, Gurindam Jiwa)

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP