Thursday, August 9, 2007

LABYRINTH


Ulasan buku ( labyrinth )

Saya baru sahaja habis membaca LABYRINTH, sebuah novel melayu karya Imaen yang diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing. Selama ini saya selalu bersikap dingin dan berat sebelah terhadap peranan penulis lelaki yang mewarnai industri penulisan tempatan. Satu-satunya penulis lelaki yang pernah tersenarai dihati saya ialah Ramlee Awang Murshid, itupun mungkin kerana beliau merupakan penulis tersohor dari negeri kelahiran saya. Gaya penulisan yang tergolong dalam romantis-thriller beberapa kali menyebabkan saya seperti bermain tarik tali sama ada menghabiskan cerita atau tidak walaupun novel beliau sudah ditangan saya. Hanya selepas membaca karya Imaen- V- Vendetta dalam Novel 3in1 Gurindam Jiwa hati saya tiba-tiba terpaut. Terpaut pada cerita romantis-thriller. Terpaut pada gaya penulisannya yang bersungguh-sungguh khususnya dalam LABYRINTH.
(1). Pemilihan perkataan tidak berlebih-lebih tapi cukup membuai. (2)Sarat dengan pelbagai maklumat tetapi disampaikan secara santai. (3)Lebih mempersona kerana ia mengajak kita berfikir tentang fenomena sekeliling.(4) Menggunakan idea tokoh sejarah dan (5) Novel ini juga menunjukkan penulis mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang tinggi terhadap agama khususnya Islam dan saya mengandaikan kekuatan karya ini terletak di sini.

1.-Senyum tawar itu masih belum mahu layu dari bibir Kamal. Dia merasa seperti Dani si pakar linguistic ini dapat mencium wangi bahagia yang telah hilang dihatinya..m/s 91
-Segala-galanya indah di sini. Syurga dunia untuk yang tidak punya hasrat ingin ke syurga di akhirat nanti. Di sudut paling hujung mereka dipersilakan duduk. Jauh dari khalayak. Jauh daripada TUHAN…m/s 127

2.-Grafologi itu ialah satu kaedah untuk mengganalisa karakter seseorang berdasarkan tulisan atau tandatangannya. Secara ringkasnya tulisan kita sebenarnya ialah apa yang di panggil brain writing dan ini merupakan refleksi kepada personality seseorang individu….m/s 29
-Balet ini sebenarnya satu bentuk tarian yang boleh dikategorikan sebagai tarian naratif ataupun bercerita…balet bermula sebagai tarian teaterikal di Greek dan Rom…Etimologi perkataan balet itu sendiri merujuk kepada bagaimana seni ini berkembang. Perkataan balet dalam bahasa Inggeris dipinjam daripada bahasa Perancis pada abad ke enam belas. Perancis pula mengambilnya daripada perkataan Itali iaitu Ballero iaitu tarian. Ballero itu pula diambil daripada perkataan Latin..m/s 281-282

3.-Selain harta, rupa-rupanya ada lagi syarat bahagia yang lain; usia dan kecantikan atau ketampanan. Kalau kau hodoh dan tua, haram bahagia itu menjadi milikmu? Sekali lagi, orang yang beranggapan begini, pada mereka Tuhan itu pilih kasih. Ada diskriminasi yang lebih dasyat daripada apartheid. Sebab apartheid itu menurut pengertian UNESCO ialah penindasan berdasarkan perbezaan biologi nyata dan tidak nyata manuisa yang di sebabkan oleh perbezaan ras. m/s 342

4.-Terfikir aku bagaimana dengan pendapat Ibnu Khaldun yang menyatakan bahawa prasyarat untuk sesuatu bangsa hendak maju ialah ilmu mesti diajar dalam bahasa ibunda. Kalau benar teorinya itu alangkah malangnya nasib negaraku. m/s 116
-“Benarkan saya meminjam kata-kata Akbar Tanjung, demokrasi itu sudah dilanyak beramai-ramai”. Dia diam seperti berfikir, apakah patut diteruskan lagi hujahnya tentang demokrasi. Kemudian dia menyambung,”demokrasi, kalau Aristotle, kalau Socrates hidup semula mereka pasti tidak kenal demokrasi yang dunia amalkan sekarang.” m/s 65

5.-Tiba-tiba ada rasa bersalah dalam hatinya. Saat ini dia merasa lebih hina daripada sami itu. Sekurang-kurangnya sami itu tidak kufur kepada agamanya. Tapi aku..aku kufur kepada agamaku. Agamaku yang ku akui benar itu! Malah tarafku kini..aku kufur dalam ukuran mana-mana agama yang ada di atas muka bumi ini! m/s 377

Jika selama ini saya hanya memperuntukkan 2 atau 3 jam untuk satu novel tapi untuk karya Imaen saya terpaksa memperuntukkan 3 hari ( bukan sepanjang masa) menghabiskannya. Almaklum sajalah otak orang kelas bawahan. Bayangkan ada bab yang saya baca berulang kali dan perlu berfikir semasa membaca setiap lembar. Lebih kurang membaca teks sejarah sewaktu sekolah tinggi dulu. Secara ringkas, ia mengisahkan usahasama Kamal (anggota polis ) dan Dani(pensyarah bahasa ) dalam menyelesaikan kes pembunuhan bersiri di sekitar Kuala Lumpur. Ia turut memaparkan pergolakan rumahtangga Kamal dan usaha Dani memiliki gadis impiannya, Maira.
Kepada yang berkongsi minat dengan saya, silalah dapatkan buku ini. Saya percaya kamu juga setuju dengan kata-kata saya.

Bahasa diamlah yang paling sukar. Dalam diam ada seribu pengertian. Dalam diam ada seribu soalan. Dalam diam ada seribu jawapan. Dalam diam ada seribu tafsiran. Dengan diam orang boleh berkata ‘aku cinta padamu’. Dan dalam diam orang boleh berkata ‘ kita tidak sehaluan lagI’-( LABYRINTH ).

Kiri jalan kanan pun jalan
tengah-tengah pohon mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu


3 comments:

Kay Masingan said...

kirim jangan pesan pun jangan
sama-sama menanggung rindu

- diam juga kerana hadirnya keegoan diri yang tebal dalam diri kita masing-masing. Dan bila masa tidak lagi menunggu, maka kita akan selalu berkata, "alangkah baiknya jika aku..., "apakah akan terjadi kalau dulu aku....."

UNGU said...

tukar pantun laa

kiri jalan kanan pun jalan
tengah-tengah pohon mengkudu
kirim jangan pesan pun jangan
sama-sama keras kepala

hehe..pantun ni ada dalam buku yg sa baca 2..

Kay Masingan said...

Ungu, penulis buku ni siap meningalkan jejak di chat room ungu lagi. maksudnya ungu memberikan ulasan yg kira ada UMPH! la tu

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP