Tuesday, March 18, 2008

Catatan Rindu Ungu di Bibir Malam Yang Bisu

Tudung periuk pandai menari,
Menari lagu putera mahkota,
Kain yang buruk berikan kami,
Buat menyapu si ayer mata..


Tiba-tiba selepas saja menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) siang tadi, hati saya bersayu-sayu. Berhiba-hiba. Warna ungu jadi kelabu. Saya jadi patung bisu duduk menghadap cermin di bilik B103. Meneliti diri kembali. Aduh! alangkah seksanya melalui musim semi yang kelabu ini. Bunga-bunga di hati saya semakin layu. Dalam hati berlagu sepi. Lagi dan lagi.


Dibatas Sedar
Kusemai bunga cinta dari setangkup angkuhmu
Kukejar mimpi biar kubentangakan di hadapanmu
Kupetik bintang meski tak mungkin ku kan bisa terbang mengapaimu
Telah kau berlayar mencuri hati ungu
Tapi hairan
Aku kau tingalkan di pelabuhan
Sendirian.



Sekadar catatan rindu yang ungu di bibir malam yang bisu!

Monday, March 17, 2008

Novel baru


Cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin

Inilah... sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.

Ini novel pertama yang berjaya dibeli sejak saya kembali di Tanah Lahir. Ia berjaya saya temui sewaktu saya sibuk mencari buku Kajian Tempatan tahun 6 beberapa minggu lalu. Ingatkan penyakit gila novel berkurangan bila di'kurung' di IP Tuaran. Silap. Rupa-rupanya penyakit semakin menjadi-jadi. Nyaris kritikan ilmiah yang saya hasilkan menjadi karya jiwang.

Kalau sampai itu terjadi alangkah.. Lawaknya!

Saturday, March 15, 2008

Geram Tahap Gaban!

Saya hampir-hampir mahu merendam hp kesayangan dalam baldi yang penuh air sabun. Nasib baik otak sempat berfikir. Sempat menegur hati. Memberitahu elaun belum masuk lagi..hehe! Nanti tak pasal-pasal saya kembali ke zaman gelap. Sebenarnya saya dilanda GERAM. Geram tahap gaban. Tahap yang tidak boleh dibantu. Geram yang bukan alang-alang. Pendek kata, geram tahap serius.

Kawan baik saya yang berseri-seri dengan potongan rambut baru sempat memancing rasa saya. Tanya dia, geram dengan siapa? Saya jawab, dengan diri sendiri. Pasal? Eh..tak payah cakap lah. Bikin malu diri sendiri saja. Haha..dia ketawa sampai mata dusun yang cantik itu jadi mata anak cina. Sepet macam biji timun. Mesti dia ingat saya buat lawak antarabangsa lagi. Tapi dia silap. Kali ni saya betul-betul serius.

Dia cakap lagi..Uii, focus buat assignment dulu. Jangan selalu layan mood jiwang. Haha..!kali ini saya yang ketawa. Tapi tiada rasa. Tawar.

Sudah siap bah. Seminggu saya berguru dengan buku Mok Son Sang. Sekarang ni, emosi saya ada gangguan. Saya bimbang jadi produk yang tidak seimbang.

Ada sesiapa yang sudi membantu? Hantar saya ke kutub utara. Supaya aman damai.

Geram! Sebab tidak dapat benda yang saya mahu.

Geram! 102%

jadi, simpan saja rasa itu..!

Hati yang disembunyikan

terhadang gunung dan rimba
hati ini kita sembunyikan
rasa ini kita kambuskan
pada alasan-alasan kelam
tiada terukur punca
tiada tergali pendamai setia

hati ini kita sembunyikan
dari rasa berterus terang
kelambunya tebal tenunan kerahsiaan
tidak terduga kanta jiwa dan firasat indera
walau direnung dalam dan dalam

rasa ini kita kambuskan
kukuhlah benteng keegoan
berajalah jurang semakin dalam
jadi gerigis menghiris kesetiaan

tingkah mendatar tak berpenghujungan
pada alasan-alasan yang kelam
jadilah hati penunggu musim-musim suram
tanpa alam berseri
tanpa ceria memberi salam

setia ini aku ucapkan
bertampuk pada hati yang kau sembunyikan
lerainya nanti mungkin kerana masa
memuput sehelai nyawa kembali kepadaNya.

Alamak! ungu sakit

...............................saya sakit............................
.........................sakit hati.........................
...................................macam mana ni???
bunga ungu layu lagi..................

Saturday, March 1, 2008

Ungu yg baru

Sungguh! laut itu ngeri...Mencatat sejarah parah.
Tapi aneh, tiba-tiba teringin kembali ke laut..Kenapa ya?
Hari peringatan persatuan pandu puteri kadet malaysia
22.02.08
hehe..



ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP