Tuesday, August 26, 2008

Satu Hari Di Medan Selera

Ungu, Lina, Yan- yang penat menunggu tom yam.
Tolong perasan, kami makan dengan mood romantik ya.!

Saturday, August 23, 2008

Bukan untuk sesiapa


Kalau masih ada luka
Setelah saling kita bermaaf
Sama ada diruang hatiku
Atau dipenjuru hatimu
Pujuklah dengan sepotong rasa percaya
Yang katamu alas paling kukuh
Antara kita.


Ajar diri kita
Agar lebih berani
Memilih kalau perlu memilih
Memutuskan kalau perlu diputuskan
Siapa yang lebih berhak
Siapa yang lebih wajar
Untuk diam dihati kita
Pujuklah musim
Agar tidak pantas berganti
Beri waktu untuk rasa ini
Tumbuh
Bertunas dan
Berbunga di taman hati kita.

Catatan Minuradsung ( Hilo Pampang Id Piras Bawang Liwogu )

Catatan Minuradsung ( i)

Kelat. Dahi saya berkerut menahan rasa asing yang menjalar dipermukaan lidah. Makcik saya ( sepatutnya kakak ) tersenyum melihat telatah saya. Satu peneguhan positif yang menjadikan saya tambah galak. Saya buat-buat pandai. Mengambil daun sirih kemudian mencalit secubit kapur dan..nyum..nyum. Alamak! tidak sedap la..( dalam hati).

"Kenapa potong rambut? " soalan pertama yang sudah dijangka.
"Panas" selambanya saya menjawab. Jari jemari saya masih sibuk menyelongkar plastik hitam tempat penyimpanan’tingaton’ yang jarang-jarang terlepas dari tangan makcik. Saya sempat mengejar anak mata makcik yang mencebik tanda tidak setuju.

Sejak 10 tahun lalu kebelakangan ini, ini lah kali pertama saya memotong rambut sependek ini. Sangat pendek dan sangat tidak lawa ( kata makcik saya semalam). Dui na..kalau memang tidak lawa pakai rambut Siti Nurhaliza sekalipun tetap tidak lawa tapi kalau ‘andang-andang’ lawa, buatlah rambut macam mana sekalipun tetap kelihatan lawa. ( Si Kay blg ini ayat pesimis ).

Cantik atau tidak tu sebenarnya dari kita saja ( dari kau saja bah itu ). Cantik umpama sebuah taman bunga. Kak Neng cakap bunga mawar cantik, Cik Sepet cakap bunga kekwa yang lebih cantik dan saya tetap mahu menobatkan orkid sebagai bunga paling cantik dimuka bumi ini. Sekali sekala saya curang dengan meletakkan sedikit ruang dihati untuk si teratai ungu. Paling pelik Si Nick cakap kaktus ialah bunga paling cantik..haha ( kaktus tu dalam kumpulan bunga kah?)


( penama-penama diatas sila maafkan saya kerana TERpaksa melibatkan kamu dalam urusan peribadi di laman ungu ini. Segala tindakan susulan pihak yang maksudkan saya terima dengan rela hati)


Kesimpulannya, cantik atau tidak, itu terpulang pada pada ‘tilikan’ kita masing-masing. Pada satu hari saya ditanya begini-apa yang kamu faham tentang cantik? Secara spontan saya menjawab-cantik itu bila dia:-


#Yakin diri
#Sentiasa tersenyum
#Bijak
#Tidak mewarna rambut dan
#Dia ada hati yang baik


Jadi sekian saja saya melalut tentang CANTIK. Kita kembali kepada matlamat asal..


Saya memerhatikan gerai yang cukup sederhana ini. Ada pinang muda yang bergantungan. Ada pisang emas masak yang dijual. Beberapa buah kerusi plastik. Meja kayu. Dan pengunjungnya yang yang cukup biasa-biasa. Pendek kata tempat ini cukup sederhana. Dan kesederhanaan inilah yang berjaya memujuk saya bertandang ke sini buat pertama kalinya. Puluhan tahun yang lalu, tempat inilah yang menyaksikan saya membesar. Dari seorang budak nakal yang comot sehingga menjadi gadis sunti yang naif. Semuanya menjadi sebuah jurnal hidup disini. Nun disana sungai Minuradsung yang kini cetek airnya, sebenarnya tempat saya berkubang selepas penat main ‘jadi-jadi’ satu ketika dulu. Berkubang dengan kawan sekolah merupakan acara harian yang wajib.

Beberapa meter di seberang sungai ini terletaknya sekolah pertama saya. Sekolah pertama yang mengajar saya mengenal huruf. Sekolah yang menyimpan banyak cerita seorang kakak-kanak, cinta monyet seorang gadis sunti dan tempat pertama dia mewarna cita-citanya. Tempat yang penuh nostalgia ini sekali lagi menjadi sangat mesra dihati saya.


Sebelum beransur pergi saya sempat mencari-cari tapak jambatan gantung yang sudah tiada. 20 tahun yang lalu saya pernah menangis diusik di atas jambatan usang itu. Saya sebenarnya gayat dengan tempat tinggi. Dari dulu, kini dan selamanya..( belum ada tanda-tanda untuk sembuh ). Menangis? Satu perkara yang selalu saya lakukan untuk menunjukkan emosi. Sama ada saya takut, sedih, marah, kecewa dan gembira sekalipun, saya tetap menangis. Aneh kan?


Zzzziiiiipppppppp..rancangan tergendala sebentar...


Ingatan saya mati tiba-tiba. Tumpuan tersasar dari matlamat. Tanak wagu dusun terakhir ( perkataan terakhir itu hanya melazatkan lagi ayat) itu benar-benar menarik perhatian saya. Mata bundar yang banyak rahsia, rambut pendek kemas yang berpacak-pacak dan senyuman nakal menghias bibir bebas rokok itu cukup menjadikan dia lelaki sempurna dimata saya (dan dihati). Paling mengejutkan saya, dia sangat fasih berbahasa dusun. Bonus untuk dia dan satu cabaran untuk saya. Aik? Kenapa perlu jadikan itu cabaran? Bukannya saya tidak reti berbahasa dusun ( helah bela diri ) cuma jarang dipraktikkan. Moral dari ayat ini ialah-selalulah bercakap dusun.


*********************************************************************************************************

CATATAN MINURADSUNG (ii)


Kalau masih ada luka
Setelah saling kita bermaaf
Sama ada diruang hatiku
Atau dipenjuru hatimu
Pujuklah dengan sepotong rasa percaya
Yang katamu alas paling kukuh
Antara kita.

Ajar diri kita
Agar lebih berani
Memilih kalau perlu memilih
Memutuskan kalau perlu diputuskan
Siapa yang lebih berhak
Siapa yang lebih wajar
Untuk diam dihati kita
Pujuklah musim
Agar tidak pantas berganti
Beri waktu untuk rasa ini
Tumbuh
Bertunas dan
Berbunga di taman hati kita.


**********************************************************

CATATAN MINURADSUNG (iii)


Betul. Saya tidak minta lebih dari ini. Cukuplah kalau saya mendapat satu ruang dihati dia. Itu saja.






Sunday, August 17, 2008

Boring Sunday!

Pada satu hari, saya dilanda keboringan yang sangat-sangat boring. Tahap gaban punya keboringan. Tapi untuk kebahagiaan semua pihak, saya mewar-warkan bahawa saat ini saya sangat bahagia, gembira dan berada diawang-awangan. Tengahari tadi perasaan saya telah dicubuk oleh sumandak Tambunan yang lawa itu..( siaran ulangan..)

Dia: hi, tres. Bahagia ka ni?
Saya: haha..( intro yang konon-kononnya menunjukkan kebahagiaan saya). Iya..( dalam hati bagai digaru..huhu)
Dia: bah, selamat bermusim bunga. Take care kio! ( ayat akhir yang buat saya terasa sangat disayangi).
Saya; Ok..ko jg k.

Saya off hp. Low bat sebenarnya. Saya memujuk hari saya yang terluka ini dengan bersuka ria bersama rakan di pusat futsal. Hasilnya agak berkesan kerana saya memang gembira beberapa jam. Namun, selepas berpisah-pisahan dan saya kembali dengan gerakan solo, saya huhu kembali. Ke hulu ke hilir macam hilang akal. Dari KK Plaza saya ke Wisma Merdeka. Sendirian. Kalau lah kamu berada ditempat saya..( sayangnya kamu bukan saya )kamu akan faham apa yang tengah saya lalui. Tiba-tiba rasa sangat menyesal.

Saya Menyesal.! Menyesal.! Menyesal.! Menyesal!..Sangat Menyesal!!!!

Untuk mengelakkan daripada saya gantung diri, saya cepat-cepat meng sms kawan yang kini selamat berada di Sandakan.

Saya: Lis, aku boring gila ni..

5 minit kemudian..

Dia: Tiba-tiba pulak. Ingatkan bermusim bunga..Blk Kg la. Buli makan jambu batu free..hehe!
Saya: Iya kan..aku blk kg la.
(Akhirnya saya temui penawar mujarab yang selama ini saya lupakan). Sebenarnya perbualan kami lebih panjang dari ini tapi untuk mengelakkan kemalangan jiwa yang lebih serius, saya meng edit beberapa slot yang dijangka menyebabkan keadaan lebih huru-hara.

Beberapa minit lepas berbual-bual, saya mengambil keputusan untuk mengongsikan kecederaan hati saya kepada kamu sekalian di alam maya. Rasanya saya akan lebih bahagia bila berada ditengah-tengah kelas 3 Gemilang ( kelas yang paling tidak digemari oleh Ungu ) berbanding berada ditengah cengkaman hutan batu yang tidak punya perasaan ini.

Saya memandang kota yang meriah ini. Aneh, jiwa saya tetap sepi. Kosong. Saya tidak tahu dimana lagi tempat untuk mencari kebahagiaan itu.

Wahai kawan-kawan, kakak-kakak, adik-adik, makcik-makcik dan pakcik-pakcik diluar sana, tolong nasihatkan saya. Beri lah saya petua-petua supaya lebih bahagia. BAHAGIA.

Kesimpulannya, kalau takut dilanda ombak jangan berumah ditepi pantai ( huhu..). Tolong dengar nasihat saya.

Dan untuk menyatakan kekecewaan dan kemerajukan saya, saya sedang melayang lagu ini melalui http://www.youtube.com/..

Purnama Merindu
Artist:
Siti Nurhaliza

Bermaknakah tiap baris kata-kata
Ataukah hanya dibibir saja
Bersungguhkah rindu yang engkau pamerkan
Ataukah sekadar hanya lakonan

Rindu... telah melekat dalam hatiku
Walau awan berlalu
Rinduku... tak berubah... arah
Purnama mengambang... cuma berteman
Bintang berkelipan dan juga awan
Siapa tahu...

Rindu yang mencengkam di hatiku
Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merayu padamu yang sudi...
merindu ku

Purnama mengambang berbagai warna
Bila embun pun datang bintang purnama
Tinggallah aku sendirian bertemankan malam sepi

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merindu padamu yang sudi memujuk

Hiaskanlah cinta di jari manisku
Sinarkan bagai gemerlap kencana
Tandakanlah kasih dimercu kalbu
Serikanlah purnama yang merindu


Dan.. Ungu pun merajuk lagi!

Tuesday, August 12, 2008

Nak..Balik kg laaa...huhuhu..!

( ini siaran ulangan...)

ungu-sebenarnya tiada rasa yang lebih seronok dari ini-berhikayat tentang sesuatu yang telah ditinggalkan, dilalui atau yang diangankan. Dan antara itu, catatan kali ini saya memilih untuk bercerita tentang jejak yang ditinggalkan didada Sang Dewa Lumpur. Ia umpama satu sijil penghargaan yang saya hasilkan dalam frasa yang berbelit-belit tetapi asyik-tujuannya cuma mengangkat sesuatu yang sering dipijak dengan harapan ia dinilai seadilnya oleh kita ( yang mendakwa lebih bijak -dibuktikan dengan sijil yang berfail-fail .)

Saya dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang menganggap tanah berlumpur sebagai dewa. Dia dewa yang sangat berkuasa kerana dialah yang menentukan apa yang dimakan sepanjang hari dan dipakai sepanjang tahun. Dewa berlumpur itulah yang mengukur tinggi rendahnya martabat keluarga juga panjang pendeknya hayat kami dimuka bumi. Musim semi sangat meriah semeriah anak-anak ikan puyu dan haruan yang belajar menghidu bau batang padi juga semeriah kicau burung di hujung permatang yang tidak sabar menanti musim rezeki tiba.

Antara semua musim, musim paling meriah ialah masa padi sudah mula berbuah. Mengisi tin kosong dengan batu-batu kecil kemudian mengikatnya pada tali yang bersambung dengan kayu pacak disetiap penjuru relung merupakan acara tahunan yang cukup seronok. Setiap tahun pasti sebuah pondok bertiang empat akan didirikan ditengah tanah sekangkang kera itu. Seronoknya kerana direlung sebelah pasti ada lagi podok kecil yang turut dihuni oleh gadis kecil seperti saya. Ya, seperti saya yang menganyam angan ingin menjadi puteri dari hamparan butir emas itu. Ia rutin setiap tahun dan setiap petang di musim itu gadis kecil itu pasti menghuni pondok itu mengusir sang petualang yang belot pada dewa lumpur.

Untuk gadis sekecil itu'kerja' menghalau burung adalah yang paling setaraf dengan kelayakan yang ada. Lebih dari itu, emak pasti berperibahasa kalau kail panjang sejengkal, jangan sembarang-sembarang. Kalau tersilap- silap pijak ( pada anak-anak padi )-silap petik ( pada tangkai padi yang belum cukup umur)-silap pandang ( membiarkan burung mencari rezeki sebelum waktunya )- silap cakap( tercakap yang tidak sepatutnya) maka tanpa kata jemari ibu pasti kasar berbahasa diatas kulit. Belum reda tangis ia bersambung lagi dengan ceramah percuma sepanjang malam. Isi ceramah sebenarnya ringkas-mahu saya memuja emas dari perut dewa lumpur itu.memuja-mengangkat martabatnya setinggi mungkin. Kalau ceramah saja saya kira bernasib baik tapi kadang-kadang ia menjadi lebih parah apabila saya terpaksa duduk dikandang pesalah dan dihakimi seolah sayalah penjenayah paling dikehendaki. Tanpa perlu saksi atau peguam biasanya di hujung pengadilan saya disabit kesalahan dan tidak akan terlepas dari kanun ibu. Sebenarnya banyak unsur-unsur suspen yang dijelmakan oleh ibu walhal hukumnya tidaklah seteruk mana. Perkara susahnya cuma ketika mendengar dan memasukkan semua fakta yang dicampur canai dengan dongeng dewa lumpur dalam kepala. Agak sukar kerana otak saya tidaklah secerdik mana pun ketika itu ( dan pada masa catatan ini ditulis ).

Namun apabila melihar diri yang sedewasa ini, saya tiba-tiba sangat bersyukur. Bersyukur kerana semuanya. Ya, untuk semuanya.Tidak ramai yang menduga saya dibesarkan dan didewasakan oleh titik peluh dan airmata sepasang hamba yang mengabdikan diri pada dewa lumpur sepanjang hayat. Dan tidak ramai juga yang menduga catatan ini sebenarnya bermula diatas pondok bertiang empat ditengah dada sang dewa dari kota kecil hampir 20 tahun dahulu. Catatan ini ada ketikanya kelihatan sekadar catatan biasa tetapi pada saya ia lebih dari itu. Ia adalah ucapan terima kasih dan luahan rindu tidak bertepi pada tanah leluhur itu.

Kini saya terlalu jauh untuk memijak dada sang dewa walau dihati ia masih mesra seperti dulu. Jarak ini memang tidak bertimbang rasa sang dewa. Tunggu saya sang dewa, saya pasti kembali ( dan kini telah kembali ). Sama ada pada penghujung nyawa dan bersemadi didakapanmu atau untuk kelahiran yang akan datang pun saya tetap teringin bersamamu sekali lagi. Sekali lagi..

Luka yang terluka (i)

Pagi yang kelabu
Masih kaku dikaki takdir
Semoga ini masih mimpi
Tentang luka yang melukakan
Di atas luka yang terluka
Berkali-kali!

-kENAPA sINGGAH kALAU TAK mSUK-

Jarang sekali terdengar bunyi
Ketukan di pintu hatiku ini
Kalau ada pun bila ku buka
Tiada siapa yang berada di luar

Tapi sejak dua menjak kini
Ku merasakan bagai ada tetamu
Tanpa dijemput sudi menjenguk
Pada waktu sepi menemaniku

chorus
Tidak mungkin tiada di sini
Kerna tiada siapa pernah kisah
Akan aku tertanya ku siapa kamu
Kenapa singgah kalau tak masuk
Ke dalam hatiku

Jarang sekali ku rasa rindu
Menantikan waktu untuk bertemu
Bisakah bersua walau seminit
Agar lahir peluang berterima kasih

chorus

Jarang sekali ku sebegini
Mengharapkan hati untuk diselami
Jangan biar fikiranku buntu
Memikirkan mimpi dalam jagaku

n3 ini tiada kaitan dgn individu yang masih hidup atau yang telah selamat berada dialam lain. Ungu sekadar bernyanyi-nyanyi dipetang hari selasa. Sekadar menggambarkan keLegaan kerana telah selamat diselia oleh pensyarah pembimbing siang tadi. Bah..!

Lagu Curang-Curang !

Buronan Cinta ( D Lima )

Banyak sudah yang menegur
Nanti aku kan tersungkur
Dengan gaya ku menggoda
Setiap perempuan di mata

Tapi dunia cukup besar
Untuk simpan rahasia
Sudah terjerat baru terasa bagai
Oh..

(Chorus)
Oh buronan cinta
Terjepit di antara
Dua pacar berbeda
Pada waktu yang sama

Yang kiri belum tutur
Kanan juga begitu
Lebih baik ku lari
Cari pacar yang baru

Aduh.. aku buronan cinta
Aduh.. aduh..
Puas si cari gadis sempurna

Tapi belum ku jumpa
Semua punya kekurangan

Jadi kutambah pilihan
Bagaimana mereka tahu

Semua rahasiaku
Demi kebebasan biarlah bergelar

Oh…
(repeat Chorus)


Aduh.. aku buronan cinta
Aduh.. aduh..Ku buronan cinta
Sampai kapan ku begini

Ku sendiri pun tak pasti
Mungkin ku begini sampai ke tua
Oh.. oh oh oh oh.. aku..
(repeat Chorus)



Separuh Masa
Lirik Lagu Indonesia Delima Gangstarz


Dulukan telah diberitahu
Jangan menganggu di hujung minggu
Nanti dia akan tahu
Rahsia engkau dan aku

Kita sudah sama setuju
Berjumpa hanya bila perlu
Kerana kita sudah punya teman istimewa

Korus:
Kuhanyalah kekasih separuh masa
Separuh lagi cinta untuk dia
Janganlah kau meminta lebih dari itu

Kuhanyalah kekasih separuh masa
Dari Isnin sampai Jumaat saja
Jangan pula kau mengharap
Berdampingan selalu denganku

Jika kau tak terima khabar
Bererti dia ada di sini
Jangan gatal meninggalkan pesan
Curiga dia nanti

Tak perlu kata-kata manja
Itu sudah sering kudengar
Dari dia yang masih tidak tahu
Adanya dirimu

Kuakui ada sesuatu antara kita
Tetapi kutahu bukan seperti biasa


LAGU NI SEDAP, LEMAK BERKRIM DISUKAI RAMAI. DENGAR SEKALI PASTI NAK LAGI..TAPI SAYANG 1000 KALI SAYANG KENAPALAH LIRIKNYA SANGAT CURANG.

PELIK LAH.. CURANG SAMPAI TAHAP TIDAK BOLEH DIMAAFKAN PUN, UNGU TETAP SUKA DENGAN LAGU NI...( JADI ADAKAH INI TANDA2 AWAL UNGU SEDANG CURANG, ATAU DICURANGI ATAU BERCURANG-CURANGAN ? )

Saturday, August 9, 2008

Satu Hari Di Sebuah Sekolah

Menghadap budak-budak dikelas ini buat saya rasa mau demam. Kelas ni macam muzium tempat penyimpanan perangai yang pelik-pelik. Sebut la apa saja, pasti boleh ditemui disini. Macam astro. Dah lah siaran berulang..macam-macam ada lagi tu.

Seperti pencuri, saya pelan-pelan masuk dari pintu belakang. Malangnya bunyi tumit kasut saya menarik perhatian budak yang duduk dikerusi paling belakang. Tiba-tiba dia berdiri dan menjadi ketua memberi salam..mewakili ketua kelas barangkali. Paling mengejutkan saya bila di ucap macam ni..
Assalamulaikum ustazah..kemudian yang lain pun turut serta. Adui! Saya tepuk dahi sendiri. Mentang-mentang la saya mengganti kelas agama / moral..tiba-tiba diberi gelaran baru. Gelaran yang tidak layak pun saya perolehi.

*******************************************************************************

Selamat petang, duduk.
Apa nama negara kita?
Malaysia. ( Ramai-ramai menjawab )
Bagus. Apa nama negeri kita?
Telipok. ( dibelakang )
Semporna. ( sebelah kiri )
Malaysia ( yang paling depan )

Ha!! Saya buat-buat besarkan mata saya yang cute ini ( Yaiii ).
Tolong la..( dalam hati saya ).

Ambrasil ( bukan nama sebenar ), apa nama negeri kita?
Tersengih-sengih tapi tidak pula menjawab. Sah. Mesti budak ni pun tak tau.

Nama negeri kita ialah Sabah. Akhirnya saya menjawab soalan saya sendiri.

Apa nama negeri kita Shalmizan ( bukan nama sebenar ) ?
Sabah, cikgu.Bagus.
Berapa jumlah negeri di Malaysia?
4 ( adui..tolonglah )
1 ( dui na..ini ka lagi )
20 cikgu ( terasa ingin membaling murid ini ke laut Sulu )

*******************************************************************************

Salam cikgu.
Saya sambut tangan yang dihulur. Saya perhati wajah-wajah anak didik dari seberang sana yang kebanyakannya cukup tidak bersih dan ditambah dengan aroma bau-bauan yang mengusik kalbu. Setiap kali saya membuat bimbingan dengan kelompok ini, 30 minit pertama bimbingan saya keluar tajuk dan hanya tertumpu pada kisah stokin dan kasut yang tidak dibasuh.

Tiba-tiba bercambah banyak rasa dihati saya. Ada rasa simpati + cuak + geram + sayu dan segala rasa yang pelik untuk ditafsirkan. Jawapannya hanya =?

Saya buat kesimpulan begini, hidup yang kita jalani kadang kala bukan pilihan kita tetapi tetap dipilih kerana tiada pilihan lain.Untuk memuaskan hati semua pihak dan tidak belot kepada sesiapa, saya hanya berbalik pada prinsip yang saya pelajari selama ini iaitu menerima manusia tanpa syarat. Membantu dan membimbing sesiapa pun juga tanpa mengambil kira latar belakang agama, suku bangsa dan budaya..( ui na ayat karangan pula ni). Dengan kata yang lebih mudah, menerima seadanya mereka.

Sunday, August 3, 2008

8 petanda si dia jodoh kamu..( ketawa dalam hati )

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama- sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak- gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...
Petanda 4

Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah!

..buat analisis dari sekarang ya!

Ungu dan Tekanan

Mahu berkongsi dengan cara ungu mengatasi tekanan? Jom intai-intai..
doa tido
nangis
ketawa
meluah dengan cermin
kucingUngu dan tekanan, ibarat irama dan lagu. Umpama kumbang dan bunga ( unsur-unsur personifikasi yang melampau kan) .Tidak dapat dipisahkan. Ungu selalu merungut tetapi tetap bersyukur. Kerana tekanan ungu jadi manusia dewasa. Manusia yang dibentuk dan diolah dari pelbagai tekanan. Sampai satu tahap ungu pernah berkata, balinglah saya ke mana saja, saya tetap hidup. Bak kata-kata ini-kalau dibuang dilaut jadi pulau, buang didarat jadi gunung..chewaa..!Mantap tu jo..

Disini

Sudah sekian lamaku
simpan rindu untuk esok
pada harum semerbak
rambutnya yang basah,
entah kenapa
aku terus setia
menunggu sebuah janji
yang tak pernah diikat


siapa tau

ada kasih yang pernah ditanam

ada rindu pernah ditabur

disini

siapa tau

ada luka terguris parah

juga harapan kian berbalam

semakin jauh

disini

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP