Monday, December 31, 2007

Januari

Januari (GLEN)

Berat bebanku
Meninggalkanmu
Separuh nafas jiwaku
Sirna...

Bukan salahmu
Apa dayaku
Mungkin benar cinta sejati
Tak berpihak
Pada kita

Reff:
Kasihku
Sampai disini kisah kita
Jangan tangisi keadaannya
Bukan karena kita berbeda

Dengarkan
Dengarkan lagu.....lagu ini
Melodi rintihan kati ini
Kisah kita berakhir di Januari
Selamat tinggal kisah sejatiku
Wow....pergilah

Sunday, December 30, 2007

selamat tahun baru

Selamat menyambut tahun baru 2008 untuk semua pengunjung laman ungu ini.
Semoga tercapai segala yang dihajati.

Wednesday, December 19, 2007

catatan 19/12

Saya mengandaikan sepanjang tahun 2007 ini, hidup kita dibanjiri dengan lautan berkat dari Pencipta. Nikmatilah sepuas-puasnya sebelum kita menguak tirai tahun 2008. Himpunan peristiwa pahit, manis, suka dan duka yang dilalui, jadikanlah kitab rujukan untuk menempuh tahun baru ini yang pastinya menyajikan keluk liku kehidupan yang lebih menuntut pengorbanan. Kenangan yang indah itu, jadikan ia alasan untuk kita lebih berkeinginan menikmati plot kehidupan yang singkat ini.

Tahun ini roda hidup saya berputar tidak tentu arah. Dan selalunya saya di bawah. Sama ada dalam kehidupan peribadi atau dalam ruang lingkup kerja, saya selalu dihimpit masalah. Namun, ia sedikit pun tidak melemahkan daya tahan saya. Malah semakin kuat. Iya, kuat untuk menghadapi segala kemungkinan cabaran tahun akan datang. Saya berani berkata begini kerana saya sangat kenal dengan diri sendiri. Cuma untuk beberapa perkara saya serahkan terus kepada Pencipta.

Selalunya harapan kita yang tulus ikhlas akan menjadi satu doa yang mampu melapangkan segala jalan untuk berjaya.

Saya mungkin antara beribu kandawai yang ingin kembali ke tanah lahir dan saatnya telah tiba. Tunggu saya Borneo. Kita sambung mimpi-mimpi kita yang tertangguh bertahun dulu.

#kandawai-burung bangau

Thursday, December 13, 2007

sekadar menyanyi..

Awie ( Iris )
( sekadar menyanyi-nyanyi di pagi jumaat! )

kau masih ku cintai, sungguh
dari awal dulu hingga hari ini
aku pasti seyakinnya pasti
kau lah satu untuk ku

kau masih dewi hatiku, sungguh
biar sejuta tahun hilang di hari
usah gusar sayang usah raguaku
milikmu

cinta ku jika kau tanya pada bintang
gemilauan sinar tak kan hilang
akan aku sinari duniamu
moga terpadam sangsi mu oh

cintaku jika kau lihat tingginya awan
tak kan tercakar tinggi cintaku
hanya hati ku tahu apa mahu
kukan dunia ku pastinya milikmu
hingga ke akhir hayatku

kau masih ku cintai, sungguh
dari hari pertama kau ku nikahi
aku pasti seyakinya pasti
engkau milik ku

lagu hujung tahun..!

2 X CINTA
(ROYCE)

Oh aku hanya sorang teman
Mungkin nanti tidak kau peduli
Kehadiran ku ini

Dan jika benar semua ini
Takkan terjadi izinku dekati
Walau halangan menanti
Cinta..........Kini ku rasakannya

Rindu.......
Asyik datang merayu..
Dua kali cinta.....
Dua kali rindu.....

Dua kali menyayangi dirimu..
Tak bisaku huraikan
Tak bisaku pisahkan
Dua kali menyintai dirimu......

Oh dengarkanlah lagu ini

Yang kutulis untuk mencuri hatimu
Agar engkau mengerti
Inginku bernafas dalam dirimu
Kira ku mampu sehingga berakhir

Hayatku berjanji
Cinta..........
Kini ku rasakannya
Rindu.......
Asyik datang merayu..

Dua kali cinta.....
Dua kali rindu.....

Dua kali menyayangi dirimu..
Tak bisaku huraikan
Tak bisaku pisahkan
Dua kali menyintai dirimu......

Oh dengarkanlah lagu ini
Yang kutulis untuk mencuri hatimu
Agar engkau mengerti


Sekadar isyarat blog ini masih aktif. Sekadar mahu menyanyi!

Saturday, December 8, 2007

Kusam

Saya berjaya menemui ini dalam sebuah blog yang sering-sering saya kunjungi. Catatan akhir pada entri terbaru beliau yang berkesan di hati saya.

Dalam gerobok dan laci terbiar, selalunya kita akan jumpa lebih daripada sekadar barang-barang lama yang sudah kusam.

Kadang-kadang di dalamnya kita akan temui nostalgia luka yang masih suam. Atau, kita temui semula seribu niat dan hasrat yang tak pernah kesampaian.

Menyelongkar laci-laci terbiar, memerlukan kekuatan. Hati dan perasaan. Paling senang, jangan selongkar. Bakar saja sampai luluh jadi abu!


Tuesday, December 4, 2007

Segantang Beras Pulut (iv)


“Siapa ni?”
“ Saya, kawan lama Nuari” Pandai-pandai pulak tukar nama comel aku, Indah.
“ Siapa ah?”
“ Yang hantar rombongan hari tu”
“ Lawatan pergi mana?”
“Bukan rombongan lawatan, rombongan ke rumah Nuari hari tu”
Ha!..rasanya jantung sudah jatuh menimpa perut. Terkejut sangat. Nasib baik tak pegang gelas. Kalau ada mesti terlepas dan pecah berderai macam dalam cerita Hindustan. Telinga aku ni masih berfungsi dengan baik ke tak. Atau mamai belum hilang.
“ Yang datang meminang tu..Sultan Mahmud..?”
“Ya..”
Betul lah. Nampaknya aku belum pekak lagi. Aku menahan ketawa di hujung talian. Sedang membayangkan seorang Sultan turun mencemar duli membuat pangilan telefon nun jauh dari kepulauan.
“ Ya. saya lah tu. Tapi sengaja tidak datang masa tu. Biar suspen sikit..siapa sultan Mahmud?” Dia mengulang. Mungkin dia pun perasan koklea saya sudah kurang kepekaannya. Ha ha..suspen? Memang suspen. Sampai satu kampung menyoal siasat aku lepas tu. Sultan Mahmud? Alamak!
“ Saya tengah pegang buku sejarah lah ni..tersasul pulak” Nasib baiklah otak aku cerdas kalau bab-bab menipu.
“ Oh, iya kah? Sejak bila tukar subjek? Setahu saya, Nuari buat kerja di unit kaunseling?”
Mati. Macam mana dia tahu aku ni duduk di bilik ' masalah'. Nampaknya dia jauh lebih bijak dari yang aku sangka.
“ Masih di unit lagi. Buku student tertinggal semalam” aku semakin mahir berbohong.
Aku menconteng kertas yang terhampar di atas meja. Aku lukis pokok. Lukis rumah. Kemudian aku lorek. Kira sedang mengecat lah macam tu.
“Nuarindah..” aku jarang dipanggil begini.
“ Ha..”
“ Cuti nanti balik kampung kah?”
“ Balik, takkanlah duduk di sini sorang-sorang pula”
“ Kalau macam tu boleh lah kita bincang pasal kita”
“Ha..bincang?” Skema betul lah Sultan Mahmud ni. Belum kenal lagi tiba-tiba pulak nak berbincang. Aku belum setuju lagi dia dah buat pelamin. Rasanya dia ni mesti tak pernah bercinta. Betul-betul tiada pengalaman. Dahlah hari tu hantar beras.
“ Kenapa beras?”
“ Saja, buat kelainan. Lagipun Nuari kan suka dengan padi”
“ Memang lah saya ni suka padi. Saya ni jadi besar begini sebab padi tapi takkan lah sampai urusan pinang meminang pun masih guna padi. Macam main pondok-pondok pula.” bijak pula aku membina ayat.

Banyak kesal yang mahu ku lahirkan tapi hanya sedikit sahaja yang terluah. Manakan tidak, dua tiga jam saja lepas di pinang beras, namaku terus saja jadi tajuk perbualan seluruh kampung. Sebelum timbul cerita yang lebih sensasi maka sehingga itulah cerita peminangan Sultam Mahmud terus menjadi bahan. Sehingga satu ketika aku berharap sangat supaya jadi pekak. Biar tidak terdengar umpat keji yang menyakitkan.

“ Maaflah kalau hari tu buat Nuari terkejut atau nampak saya macam main-main. Tapi betul, saya sungguh-sungguh.” Aku masih diam belum terpujuk.
“Jadi macam mana lah?”
“ Macam mana apa”
“ Iya, saya masih tunggu jawapan Nuari”

Sebetulnya aku tidak pernah berfikir tentang ini. Betul tidak pernah. Hampir sebulan berlalu selepas kepulanganku di wilayah Kuala Pilah, aku masih diam membisu. Emak hampir setiap malam menelefon dan bertanya tentang perjanjian kami. Dan sehingga Sultan Mahmud menghubungiku, aku masih tidak punya jawapan.

Aku setuju dengan kata-kata emak. Katanya setinggi mana pun aku terbang, sejauh mana pun aku pergi tapi aku tidak boleh menolak ketentuan terus-terusan. Ketentuan bahawa sejak azali lagi telah tercipta seorang Adam untukku. Emak memujukku dengan frasa yang tidak boleh ku pertikaikan. Menafikan bemakna aku ingkar pada didikan yang tersalur di seluruh urat sarafku sejak sekian lama. Aku tidak berkata ya. Tidak juga berkata tidak. Aku memilih untuk diam. Dan membiarkan emak menafsir diamku.
“ Nuarindah..macam mana?’
“ Beri saya masa”
“ Berapa lama lagi”
“Kenapa, putus asa?”
“Bukan, tapi rasa-rasanya tempoh yang Nuari minta sendiri sudah hampir habis” Nampaknya dia memerangkapku.
“Jadi kalau begitu, silakan cari yang lain..”
“Semudah itu? Nuari tau kah sudah berapa lama saya menjejaki dan menunggu detik seperti ini?”
Tunggu? Bila masa pula aku pernah berjanji dengan orang.
“ Kau ni siapa bah” aku sudah mula tidak boleh mengawal diri. Aku masih berkau ber saya lagi. Nampaknya masih luas jurang yang perlu di timbus untuk merapatkan jarak.
“Kawan lama Nuari. Kita sekelas masa tingkatan 3.”

Classmate? Otak saya semakin penat berfikir. Menyelongkar kenangan lama bukan satu kerja yang mudah. Apatah lagi kalau ia tidak bertanda di hati. Kalau classmate tingkatan 3 itu dah kira zaman lampau lah. 17 tahun yang silam tu kira zaman gelap aku lagi.

“ Ingat kah? Saya yang duduk di kerusi paling belakang, barisan meja guru. Budak yang selalu tarik rambut Nuari, selalu baling kapur. Last masa masuk tingkatan 4 kita terpisah. Nuari masuk kelas sastera, saya akaun. Lepas tu, saya dengar Nuari pindah sekolah”
“ Tidak ingat” mesti dia menyampah. Begitu dia bersungguh-sungguh membuat penerangan dan aku dengan selambanya menjawab dua kata yang paling mendukacitakan itu. Sebenarnya dalam diam-diam aku berusaha mengingat siapalah jejaka yang malang ini.
“ Selalu turun KL kah hujung minggu?”
“Kadang-kadang” padahal hampir setiap hujung minggu aku berada UPM. Lepas kuliah aku dan Dayang selalu merayau-rayau di sekitar Mid Valley, Bangsar sebelum bermalam di rumah sepupunya. Kalau tiada aral melintang hujung tahun ni aku selamat pakai jubah konvo untuk kali kedua.
“ Baguslah, minggu depan saya ada seminar di KL. Kalau tidak jadi masalah saya harap kita boleh jumpa”.
" Iya?" sebenarnya aku tak tahu nak kata apa lagi.
" Iya. Saya harap sangat Nuari boleh datang" Dia mula menanam harap. Aku jadi serba salah.
“Tengoklah kalau saya free masa tu” aku berbasi-basi. Sekadar mengembirakan hari Sultan Mahmud moden. Takkan lah pulak aku menunjukka kerber-iya-iyaanku di hadapannya. Memang aku teringin nak tau siapa gerangan yang begitu berani dan gagah perkasa menongkah arus kemodenan dengan menghantar segantang beras pulut sebagai tanda peminangan. Tetapi itu bukan sebab yang tepat untuk ku singkirkan harga diriku.

Pintu bilikku di ketuk. Aku melihat jam dinding tepat jam 2.30 pm. Temujanjiku dengan klien semalam. Budak bijak dari Johor yang gagal menyesuaikan diri dengan kehidupan matrikulasi.
“ Saya ada klien, kita sambung cerita lain kali ?” aku bersopan santun.
“ Ok. Nanti saya call lagi.” talian di putuskan. Dan aku masih terus meneka.





Bersambung..!

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP