Wednesday, September 24, 2008

Kamu Sayang Dia Ke??

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya denganapa jua keadaan sekalipun.
Terima kasih kepada Cik Sepet yang membenarkan saya mencuri nasihat-nasihat ini dari emailnya.

AkuKah ItU?

Akukah itu,
Yang kau puja lewat malam-malam sepimu?

Akukah itu
Yang lemas dalam pelukan bahagiamu

Akukah itu,
Yang mencangkul batas impian
Yang menanam benih harapan
Yang menyiram bunga-bunga mimpi
Agar tumbuh, mekar dan berbunga

Akukah itu,
Yang terus memohon di kaki takdir
Agar berpaling dan patuh pada mahuku
Sedang dihatimu aku semakin jauh.

B103/ Ip Kent

Tuesday, September 23, 2008

Mengapa rindu itu harus datang pada saat aku ingin pergi..( Kay )

Minggu akhir di bulan puasa ini hati saya sentiasa dalam mood sedih. Saya berusaha untuk menceriakan diri tetapi sering-sering gagal. Saya tidak seriang dulu. Roomate yang cute itu selalu bertanya kenapa saya tidur lebih awal dari biasa ( biasa maksudnya jam 11 ke atas ) dan bangun lewat. Saya tidak menyediakan jawapan khusus untuk soalan seperti itu. Lebih baik diam. Diam juga satu jawapan kan?

Pagi semalam saya menerima sms dari roomate.

Dia kata..'ayg, chayoo..chayoo..dunia belum berakhir. Hidup mesti enjoy. Jangan ko sedih2. Ingat ko masih ada ramai kawan'

Saya tersenyum sendiri dibilik bimbingan yang cukup lawa ini. Tercari-cari ayat yang sesuai untuk membalas sms ini.

Saya taip begini ‘Jangan susah, semuanya masih boleh dikawal. Haha..’ kemudian send.


Masa tu tiba-tiba terasa ingin balik di bilik B 103 dan menangis semahunya dibahu dia. Membenamkan semua rasa dipangkuan dia. Semuanya. Dia pasti mengerti. Ya, sangat mengerti kerana kami berkongsi cerita hidup yang hampir sama.

Semoga kami lebih tabah. Lebih tahu menghargai diri sendiri.

Cerita Minggu Berkabung..

Minggu tekanan sudah berlalu. Minggu ini saya mula bernafas dengan normal walaupun ada beberapa tugasan yang belum saya siapkan. Nampaknya saya tidak akan bergembira cuti raya ini. Huhu! 3 minggu terakhir praktikum, saya bekerja tidak cukup tangan ( siapa juga suruh suka tunda-tunda kerja). Saya perlu menamatkan 5 kumpulan kaunseling kelompok, 5 kumpulan bimbingan kelompok, 8 klien individu, 5 klien bimbingan dan menghabiskan jam kredit untuk bimbingan besar. Hampir mati. Dan disebabkan pada penyeliaan akhir mendapati saya layak dicalonkan sebagai pelatih cemerlang ( konon-kononnya) maka usaha untuk menjadikan bilik bimbingan ini cukup ‘sifat’ diperhebatkan. Tambah lagi satu kerja..Hasilnya:-

i) Pencalonan saya dan Ruth untuk pelatih cemerlang diperkenankan oleh Ketua
Jabatan Ilmu Pendidikan IP Kent, Mr. Chandran. ( sewaktu rentasan)
ii) Bilik bimbingan ini akan dicalonkan dalam pencarian bilik bimbingan yang kondusif
di daerah Tuaran ( menurut GB)
iii) Tanpa diduga saya dan Ruth diberi pujian tinggi melangit dengan usaha ini
iv) Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran berkenan mencemar duli merasmikan bilik
bimbingan ini pada 19. September 2008
v) Berduyun-duyunlah penduduk SK Lok Yuk mahu menyaksikan pemandangan baru
ini yang datang dengan pujian menjadikan saya mahu hidup 1000 tahun lagi..haha
vi) Berat badan susut 3 kg
vii) Saya berat hati meninggalkan sekolah ini terutamanya budak-budak yang setia
menemani saya sehingga lewat petang.

Jom intai-intai..


Ungu sedang berpose untuk gambar raya 2008..haha

ungu dan sumandak cilik Lok Yuk Telipok ( Karen, Fifie n Marie )

tetap ayu walaupun dalam mood tekanan. ( ruth n Ungu )

dari meja Ungu

Ini dia Mr. Chandran yang menyokong pencalonan kami sbg pelatih praktikum cemerlang.
berlatar bilik bimbingan yang berwajah baru.

Ungu n Mr. Chandran ( di luar bilik bimbingan )


hari ini dalam sejarah..



GB En. Judin bin Diana bersama Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran sedang mencemar duli merasmikan bilik bimbingan SK Lok Yuk.

Sedang membuat lawatan rasmi ke bilik bimbingan
Barisan orang kuat SK Lok Yuk Telipok ( dari kiri Pn. Caterina, Pn. Flavia, En. Judin Diana, Pn. Kawayan n Pn. Chong.



usaha tangga kejayaan..kami sedang membedah bilik bimbingan ( fasa pertama )



Ungu dan murid tahun 6( Rusdi, Mac n Ardie ) selepas membanting tulang membuat perubahan di bilik ini ( fasa kedua )




Bilik bimbingan semasa ( fasa yang terakhir) akan ditayangkan selepas ini. Sekian.



jejak yang ingin ku kenang.!

Musim membajak. Gambar yang membawa cerita yang tersendiri.


Gambar lama yang sangat cantik dimata saya.

inspirasiku..


mendamaikan..

cantik..


pose maut tu..haha!



masih bertautkah kiambang setelah biduk berlalu..( ngam ka sama tu pic ar)



musim yang paling seronok..( masa dulu laa )


sumandak sedang menuai padi.


hasilnya..


tu dia..badang di ladang. jangan main2 sama dia.kicil2 tapi dua tu wakid dia angkat.


satu-satunya bab yang saya lulus setakat ini..menjemur padi.


Gambar ini tiada kaitan dengan pemilik blog. Sekadar hiasan. Mana tau kalau-kalau ada antara kita yang tiba-tiba terindu-rindu zaman purbakala kita.








Saturday, September 13, 2008

pengumuman khas!

Blog ini sedang BERKABUNG.

Akan kembali selepas 2 minggu.

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP