Sunday, September 30, 2007


Catatan borneo ( iii)

Hati saya bertanya-tanya- maksud lagu cina yang memenuhi ruangan kereta Avanza kawan saya, ML ini. Sepatah pun saya tak paham. Saya memerhati ML, bersungguh-sungguh dia mengikut rentak lagu ini. Dengan gaya trendy ala-ala bintang filem Korea, dia memandu cermat. Melihat dia yang berkulit hitam manis dengan rambut hitam dibuat ombak-ombak dia jauh lebih serupa dengan pengacara Muzik-Muzik yang comel, Cheryl Samad. Selalu saya memuji dia begitu dan berkali-kali juga dia merendah diri. Kata dia..isk tiada laa..,biasa-biasa saja. Kemudian dia tersenyum lagi mempamerkan gigi putih tersusun kemas. Seperti itulah dia, seperti bertahun dulu saat saya tinggalkan tanah bertuah ini. Dengan kasut tumit tinggi dia melangkah pantas. Kalaulah dia tinggi sedikit mungkin saya patut menggalakkan dia menyertai The Next Top Model, tapi malangnya bab itu dia kurang menepati piawaian. Jangan sedih ML..cukuplah menjadi ratu di hati dia ya!


Avanza melucur deras. Tit..tit..nokia n70 saya menerima sms. Saya baca,
Kay-kmu d mna sdh, sa tgh bt lunch ni.( sms yang sedap).
Saya- lala nda jadi dtg oh( padahal sudah berada di Tuaran)
Kay-Ee napa bo? Ja’at gima kamu..( senyum saya semakin lebar)
Saya- isk tungu ja la bo..kikiki ( saya menaip tawa saya).
Kay- hehe singgah c usim skli.
Saya-iya.

Itu dia kawan baik saya-Kay!
Kurang 2 jam kami sampai ke destinasi. Iya destinasi cuti-cuti Malaysia.
Tiba-tiba rumah bernombor****** dipenuhi warna-warni. Warna-warna lama yang kebanyakannya telah kami tinggalkan di sekitar Kota Marudu bertahun dulu. Kalau dulu cerita kami berkisar tentang subjek Pengajian Am yang sukar, tentang Subjek Ekonomi yang keluknya boleh melemaskan, tentang adik angkat dan tentang segala macam rencah pelajar. Kini, cerita kami rasanya lebih dewasa. Iya dewasa-sedewasa kami yang telah pun / akan genap mencapai usia 28 tahun. Tiada cerita adik angkat, yang ada cuma pertanyaan yang boleh menambahkan kedut di muka saya. Contoh soalan-dah kenal dengan bakal mertua?? Stop! Tak mau cakap lagi!

Petang itu, selaku tetamu saya dibawa meronda sekitara Bandaraya KK. Saya dengan gembira mengajak mata saya menilik-nilik pelbagai barang yang dipamer ( semestinya UNTUK DIJUAL) di sekitar Wisma Merdeka. ML selaku ketua kumpulan bersungguh-sungguh membeli sedang saya dan Kay pula hanya bersungguh-sungguh melihat. Mulanya saya rasa kami cuba untuk bersikap dewasa tapi belum sampai 2 jam bersama kami dengan bangganya bertukar menjadi budak sekolah yang berumur 17 tahun. Tanpa peduli dengan sesiapa kami bergelak ketawa--lebih tepat mengilai-ngilai. Sepupu si ML rasanya tidak tahan dengan gelagat kami akhirnya membawa haluan sendiri. Dan kami terus leka menyanyi riang—dalam hati ya..!

’KAU BUAT KUKATA... OOH! LA! LA! LA! LA!
SETIAP MASA... OOH! LA! LA! LA!
BICARA MEMPESONA... OOH! LA! LA! LA! LA!
MANA SAJA KAU DI MINDA... OOH! LA! LA! LA!’

Berada diantara gadis-gadis Kimarangang, terdetik rasa bangga dihati. Bangga-di daerah kelahiran saya terdapat pelbagai suku kaum dengan pegangan agama yang berbeza-beza hidup dengan rukun. Terasa hidup seperti dalam taman rimba yang kaya dengan bunga pelbagai warna. Wah! Akulah si gosing Ungu yang Merdeka!

Aku dan Tamu Gadang!
Kay dan ML bersungguh-sungguh membawa saya disini. Tamu Gadang? dan saya pun cuba-cuba berimaginasi bentuk tempat ini. Belum habis saya berfikir, Kay kata dah sampai. Sudah sampai? -Haaaaaaaa kemudian kikikikik- -saya mengilai. Rupa-rupanya gerai konvo ( istilah yang digunapakai di UM). Saya sangat bersimpati dengan diri sendiri. Simpati sebab sangat-sangat ‘kurang maklumat’ atau dengan kata yang lebih kejam BODOH.! Lain kali mesti kena kayuh kuat-kuat supaya perahu tak hanyut lagi..
Saya mula mengamati UMS yang megah. Cantik, dan tiba-tiba rasa menyesal. Sesal yang tidak bertajuk. Tapi sesal ini tidak juga mampu memutuskan tali ingatan saya kepada bangunan berlumut di UM. Bangunan penuh nostalgia!

Tamu yang lain

Izinkan aku bertamu
Di pinggir hatimu
Menyelak kembali lembaran janji
Dari kebun mimpi
Semalam.

Benar katamu
Aku hanya tamu di hatimu
Bukan sesiapa
Jika begitu
Mohonku
Di hayat lain
Aku bukan lagi setakat tamu di hatimu.

Tamu gadang ums-31/08/07



Aku dan Tom Yam
Sekali lagi meronda Bandaraya KK. Mula-mula mencari Tom Yam dan menemuinya tapi awal-awal lagi Kay sudah memberi amaran- Nda sedap tu. Dan lidah saya mengiyakannya. Apapun yang sedapnya sebab duduk berempat dan berkongsi pelbagai cerita yang rasanya macam rasa tom yam-pedas, masin, manis, masam-SEDAP. Pendek kata ‘hidup seperti Tom Yam’.

Aku dan BB Club ( Tg. Aru )
Berada di tempat ini boleh buat saya terjerit..Wow! Little Bangsar. Kali terakhir saya melalui malam meriah seperti ini ialah 5-6 tahun yang lalu di sekitar Bangsar. Masa tahun pertama di UM dulu. Seronok memerhatikan gelagat orang ramai sambil menikmati coke yang tiba2 terasa sedap.. Sedap sebab di belanja bah! Sekumpulan pelancong terjerit-jerit di gigi air. Mungkin 7-8 tahun tidak jumpa air atau tiba-tiba air masin Laut Cina Selatan tu dah bertukar jadi air perisa mangga..hisyy macam-macam! Saya benar-benar teruja. Menjerit seperti pelancong asing tadi. Bezanya saya cuma menjerit di dalam hati. Alahai kenapalah selalu saja mengejar bulan sedangkan bumi tempat kita berpijak jauh lebih indah rupa-rupanya..!

Aku dan jeti UMS
Petang ahad yang ceria ini, keinginan hati untuk menikmati suasana senja di gigi laut jadi kenyataan. Sasarannya di Jeti UMS. Beberapa tahun dulu Kay pernah memberitahu UMS ni antara universiti tercantik di rantau ini dan hari ini saya mengesahkan kebenarnanya. Cantik dan tenang. Dari gigi laut kami sempat memerhatikan gelagat palajar yang baru mendapat ijazah masing2. Iyalah..macam kami dulu2 juga. Teruja sangat keluar dari dunia pelajar..tapi rupa2nya kenyataannya tidaklah se-seronok mana. Dunia orag dewasa yang menyesak dada! Apapun juga rasa yang kami bawa di sini( jeti ums), ianya tidak sedikit pun mengubah keindahan tempat ini. Seperti kami yang datang untuk menghanyutkan semua keresahan hati. Biar semuanya ditelan Laut China Selatan. Semuanya!
Dalam diam-diam saya menyanyi---


Salam Untuk Kekasih ( Nadia)
Di sebalik kalbu

Yang semakin layu
Terbenam rasa rindu
Terkunci suara hati
Tiada siapa tahu

Dimanakah kasih
Tak seperti dulu
Kata kau sayangkan ku
Benarkah itu

Walau kehadiranku hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang kira kau jatuh cinta
Akan ku pergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi
Ku undur diri

Kini ku bersara
Dengan langkah baru
Menyisi luka ini
Kekasih... sekeras aku
Terhiris kerna kamu

Ku tinggalkan cinta
Kisah yang berlalu
Kisah kenangan kita
Hanya kau tahu
Walau kehadiranmu bagaikan menghiasi

Bukan caraku sayang harap engkau mengerti
Pemergianku ini tak ku relai
Salam maaf permisi
Ku undur diri



Malam itu
Mengingati malam itu, saya kehilangan kata. Ayuh, kita biarkan malam itu berbicara sendiri tentang malamnya.

Selepas ini,
Jangan ada sesiapa bertanya
Tentang malam itu

Sungguh! Telah ku buka segala jalan
Segala pintu
Segala jendela
Di hati ungu

Namun jika dia memilih untuk bisu
Biarkan lah,
Biarkan malam itu
Bercerita sendiri tentang malamnya.

Nilai-30/09/2007


Kay..oh..Kay
Pagi itu kami bertolak awal. Kay dan ML akan berkhidmat untuk negara, sebentar sahaja lagi. Di perut Avanza saya masih tidak bosan dengan lagu seberang yang ‘didera’ berkali-kali sejak semalam. Liriknya yang agak curang menarik perhatian saya..katanya,

Kuhanyalah kekasih separuh masa
separuh lagi cinta untuk dia
janganlah kau meminta lebih dari itu
Kuhanyalah kekasih separuh masa
dari Isnin sampai Jumaat saja
….oh macam menyindir! Tiba-tiba saya teringat Kay. Kawan baik yang juga merangkap mak cik saya. Oh ya? Saya pun baru tahu sebenarnya. Saya tidak tahu apa perasaan Kay yang masih muda belia menjadi mak cik kepada anak buah setua saya..! hahaha. Saya ketawa. ML menoleh kehairanan. Saya buat-buat tidak nampak. Ingatan saya melayang lagi. Kata Kay, saya mahu kau tahu tentang saya dari mulut saya sendiri. Dan dia mula membuka lembar demi lembar kisah hidupnya. Itulah istimewanya Kay. Dia tidak pernah menyembunyikan apa-apa pun dari saya. Saya juga sebenarnya mahu seperti dia tapi saya tidak mampu. Akhirnya saya sering memilih untuk diam. Iya kadang-kadang diam juga jawapan untuk sesetengah soalan. Tentang sisi kita yang suram itu..kata saya pada Kay,biarlah semuanya kita simpan dalam kebun mimpi. Bila esok sampai kita buka cerita baru.
Saya mengingat ketawa Kay yang comel. Ketawa yang bunyinya tidak dibuat-buat. Teringat juga tentang kesungguhan dia menjaga kesihatan. Dia ada law pemakanan sendiri, selalu joging dan yang paling saya tak lupa..dia sudah mula mandi dengan serai. ML juga. Kelakarlah bunyi..macam orang tengah kira hari nak duduk bersanding. Kay..oh Kay! Sampai hari ini saya masih merindui dia.

Tut..tut..bunyi sms utk ML. Tapi yang peliknya semua orang akan mencari hp masing-masing. Kenapa ya? hehehe..


Saturday, September 29, 2007

kebun mimpi

Sudah saya tanam, sudah saya semai... namun tidak satu pun yang bertunas itu rupa-rupanya kembang menjadi bunga! Bagaikan kebun mimpi... apa yang hadir dalam hidup saya ini sekadar sebuah kenang-kenangan."

Tuesday, September 25, 2007

empat kuntum cinta

Buai laju-laju, sampai puncak sana,
Apa dalam baju? sekuntum bunga Cina


Kayuh laju-laju, sampai seberang sana,
apa dalam baju? sekuntum bunga sena.


Buai laju-laju sampai seberang sana
Apa dalam perut? empat kuntum bunga cinta
…( pantun dua kerat ni, saya dedikasikan kepada kakak Ugou yang baru selamat melahirkan ( melalui pembedahan ) empat orang puteri sekaligus.

Berita terbaru saya terima melalui abang kedua saya semalam-Ugou dan 3 baby yang lain kurang sihat. Minta dibawa dalam doa. Saya telefon Ugou cepat-cepat. Iya memang betul dia kurang sihat. Sebentar sahaja kami berbual. Katanya sudah sampai masa anak menyusu. Perbualan kami tamat tapi saya tetap berfikir tentang Ugou si ibu bertuah yang dikurniakan 4 puteri sekaligus. Saya ulang, 4 orang.

Mendapat anak kembar bukan sesuatu yang ganjil dalam keluarga saya. Abang sulung saya punya anak kembar. Sepupu juga ada yang dapat anak kembar. Dan tahun ini sekali lagi keluarga kami menerima ‘kembar-kembar’ ( sebab 4 orang ).

Saya teringat kata-kata hikmat ini 'tangan yang menghayun buaian itulah yang menggoncang dunia’. Kemudian saya menambah 'syurga itu dibawa telapak kaki ibu'.
Saya tertanya-tanya- -di mana syurga saya? Di bawah lapak kaki Iyai yang melahirkan atau Mummy yang membesarkan. Dua syurga??- - - -

Ibu..ibu
Engkaulah ratu hatiku

Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu..

Ibu..ibu..
Engkaulah ratu
hatiku..
..( untuk semua yang berpeluang menjadi IBU)

Monday, September 24, 2007

Bila Bumi Berputar

Semalam (beberapa hari yang lalu ), saya tidak berupaya menghabiskan semangkuk Tom Yam kegemaran saya. Sia-sia saja saya membayar RM5. Semua gara-gara saya sangat-sangat terkejut menonton rancangan 999. NURIN sudah ditemui tapi dalam keadaan yang cukup dahsyat. Didera secara seksual sebelum mati. Hati saya panas-marak dan terbakar. Perlahan-lahan kesedaran mengalir disegenap urat saraf saya. Kesedaran bahawa muda bukan satu jaminan untuk tidak mati. Saya kemudian teringat lagu 'Terlalu Istimewa' yang ditujukan kepada seorang mangsa terdahulu...kisahnya lebih kurang sama. Dan yang pastinya ia menuntut kita untuk lebih sedar-manusia sekarang ada yang lebih binatang dari binatang!
Selepas ini giliran siapa pula?

Untuk Nurin yang disayangi—

TERLALU ISTIMEWA ( Adibah Nor )

Ku tak tergambar wajahmu

Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

(Korus)
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia

(Ulang korus)
Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…(Ulang korus)


Seketika juga hati saya turut berhiba-hiba membaca puisi ini..

DI LANGIT CINTA
ENGKAUKAH ITU, NURIN
Embun tidak kelihatan di sana
sapa sinar telah sirna semakin jauh sauh perahu hayat
terbenam dicengkam arus rakus
memusar kasar – bengis, tragis, sadis
berhamburan nafsu pada segala raksa memandang bungkam
sambil tak tergambar potret kesakitan dirakam alam diam
tak terkuasa menyelamatkan atau mengembalikan kekuatan
yang telah hilang dilorong ketakutan.

Engkaukah itu Nurin yang bisu tunduk berteleku
bagai patuh diuji petaka manusia durja
yang mati hati budi hilang pertimbangan insani
di celah bangsa ternobat hebat disanjung payung kasih sayang,

Engkaukah itu Nurin yang syahdu
dibungkus tanya dari telanjang ujian
membuat dunia berkabung dan menangis
menerima sebuah keberangkatan pilu menghiris,

Engkaukah itu Nurin yang berlalu
tanpa jalan-jalan terang buat kembali
tanpa lorong-lorong tenang buat pulang
menemui orang-orang tersayang.

Hanya cahaya cinta menyatukan rela redha pasrah
hanya bukti cinta maha agung menganugerahi
ujana putih di anjung syurgawi
hanya akrab cinta maha abadi bertakhta
mendakap silammu tanpa batas.

Saat berapung di udara cahaya menakluk mulus
dalam bauran desir doa yang terungkap dalam pengap
sepanjang saf-saf di musala
mengumpul ucap dan ungkap mengalir ke langit cinta,
engkau di sana dalam nafas yang cair
meninggalkan zahir
yang berbeza warna menyatukan purnama
dalam bahasa rasa yang serupa.-

HASYUDA ABADI
Pustaka Iqbal Nazim,
Kota Kinabalu, Sabah.
21 September 2007


Semoga tiada lagi selepas NURIN..!!

Friday, September 21, 2007

puisi lama


Sewaktu membuka kotak-kotak lama, aku menemukan puisi ini. Puisi yang pernah tergantung megah menghias cinta musim remaja.

Sudut itu

Saban hari,
Sudut yang kita kunjungi dulu
Menjadi saksi pencarian ku kini
Seperti pada waktu itu,bukan lagi milikku
Kekadang langkahku terasa lemah
Namun ku percepatkan juga
Membilang setiap pelusuk itu
Menjemput kenangan kembali bermain difikiran.

Sudut itu,
Segera memerhati kaku padaku
Lalu aku akan bertanya
Ke manakah dia?
Segera gelisah datang bertandang
Mengetuk pintu kekuatan.

Di sudut itu aku duduk,
Menagih inci-inci kemesraan dulu
Tawa dan airmata kita
Kini dibawa citamu yang murni
Tinggal lah aku sendiri
Mengintai celah-celah ruang kenangan
Bertemankan kerisauan.

Di sudut juga,
Aku berdiri menyaksikan orang yang lalu lalang
Dan berkata ‘kan ku gagahi diri melangkah’
Setiap detik kini,
Aku pasti mencari
Sudut-sudut itu
Mengimbau janji yang lepas!



……………..Jangan salahkan masa atau ketika atau perantauan
Segalanya bermula apabila kita bisa memilih perjalanan
Tanyalah pada bicara rindu dan lagu cinta-
Melewati sejuta garisan rindu pun
Tamatnya masih pada garisan hasrat………




Biarkan saja semilir nakal 5 Jun ini mencium wajahku. Mintaku, bawalah ingatan ini pergi jauh-jauh. Namun cinta lama ku aneh..masih selalu saja bersinggah dipinggir hati. Ah..ada rindu tidak berpunya!

Wednesday, September 19, 2007

Catatan Borneo (ii)







Saya berlari-lari menghalau pipit yang bertandang. Hoi- sudahlah datang tidak diundang, masuk tidak bersalam, terus di meja makan-begitu saya mengutuk sang pipit. Adik lelaki saya yang satu-satunya itu turut menepuk-nepuk tangan. Tolong ya..bukan bertepuk tangan sebab persembahan tamat tetapi menghentikan drama sang pipit yang baru bermula. Dan antara dua bahasa itu si pipit jauh lebih faham dengan bahasa yang digunapakai oleh adikku. Maknanya, sia-sia saja saya menggunakan dialog Hang Tuah itu. Sialan betul!

Dengan kain sarung ( skim pinjaman ) saya menyusur sibor yang becak. Tangan kiri saya mencapai buah padi yang sudah mula kuning. Tangan kanan saya mengangkat sarung separas betis. Saya menyanyi-nyanyi kecil--
tinggi-tinggi gunung kinabalu,
tinggi lagi sayang sama kamu,
biru-biru hujung Kinabalu,
tengok dari jauh hati saya rindu’
…saya tidak pasti kesahihan senikata lagu itu tapi yang saya pasti tiba-tiba adik saya menyambung--
kinabalu dekat di Kundasang
banyak sayur bulih pilih-pilih
apa guna pergi luar negeri
naik Kinabalu hati saya rindu
...siap mamangkis lagi di penghujungnya. Mama saya menghulur kepala dari jendela. Mesti dia hairan kenapa ada bunyi-bunyi kaamatan diawal bulan September ini. Adik saya tidak peduli malah semakin galak memangkis. Aramai tie !! Dia bertambah galak menjerit. Pipit turut hairan.
Nuu no kararamajan nu dika no’? Baru kau tau Aaron. Mama sudah membawa keseluruhan badannya di tepi sawah rupanya. Adik saya masih tersengih-sengih. Saya menunjukkan ibu jari kanan saya padanya ( tanda bagus) tapi dia menjelirkan lidah. Saya sempat menangkap 3 perkataan akhir yang buat saya geli hati ‘….mabuk tonduai bah’. Perlahan-lahan dia menapak menujuk ke tepi perigi.

Saya masih lagi duduk di ban. Leka memerhati bunga ungu gosing dan membiarkan matahari menuju ke kamar malam. Petang-petang begini tiba-tiba hati saya disapa sayu. Sesekali angin desa menyapa wajah cukup hormat. Kata saya pada angin jangan susahkan diri, saya bukan orang asing di sini. Seperti kandawai si burung hijrah itu yang pasti kembali bila tiba musimnya. Pergilah angin, terbanglah, bawalah seluruh harap ini pergi. Tumpahkan benihnya diseluruh ruang. Biar pada waktu saya kembali lagi, ia sudah tumbuh dan berbunga. Biar nanti tanya saya yang satu itu terjawab. Ungu kah?.



Ini petang yang meriah. Di atas pokok jambu batu saya menjerit-jerit. Kawan-kawan kecil seronok menarik hujung ranting yang terjuntai. Mangkuk kecil berisi garam hampir-hampir terlepas. ‘Jangan..’ jerit saya lagi. Mereka ketawa suka. Pokok jambu batu ini seperti balairaya kecil untuk anak-anak di sekitar kejiranan kami. Hampir setiap petang ada saja kanak-kanak bertandang. Amy, Juan, Sasa, Bibi, Nurul, Anak, Trecy, Adek, Aaron dan ahli terbaru ialah saya. Bila berkumpul ada-ada saja lah yang bakal terjadi. Si Adek memang suka menyanyi. Dari tahun lalu saya dengar lagu yang sama dia ulang-ulang. Senikata awal tidak jelas tapi sampai saja chorus, alamak.. biji mata saya melekat di muka dia..!
Dan mungkin bila nanti
kita akan bertemu lagi
satu pinta ku jangan kau
coba tanyakan kembali
rasa yang ku tinggal mati
.. disambung beramai-ramai pula. Wow! Lagu yang sedap dan syhadu. Paling syok sebab saya menghayatinya di antara cabang-cabang pokok jambu batu ini. Dan dengan rela hati saya turutserta memporak-porandakan lagu seberang itu. Haha…saya beri Si Adek kad hijau ( kunun-kununnya saya si Ajai yang mencari peserta program reality).

‘Siapa mau makan tarap, naik’ satu pengumuman yang sedap didengar. Berebut-rebut kami turun dan berlari-lari menuju ke rumah. Kalau kulit kami gelap sedikit, mesti 100% seperti anak-anak pelarian yang mengejar lori bantuan PBB. Terbayang di depan mata buah tarap yang bertahun-tahun tidak bertandang diperut saya. Makan berlumba dengan budak-budak kecil membuat mama ketawa-ketawa melihat saya. Ketawa yang sering saya rindu bila berada di tanah rantau. Ketawa yang sama sejak berpuluh tahun yang lalu. Ketawa itu, ketawa yang penuh cerita. Ttirak dit kalangadanku !



Panas dan sesak tapi meriah! Itu gambaran untuk suasana tamu hari minggu di pekan kelahiran saya. Dengan berteduh dibawa sekaki payung, saya dengan ‘tabahnya’ mengikut arah mama dan kakak ipar saya. Dari urusan tawar-menawar dangan penjual ikan masin sampai ke acara melihat kain-kain ela, saya sudah menghabiskan sebungkus tisu 30sen.

Saya tertarik dengan bunga-bunga yang dipamerkan dan semestinya untuk dijual. Bunganya warna ungu. Teringat pula puisi lama ( rasa-rasa macam ni laa)--
Gadis desa berlenggang ke kota
di tangan kiri seraga bunga
di tangan kanan seraga cinta
orang kota membeli bunganya
dan kemudian memetik cintanya
gadis desa pulang ke desa
di mata kiri setitis rahsia
di mata kanan setitis peristiwa
orang desa selalu bertanya
siapa membeli bunganya dan memetik cintanya..
( saya budak baru belajar, kalau salah tolong betulkan)


Di antara lautan manusia, saya tertarik kepada seorang perempuan penjual nenas. Dalam keadaan yang panas terik, sambil melayan pelanggan, tidak dibantu sesiapa dia dengan sabarnya menggendong anak kecil yang tengah menyusu. Kenapa lah kita cuma ada sepasang tangan? Kalau lah ada dua pasang, tentu kerja perempuan itu mudah sedikit. Saya benar-benar simpati. Mama sibuk membelek buah nenas. Kakak ipar pula tengah sibuk menilik buah cempedak. Sementara saya terus ligat memikirkan perempuan di depan saya. Mana suami? ibu tunggalkah? Sehingga saya berlalu, peristiwa perempuan dan bayi itu terus mengejar saya. Di mana patut saya labuhkan sauh hati saya yang sarat dengan teka-teki ini.
“Mahalnya tu cempedak..” gegendang telinga saya sedikit terkejut. Kakak ipar saya dari tadi sibuk dengan buah kegemarannya. Idea nakal saya menjelma…”buah cempedak di luar pagar, sebab tu la mahal” ketawa kakak ipar bersambut dengan ketawa mama. Ruang kancil yang comel tiba-tiba penuh dengan warna-warna gembira. Saya turut mewarna-dengan serangkap pantun komoloingan dari Si Kandawai:-
Tingur songpoporoi,
wonsoyon ku sosopuan,
tantaman ku om topulalangoi,
kirad-irad kandawai au sukup makan.
Adoi.!


Di jendela malam saya masih memikir-mikir sms teman saya. Begini bunyinya:-

Ku tanya sama pungguk , kenapa masih menunggu? Bulan tidak pernah mencintai mu lewat siang. Ku katakan kepada bulan, pungguk tidak memuja mu lagi, hatinya telah beralih pergi, cinta bukan lagi segalanya buat pungguk.

Saya bertanya sendiri—saya ini pungguk kah atau bulan kah. Atau kedua-duanya sekali. Atau bukan sesiapa. Cuma sekuntum gosing yang sepi.

Saya kemudian berpantun dengan hati. Kata saya -kalau takut dilanda ombak , jangan berumah di tepi pantai……..’ belum sempat saya habiskan, tiba-tiba terdengar mama menyanyi kecil sambil menjemur kain. Dengan nada mendayu-dayu( menurut perasaan saya)--
jangan di rayu lagi,
jangan kau tanya kini
aku tetap kan pergi ,
membawa nasib diri.
Berlinang air mata
tamatlah sudah kisah
---lagu wajib dia rupanya. Dan saya terus menatap kelamnya malam!


Sunday, September 16, 2007

segantang beras pulut-1


Susunan hantaran warna pink itu benar-benar membuat aku terkedu. Antara percaya dan tidak. Akukah yang dipinang? Rasa takjub bersilih ganti dengan rasa sebak. Sesekali lucu. Meneliti hantaran klasik itu, benar-benar membuat aku terasa seperti jelmaan puteri Gunung Ledang. Bukan hati nyamuk, bukan juga airmata setempayan atau semangkuk darah anak raja tetapi segantang beras pulut. Segantang beras pulut ? Alahai idea dari mana dan siapa pula yang berjaya menongkah law peminangan zaman langit terbuka ini. Masih terakam dihati sewaktu emak membuka penutup kotak pink, ( daun mengkuang diwarna, dianyam dan dibentuk menjadi kotak) terasa biji mata hendak keluar dari bingkainya. Benar-benar terkejut. Kalau tidak ditahan sungguh-sungguh, pasti tawaku pecah berderai dihadapan rombongan yang membawa titah perintah peminangan ini. Aduhai..Aku sangat pasti sebelum peminangan klasik ini berlangsung, Raja Mahmud moden ini pasti sudah menonton paling kurang pun 10 kali filem raja-raja purbakala dan akhirnya terkena badi. Aku menimbang-nimbang sendiri di dalam hati. Nasib baik tiada sirih junjung atau berulas-ulas pinang. Kalau sampai itu terjadi, aku mungkin patut memohon peristiwa ini dicatat dalam buku teks sejarah tingkatan 5.

“macam mana “ emak mematikan lamunanku.

“ntahlah mak, indah fikir dulu lah” aku berusaha sesantun mungkin menjawab tanya emak.

“mau tunggu apa lagi Indah, kau tu bukan muda lagi. Kalau zaman kami dulu, umur 31 tu kira pangkat nenek tau!
Wah! Sedapnya mulut emak mengata aku. Aku tau lah aku ni dah antik sikit tapi bukan bermakna dah tak laku sampai sembarang-sembarang menerima lamaran orang. Bertunang dan kawin dengan Raja Mahmud tu hehe ..kena timbang berkali-kali. Fikir berulang-ulang. Nanti tak pasal-pasal aku kena membahasakan diri jadi kekanda pulak. Praktis sikit-wahai kekanda, apakah gerangan yang membuat kanda gunda gulana. Alamak, macam tu ka? Palis-palis. Aku senyum-senyum. Geli hati.

“ mak tanya betul-betul ni “ aku menatap emak sesaat dua. Aku tunduk lagi. Tengah berfikir jawapan yang paling tepat untuk menutup perbincangan ini. Paling penting jawapan itu boleh memuaskan hati emak dan menyelamatkan aku.


“Begini lah mak, beri Indah masa sebulan. Cukup-cukup 30 hari Inda kasi tau jawapan” Aku tawar-menawar. Harap-harap emak lembut hati. Aku membetulkan timpuhku yang mengundang semut-semut. Aku jadi tidak selesa. Perlahan-lahan aku bangun dan menuju ke kaki lima. Membuang pandang di tengah sawah padi yang sudah mula berwarna emas. Sebentar lagi masa untuk menuai hasil. Masa untuk menanak beras baru. Beras baru? Beras pulut? Hati ku dipalu gusar sekali lagi. Bagaimana akan ku khabarkan pada rakan-rakan tentang peristiwa ini. Peristiwa aku dan beras pulut. Intronya sahaja pasti membikin si Dayang ketawa berguling-guling. Mek Nah yang becok pula akan menjaja cerita ini ke hulu ke hilir. Dan aku? Dengan rela hati melihat menjunamnya graf saham peribadi. Oh, tidak! Jangan ada sesiapa yang cuba membocorkan rahsia negara ini.


Bersambung--

catatan Borneo (i)

Seperti selalunya, ketibaan saya di terminal 2 Kota Kinabalu tidak disambut sesiapa. Sendiri dan sendiri lagi. Ada juga baiknya kerana tidak perlu memanjangkan leher mencari sesiapa dan tidak perlu bersusah payah untuk memikirkan segala kebarangkalian soalan-soalan cepu emas. Selepas memunggah barang terus ke kaunter teksi dan dalam masa 15 minit saya sudah berada di tengah Bandar KK. Di celah puluhan orang di City Park petang itu saya melihat dia diantaranya. Menyambut saya dengan senyum ramah yang pasti membuka segala jalan rahsia untuk dikongsi nanti. Di balik wajah putih bersih itu, saya masih melihat sejalur rasa sedih yang tidak mungkin dapat ditutup oleh sebarang emosi positif sekalipun. Bertahun dia membawa hati di pulau ini, berkali juga saya memujuk namun, garis luka itu juga yang saya lihat saban tahun. Hebat juga penangan Malaya ya.! Dengar, saya menyanyi dan anggaplah saya sedang memujuk kamu:-

Casey - Jangan Ada Benci

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan
Ungkit-mengungkiti

Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri


Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Di sudut hati

Selepas mengira RM yang ada, akhirnya kami menginap di sebuah rumah tumpangan di kawasan Kampung Air ( Bilton Inn). Khabarnya area ini banyak acara malam yang hebat dan saya telah menempah sepanjang malam ini untuk menyaksikannya. Hehe..! seorang lagi kawan datang beberapa jam kemudian dan lengkap lah sudah malam jadi-jadian ini. Setiap minit yang berlalu pasti terselit banyak ragam yang pasti kami ingati selalu ( lawat blog kay). Dari pemilihan tempat makan, mandi atau tidak, warna baju, air minum dan semuanya kami tetap ‘bergaduh’. Kalau nak tahu inilah antara bahagian dan saat yang paling seronok dalam hidup saya. 3 perempuan dengan 3 kisah dalam 1 malam -semuanya tentang perkara yang meriah membuat saya mengilai-ngilai melengkapkan kemeriahan Kg. Air ini. Alahai..terasa remaja sekali lagi.

Jerit pekik sang kupu-kupu malam diawal dinihari mengejutkan saya. Bingkas bangun dan bermuhasabah diri. Melahirkan segala kekesalan dan bersyukur kerana nafas hayat yang ada. Sekurang-kurangnya masih punya kesempatan untuk menyesali dan meneliti diri seadanya. Mempersiapkan diri dan akan membawa segala kekurangan ini untuk di nilai. Dan seperti yang telah saya rancang, ia menjadi medan untuk meluahkan buku-buku kekesalan. Iya kesal yang betul-betul kesal--ketika yang lain telah menjadi buluh dan sedang bercanda dengan angin, saya masih lagi si rebung muda yang terhimpit dicelahnya. Dan yang seronoknya sebab rasa hati saya dilayan. Sekiranya selepas ini ia tidak membuahkan hasil sekalipun, saya tetap berpuas hati.

Untuk U-cm n Kay- Terima kasih kerana sudi menemani saya malam itu ( lupa cakap hari tu) dan semoga kita gembira dengan jalan hidup yang kita pilih. Pilihan kita!


Burung jelatik sarang kedidi
Sarang tempua sarang berjuntai
Sungguhpun cantik sutera diuji
Belacu juga tahan dipakai

Monday, September 10, 2007

dari hati ungu

Berulang-kali saya memohon. Kali ini saya merayu. Moga ditunaikan hajat saya yang satu ini. Hajat yang bertahun menghiasi laman hati. Tidak pernah tertunai. Sekali pun.



Daerah ini benar-benar mengusik hati. Banyak yang telah berubah. Seperti kita juga.
Tiada lagi kah yang kekal??

Tuesday, September 4, 2007

dari kota marudu

Saya meninggalkan jejak ini dari Kota Marudu- Kota penuh Cinta. Cinta dengan keluarga, cinta dengan kawan-kawan dan cinta dengan cinta lama. Di ruangan yang meriah ini saya cuba mencari ilham-menzahirkan semua untuk tatapan rakan-rakan tersayang. Lewat petang selasa ini saya masih terbawa-bawa kegembiraan percutian bersama Kay dan ML.-----saya mulakan september ini dengan gembira dan tawa yang sungguh-sungguh, semoga tawa ini kekal hingga akhirnya. Tiga hari ini benar-benar membawa kenangan 10 tahun yang lepas.

mari saya kongsikan lagu tema kami.

Dulukan telah diberitahu
jangan menganggu di hujung minggu
nanti dia akan tahu
rahsia engkau dan aku
Kita sudah sama setuju
berjumpa hanya bila perlu
kerana kita sudah punya teman istimewa

Korus:Kuhanyalah kekasih separuh masa
separuh lagi cinta untuk dia
janganlah kau meminta lebih dari itu
Kuhanyalah kekasih separuh masa
dari Isnin sampai Jumaat saja
jangan pula kau mengharap
berdampingan selalu denganku
Jika kau tak terima khabar
bererti dia ada di sini
jangan gatal meninggalkan pesan
curiga dia nanti
Tak perlu kata-kata manja
itu sudah sering kudengar
dari dia yang masih tidak tahu
adanya dirimu

Ku akui ada sesuatu antara kita
tetapi kutahu bukan seperti biasa


----banyak cerita yang ingin saya kongsikan tapi keadaan di sini cukup terbatas. tunggu n3 saya yang selanjutnya. Banyak yang akan saya kisahkan.

akhirnya...di susur ini banyak kenangan yang bergayutan di hati. Tiba-tiba hadir sesal bertali-tali. Mungkin benarlah..kota ini Kota Cinta yang sesungguhnya.

JARING-JARING KOTA

langit hitam walangku
jaring-jaring cerancang dukacita
menyerkap habuk dan debu
pekat menebal kedegilan
lemas oleh kerakusan
mengejar kebendaan semata
di petak-petak hari
mengejar bayangan ngeri

di ranting serapuh ini
aku menerjah kota liar
mengintai merah janji
jalan berliku
mimpi terpintal
bersimpang-siur

rupa-rupanya di sini
tidak ada taman lagi

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP