Sunday, December 21, 2008

Pasaran Cinta
....Apakah mungkin aku telah
meletakkan rasa cinta dan sayang pada
seseorang yang salah?
pada seseorang yang hatinya bukan
sekeping untuk aku..

Sesungguhnya,
aku mula rasa lelah
berjual beli dan berdagang cinta
membeli jiwa
kerap tawar menawar
harga pastinya mundur
apatah lagi
aku seorang wanita
produk yang biasa dinilai dari segi usia

Mungkin aku perlu rehat seketika dari pasaran cinta
demi mencari sekeping hati
yang hanya untuk aku
bukan perlu dibahagi dua atau tiga.

Monday, December 1, 2008

Pertama Selamanya

Disebabkan tugasan KISSM saya sudah siap, maka saya melanjutkan kesibukan saya dengan mengedit beribu-ribu gambar dalam laptop terutama gambar-gambar semalam. Konon-kononnya itu antara kenangan terindah sepanjang saya berkursus di Kent ini. Saya dan Ong sibuk menjadi juri tidak bertauliah mengadili gambar-gambar semalam. Bilik B103 jadi haru biru dengan gelak kami yang bersahut-sahutan. Macam burung pungguk.

Tanpa sengaja saya TERbuka satu folder yang sengaja diberi nama Awas! Membahayakan hati anda”. Gelak saya mati. Rasa aneh diam-diam menyusup memenuhi ruangan hati saya. Alamak! Memang betul, gambar-gambar ini membahayakan hati saya. Sangat bahaya. Ia membuatkan malam-malam saya sangat terganggu.

Ada tak sebarang ubat yang boleh menguatkan hati. Hehe..

Aneh. Selepas tahun-tahun yang kita tinggalkan, rupanya ada benda yang tidak pernah hilang. Bertahun pergi, berlari, tersungkur terjatuh dan bangkit membawa rasa ralat yang tidak pernah mati. Rupa-rupanya saya masih gagal melupuskan dari ingatan
Sewaktu berbicara soal karma, saya rasa ingin mati sekejap. Bait-bait kata yang dituturkan adalah hukuman paling mendera yang pernah saya terima. Saya sedar tiada sesiapa yang berniat menghukum sesiapa tetapi rasa bersalah tetap mengikat saya. Saya sangat rasa bersalah. Serius.

Sehingga saat entri ini ditulis, saya masih gagal memahami hati saya sendiri.

Kalau gugur, gugurlah nangka
Jangan menimpa si dahan pauh
Kalau tidur, tidurlah mata
Jangan mengenang orang yang jauh

Sunday, November 30, 2008

Tang Dynasty-29 Nov 2008

Ungu selepas solo kembali..haha! Aksi berani mati untuk 2008 ni..!

With Cik Hajah Dayang Mayang Abas ( antara tonggak utama PPKM Kent ) Ungu, Anis, Jun, Ong n Alic.

Aksi paling kontroversi 2008 sebelum dibaling ke pulau-pulau lps ni..huhu!


Ungu n Ruth ( mantap sbg AJK Protokol )


Ungu n Jun


jun, ungu, ong n lis
( meja paling kecoh ). siap minta cili potong lagi..haha. c Ong la tu..

Menu ala-ala mamak. kambing tu...


ziarah tue..

Ahli-ahli PPKM Kent ( yg wanita shj ya).

Saturday, November 29, 2008

KISSM ( Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia) (i)

Untuk pengetahuan semua, sekarang ni saya sedang mengikuti kursus Induksi yang berlangsung selama 3 minggu di Dewan Aziz IP Kent, Tuaran. Banyak perkara baru yang saya pelajari terutama berkaitan dengan dasar kerajaan, perintah Am, arahan perkhidmatan, tonggak 12, etika dan segala macam peraturan. Opsyen BK ( Bimbingan dan Kaunseling) bergabung dengan Opsyen PJ ( Pendidikan Jasmani) dan Pra-sekolah menyebabkan bilik ini sentiasa meriah.

Saya lebih terarah dengan budak-budak pj yang pada saya mengamalkan gaya hidup lebih santai ( hehe ). Saya tidak suka sesuatu yg rutin. Suasana yang serius juga mampu membuatkan saya gila. Setiap hari kami memperuntukkan 6 jam untuk kursus ini. Satu angka yang cukup menyiksa zahir dan batin manusia pemalas seperti saya. Dengan suhu yang amat sesuai untuk tidur dan tajuk-tajuk perbincangan yang sangat berat( otak saya dari golongan sederhana) membuatkan saya mencari alternatif memotivasikan diri sendiri. Salah satunya ialah menyediakan pelbagai jenis gula-gula. Alternatif lain ialah mempengaruhi rakan-rakan lain terutama budak pj untuk berteka teki, menyelesaikan masalah matematik ( ui, macam la aku ni terer math ) dan menyambung cerita. Macam-macam la teka-teki yang wujud. Ada yang memang rupa teka teki dan ada juga yang buatan manusia semata-mata.


Contoh teka-teki ( yg ni saya yang jual )


  • Kalau baling batu dalam sungai kenapa ia tenggelam? ( jangan menjawab menggunakan rumus sains)

  • Ada dua ekor anjing berenang menuju ke sebuah pulau. Seekor berjaya sampai manakala yang satu lagi tenggelam. Kenapa ye?

  • Pokok apa paling berani?
    Macam-macam jawapan yang ada. Hehe..

Sebenarnya saya menaip n3 ini pada jam 10.02 malam. Err..apa kaitan? Saya mengantuk la..nanti la esok kita sambung ya.

Tuesday, November 25, 2008

Terima Kasih Cinta

Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

ouuwwww...
ouuwwww...
Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku
oouuwww
Kesalahanku yang pernah menyakitimu

sekadar menyanyi-nyanyi..

Suatu ketika, kita pernah disakiti.

Kemudian kita berusaha untuk pulih semula. Didatangkan lagi dengan tawaran cinta yang baru, bersama harga-harga’ yang istimewa.‘ Pakej-pakej yang luar biasa.’

Tapi ketika ini, kita telah tahu bahawa kecintaan yang kita punya itu sudah ada nilainya yang tersendiri. Telah diletakkan harga tertentu.


Saya masih sendiri-sendiri ni tapi ok juga bah. huhu

Sunday, November 16, 2008

Dunia Belum Berakhir!!




Saya bukan Aisyah atau Maria dalam filem ayat-ayat cinta. Saya tidak setabah jauh sekali seredha itu. Saya perempuan paling tamak. Kalau cuma dapat separuh, lebih baik tiada. Emm..tiba-tiba pula boleh cakap macam ni padahal 2 bulan lepas saya akan mati jika tidak mendengar khabar dari sana.

Cinta selalunya membuatkan saya tidak seperti saya.

Saya nekad. Berpatah balik pada jalan dimana saya bermula. Ia bukan sesuatu yang mudah, tapi saya yakin yang akhirnya saya akan berjaya. Dan pulih seperti biasa.



Ada sesiapa yang tengah menjual cinta? Warna Ungu ada?

Rindu Aneh

Rindu Aneh

Rindu aneh datang lagi
Mengetuk-ngetuk di jendela rasa
Ku selak tabir hati
Dia terbang lagi


Lepas BTN




Saya dan Ruth bersama suami dan tunang orang. ( Man N Aziz )





Saya dan Rina ( gambar paling klasik tahun 2008 )




Saya dan Ruth sebagai model kereta Pengarah IP.

Wednesday, November 5, 2008

November 08

Saya baru siap mengemas keperluan yang perlu dibawa ke program Bina TataNegara di Kundasang. Semalam saya terkejar-kejar menyiapkan banyak perkara termasuk mengambil dan membasuh 2 pasang baju baru yang akan digunakan sepanjang ‘membina diri’ nanti. Lepas tu terkejar-kejar mencari kasut dan stokin hitam. Penat. Nasib baik ini adalah program ke3 terakhir sebelum saya balik bercuti panjang. Selepas ini saya akan menghadiri kursus Intel dan kursus induksi.

Opss terlupa, sebenarnya saya baru habis exam. Exam? Hehe..selepas bercuti selama 5 tahun, inilah kali pertama saya berada dalam dewan peperiksaan. Paper semalam ialah bimbingan dan kaunseling kertas 2. Soalan yang tidak pernah saya jangka ialah melukis pelan lantai untuk bilik bimbingan. Pelan lantai? Huhu..terpaksa la saya mengimpikan bilik bimbingan yang ngam dengan ciri yang kami belajar selama ini. 40 minit berlalu, saya dapati saya berjaya menyiapkan pelan lantai ( ikut suka hati) menggunakan ic sebagai pembaris. Sekali pandang macam bilik bimbingan, dua kali pandang macam rumah idaman. Emm, lebih baik jangan pandang la. Mendera korena mata ja..! Bida.

Sebelum saya sampai di kem BTN Kundasang, lebih baik saya mengandaikan yang baik2 saja. Ini pendekatan yang saya gunakan untuk menghilangkan rasa bimbang. Sejak BIG ( Bina Insan Guru ) hari tu, saya betul-betul serik mengikuti program yang macam ni. Mujur dalam jadual saya tidak melihat mana-mana aktiviti yang melibatkan air-kayak, rakit dll dan menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, kebanyakan aktiviti berada dalam kelas. Semoga ini bukan khabar2 angin..

Lagi satu- saya berjaya membuat keputusan penting dalam hidup saya. Nanti kemudian la saya cerita..


Saya tetap percaya bahawa bila Tuhan menutup pintu yang satu, Dia tetap akan membuka pintu yang lain untuk saya-yang lebih baik!

Jumpa lagi lepas BTN!

Wednesday, October 15, 2008

SK Lok Yuk Yang Dalam Ingatan

Marie N Fifi

Eddely Elvin N Hendryson


Kumpulan bimbingan yang terakhir.
Dari kiri Adek, Eddely, Jazlan, Boni, Helsavian n Karen.


Pastikan berakhir dengan G- Gemilang! Rizuan, Nick, Mac, Ardie, Rusdi n Wonlee ( tukang gambar )



Anak-anak didik kesayangan saya- Ardie, Nick, Rusdi, Rizuan, Mac ( belakang ) n Wonlee ( teda dalam gambar).

Sunday, October 12, 2008

Cinta

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.
( keluangman)

Wednesday, October 1, 2008

Nikmati Hidup ini Seadanya

Summer is delicious

rain is refreshing

wind is bracing

snow is exhilarating


There is no such thing as bad weather, only different kinds of bad weather”

Wednesday, September 24, 2008

Kamu Sayang Dia Ke??

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya denganapa jua keadaan sekalipun.
Terima kasih kepada Cik Sepet yang membenarkan saya mencuri nasihat-nasihat ini dari emailnya.

AkuKah ItU?

Akukah itu,
Yang kau puja lewat malam-malam sepimu?

Akukah itu
Yang lemas dalam pelukan bahagiamu

Akukah itu,
Yang mencangkul batas impian
Yang menanam benih harapan
Yang menyiram bunga-bunga mimpi
Agar tumbuh, mekar dan berbunga

Akukah itu,
Yang terus memohon di kaki takdir
Agar berpaling dan patuh pada mahuku
Sedang dihatimu aku semakin jauh.

B103/ Ip Kent

Tuesday, September 23, 2008

Mengapa rindu itu harus datang pada saat aku ingin pergi..( Kay )

Minggu akhir di bulan puasa ini hati saya sentiasa dalam mood sedih. Saya berusaha untuk menceriakan diri tetapi sering-sering gagal. Saya tidak seriang dulu. Roomate yang cute itu selalu bertanya kenapa saya tidur lebih awal dari biasa ( biasa maksudnya jam 11 ke atas ) dan bangun lewat. Saya tidak menyediakan jawapan khusus untuk soalan seperti itu. Lebih baik diam. Diam juga satu jawapan kan?

Pagi semalam saya menerima sms dari roomate.

Dia kata..'ayg, chayoo..chayoo..dunia belum berakhir. Hidup mesti enjoy. Jangan ko sedih2. Ingat ko masih ada ramai kawan'

Saya tersenyum sendiri dibilik bimbingan yang cukup lawa ini. Tercari-cari ayat yang sesuai untuk membalas sms ini.

Saya taip begini ‘Jangan susah, semuanya masih boleh dikawal. Haha..’ kemudian send.


Masa tu tiba-tiba terasa ingin balik di bilik B 103 dan menangis semahunya dibahu dia. Membenamkan semua rasa dipangkuan dia. Semuanya. Dia pasti mengerti. Ya, sangat mengerti kerana kami berkongsi cerita hidup yang hampir sama.

Semoga kami lebih tabah. Lebih tahu menghargai diri sendiri.

Cerita Minggu Berkabung..

Minggu tekanan sudah berlalu. Minggu ini saya mula bernafas dengan normal walaupun ada beberapa tugasan yang belum saya siapkan. Nampaknya saya tidak akan bergembira cuti raya ini. Huhu! 3 minggu terakhir praktikum, saya bekerja tidak cukup tangan ( siapa juga suruh suka tunda-tunda kerja). Saya perlu menamatkan 5 kumpulan kaunseling kelompok, 5 kumpulan bimbingan kelompok, 8 klien individu, 5 klien bimbingan dan menghabiskan jam kredit untuk bimbingan besar. Hampir mati. Dan disebabkan pada penyeliaan akhir mendapati saya layak dicalonkan sebagai pelatih cemerlang ( konon-kononnya) maka usaha untuk menjadikan bilik bimbingan ini cukup ‘sifat’ diperhebatkan. Tambah lagi satu kerja..Hasilnya:-

i) Pencalonan saya dan Ruth untuk pelatih cemerlang diperkenankan oleh Ketua
Jabatan Ilmu Pendidikan IP Kent, Mr. Chandran. ( sewaktu rentasan)
ii) Bilik bimbingan ini akan dicalonkan dalam pencarian bilik bimbingan yang kondusif
di daerah Tuaran ( menurut GB)
iii) Tanpa diduga saya dan Ruth diberi pujian tinggi melangit dengan usaha ini
iv) Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran berkenan mencemar duli merasmikan bilik
bimbingan ini pada 19. September 2008
v) Berduyun-duyunlah penduduk SK Lok Yuk mahu menyaksikan pemandangan baru
ini yang datang dengan pujian menjadikan saya mahu hidup 1000 tahun lagi..haha
vi) Berat badan susut 3 kg
vii) Saya berat hati meninggalkan sekolah ini terutamanya budak-budak yang setia
menemani saya sehingga lewat petang.

Jom intai-intai..


Ungu sedang berpose untuk gambar raya 2008..haha

ungu dan sumandak cilik Lok Yuk Telipok ( Karen, Fifie n Marie )

tetap ayu walaupun dalam mood tekanan. ( ruth n Ungu )

dari meja Ungu

Ini dia Mr. Chandran yang menyokong pencalonan kami sbg pelatih praktikum cemerlang.
berlatar bilik bimbingan yang berwajah baru.

Ungu n Mr. Chandran ( di luar bilik bimbingan )


hari ini dalam sejarah..



GB En. Judin bin Diana bersama Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran sedang mencemar duli merasmikan bilik bimbingan SK Lok Yuk.

Sedang membuat lawatan rasmi ke bilik bimbingan
Barisan orang kuat SK Lok Yuk Telipok ( dari kiri Pn. Caterina, Pn. Flavia, En. Judin Diana, Pn. Kawayan n Pn. Chong.



usaha tangga kejayaan..kami sedang membedah bilik bimbingan ( fasa pertama )



Ungu dan murid tahun 6( Rusdi, Mac n Ardie ) selepas membanting tulang membuat perubahan di bilik ini ( fasa kedua )




Bilik bimbingan semasa ( fasa yang terakhir) akan ditayangkan selepas ini. Sekian.



jejak yang ingin ku kenang.!

Musim membajak. Gambar yang membawa cerita yang tersendiri.


Gambar lama yang sangat cantik dimata saya.

inspirasiku..


mendamaikan..

cantik..


pose maut tu..haha!



masih bertautkah kiambang setelah biduk berlalu..( ngam ka sama tu pic ar)



musim yang paling seronok..( masa dulu laa )


sumandak sedang menuai padi.


hasilnya..


tu dia..badang di ladang. jangan main2 sama dia.kicil2 tapi dua tu wakid dia angkat.


satu-satunya bab yang saya lulus setakat ini..menjemur padi.


Gambar ini tiada kaitan dengan pemilik blog. Sekadar hiasan. Mana tau kalau-kalau ada antara kita yang tiba-tiba terindu-rindu zaman purbakala kita.








ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP