Wednesday, August 8, 2007

puisi hari khamis

Dengan nikmat nafas dari NYA
aku masih mampu melangkah dan berlari
mendongak, tunduk dan masih mampu berpaling
menyesali yang lalu
sebagai pedoman dan pengajaran
untuk meniti titi hidup kini....
....walau tidak dapat kupadamkan hitam itu
menjadi putih semula
namun dengan nikmat nafas dari NYA
aku yakin aku masih ada sisa waktu
untuk bermula dari PERTENGAHAN
Sebait puisi yang mengejutkan aku dipagi khamis ini.
Puitis dan cukup menyedarkan manusia lalai seperti aku.

4 comments:

Kay Masingan said...

ungu, ya bait2 puisi ini memang datang dari naluri ku sendiri. kerana ianya memang dari ku dan ditujukan pada diriku dan semua yang masih ada niat dan tekad untuk berubah.

UNGU said...

patutla sa pun terkena..untuk yang nekadkan?

Kay Masingan said...

bukan niat untuk mengenakan sesiapa, tapi hanya untuk diri sendiri dan sa gembira jika ianya turut menyedarkan org lain.

UNGU said...

terima kasih daun keladi..kalau ada sila tambah lagi k..

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP