Saturday, February 21, 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang - Imran Ajmain

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

menyanyi ja kita..

sekali ini saja-Glen

Bersamamu, kulewati
lebih dari seribu malam
Bersamamu yang kumau
namun kenyataan yang tak sejalan

Tuhan bila masih ku diberi kesempatan
izinkan aku untuk mencintanya
Namun bila waktuku telah habis dengannya
biar cinta hidup sekali ini saja

Bersamamu kulewati ...
lebih dari seribu malam
Bersamamu ...
kulewati ...
namun kenyataan yang tak sejalan

Tuhan bila masih ku diberi kesempatan
izinkan aku untuk mencintanya
Namun bila waktuku telah habis dengannya
biar cinta hidup sekali ini saja

tak sanggup bila harus jujur
hidup tanpa hembusan nafasnya.

Tuhan bila waktu dapat kuputar kembali
sekali lagi untuk mencintanya...
Namun bila waktuku telah habis dengannya
Biarkan cinta ini...
Biarkan cinta ini...
Hidup untuk sekali ini saja

sekadar menyanyi-nyanyi

Tuesday, February 17, 2009

Bunga Yang Tidak Pernah Layu

Saya tidak pernah mengambil berat soal hari-hari istimewa. Bagi saya, setiap hari yang saya lalui adalah hari yang istimewa. Hari yang punya cerita yang tersendiri, yang istimewa. Sabtu lalu saya menerima panggilan dari jauh. Empunya diri meminta maaf kerana tidak dapat menghantar bunga untuk saya. Saya menahan gelak di dalam hati. BUNGA? Emm..mungkin bagi dia bunga ialah benda yang boleh mewakili penghargaan dan segala rasa yang ada dihati. Rasa sayang contohnya.

Saya sengaja mengenakan dia. Saya kata, saya memang menunggu bunga dari dia ( bukan bunga plastik ). Tapi saya mahu bunga yang tidak akan layu sehingga Valentine yang akan datang. Saya kata lagi, saya sangat sibuk jadi saya tidak punya masa yang cukup untuk menjaga bunga yang menuntut perhatian setiap hari ( mana tau kalau tiba-tiba dia hantar bunga dalam pasu ). Mesti dia menuduh saya ni dari kumpulan perempuan yang agak gila. Sebenarnya saya sengaja memaksa dia melalui tekanan ringan dipagi Valentine.

Seperti yang saya jangka dia tidak akan dapat memenuhi permintaan saya. Permintaan tahap melampau.Akhirnya saya jawab sendiri. Saya kata, bunga yang tidak pernah layu-bunga yang kita tanam dihati kita. Selagi ada hayat selagi itulah ia hidup dan berbunga.

Oh ya, saya mengilai orkid.

Sunday, February 15, 2009

bINGUNGNYA aKU

Pada satu malam saya menelefon kawan yang sedang sakit. Menurut dia, dia berada dirumah kerana cedera dibahagian kaki ( kalau kaki sudah yang sakit,mana boleh jalan2 lagi kan).

Saya: hi, bt apa?
Dia: bt kerja rumah.
Dia: hah! sakit pn bt kerja rumah.
Dia: sakit? siapa yang sakit?
Saya: saya salah no ka ni ar?( dalam hati ).

Saya check balik no yg saya dail. emm betul laa.

Dia: emm, sori time valentine tu ya. saya xda dpt dtg tmp ko.
Saya: hah! ( tekejut beruk dgn soalan luar jangka ). its ok ( tidak tau apa lg mau ckp )
Dia: ko d mana?
Saya: d rumah. sendiri.
Dia: mana c...?( lupa pla aku nama yg dia sebut )
Saya: ( makin pelik )..keluar.( saya terdiam beberap saat. saya sebenarnya sedang berfikir-dengan sepa aku bercakap ni???)
Dia: Napa diam? marah?
Saya: soalan maut ni..aku? marah? ( dalam hati )ok la. nite ( xda tau mau cakap apa lagi)
Dia: macam tu ja
Saya: hah!??

Saya tekan butang merah dan simpan hp bawah bantal biru. Hah?

Kamu tau apa saya rasa?- LUCU, ANEH. TAPI YANG PALING BANYAK, RASA TERTIPU.

Thursday, February 12, 2009

hARI-hARI pUN sAYANG


True love comes quietly, without banners or flashing lights.
If you hear bells, get your ears checked.





Hari-Hari Pun Sayang!

Wednesday, February 11, 2009

bUKU yANG aKU nAK bELI..

Ceritera I – Kebun Mimpi... oleh Noor Suraya
Masih ingat pada karya pertamanya, Keranamu Ain...? Inilah lanjutan kisah Ain Najwa selepas itu. Sudah Ain tanam, sudah Ain semai... namun tidak satu pun yang bertunas itu rupa-rupanya kembang menjadi bunga! Bagaikan kebun mimpi... apa yang hadir dalam hidup Ain ini sekadar sebuah kenang-kenangan.

Ceritera II – Tas Merah Jambu oleh Syud
Gara-gara sekeping kad raya yang ada gambar seekor kucing putih gebu, hidup Nisa tak keruan dibuat dek Anna, Lin dan Nini. Sementara kawan-kawan si penerima kad misteri itu, sedang menyenaraikan suspek: siapakah peminat rahsia Adif? Aiman terus menyiasat, Adif pula jadi resah gelisah.
Jomlah sama-sama ikut SYUD membongkar misteri hati Nisa-Adif ini...!

Ceritera III – Albatros: Antara Langit dan Bumi oleh Rnysa
“Ya. Kalau sayapnya elok lagi, ‘dia’ boleh terbang...” balas Ehsan. Izzah rasa dia yang perlukan sayap sekarang, mata Ehsan yang bening sedang mencuri pandang sejenak, menikam ke dalam tangkai jantungnya. Mata itu duta hati, dan jika mata dengan mata itu sudah bertemu, tentulah larutnya jiwa.
Encik Albatros, pinjamkan sebentar sayapmu itu! Aku mahu lari daripada terkena panahan cinta! bisik Izzah.

Monday, February 9, 2009

Catatan ringkas dari Sukau

Sebulan bertamu di Sukau, rindu saya masih liar berlari. Mau juga berpulangan ke Teluk Marudu. Katanya lagi mau bersinggahan di Watson dulu. Mau membeli tisu. Saya kata tisu ada dijual dimana-mana. Di luar tandas awam pun ada. Dia jawab tisu spesis yang tu tak elok. Tak sopan. Tisu yang dijual di watson lebih baik-buat penyapu si syer mata..haha. Ada juga pula macam tu ya! Walhal saya sudah berjanji, bukan saya bersumpah bahawa tahun ini saya tidak mau menangis lagi. Tidak mau mengenang masa lalu saya yang serba serbinya menyedihkan. Cukuplah sudah saya berkabung. Rasanya tidak ada apa-apa lagi yang perlu diralatkan.

Sudah lama rasanya saya tidak menulis apa-apa diruangan ini. Kepada rakan-rakan blog yang lain saya mohon maaf. Sepanjang bulan yang lalu saya betul-betul sibuk. Sibuk tahap gaban. Sibuk menyesuaikan diri di tempat baru bah.

Banyak benda menarik disini. Kawasan sekolah yang betul-betul terletak ditebing sungai Kinabatangan amat mendamaikan. Bunyi bot dan feri yang melalui kawasan ini benar-benar menarik perhatian anak gunung seperti saya. Agak luarbiasa dimata saya. Saya ’kebaru-baruan’ agaknya.

Semalam suami Kak Ju ( rakan serumah) mengajak kami ke batu 4. Mula-mula saya hairan kerana setahu saya jalan ke bandar ( Sandakan ) terputus di batu 16 tapi saya mengandaikan ada jalan lain ke batu 4. Saya dan Muni ( rakan sebilik ) menyanyi-nyanyi kesukaan. Bergaya sungguh-sungguh kami. Peliknya kak Ju besa-besa saja. Mana tau kalau batu 4 yang dimaksudkan ialah tamu di batu 4 Sukau. Huhuhu..( mulanya ) kemudian hahahahaha..( akhirnya ). Bayangkan pergi tamu dengan bergaya. Orang memandang dengan hairan. Kami buat-buat muka pelancong..
Pengajaran daripada cerita ini ialah-lain kali tanya betul-betul. Jangan buat-buat tau kalau tak tau.

Saya sebenarnya masih demam ni. Masih macam orang tak betul. Sabtu lepas saya diarahkan membawa budak-budak ke pemilihan mewakli zon ke daerah yang dijadualkan berlangsung minggu depan di Bukit Garam. Pemilihan dibuat di padang kampung Suan Lamba. Padangnya yang becak mengingatkan saya ke sekolah pertama saya, SK Talantang. Padang yang becak berlumpur ini mempunyai nilai tersendiri dimata saya. Saya memerhatikan budak-budak yang bekejar-kejaran. Jatuh tergolek dengan lumpur hanyir menodai baju putih, merupakan fasa-fasa paling seronok dalam kitar hidup seorang manusia. Saya lihat budak-budak bukan lagi berlari tapi berkubang. Saya biarkan. Bertemankan sekaki payung saya bercatwalk ke tengah padang..emm model payung gitu..hehe. Sebenarnya saya cuma mahu melihat dengan lebih jelas suasana segorombolan budak-budak yang leka berkubang. Sedar dengan kehadiran saya, mereka langsung diam. Saya jadi simpati. Ahh..biarkan saja mereka melalui zaman kanak-kanak dengan semahunya. Sekurang-kurangnya bila dewasa, mereka punya kenangan yang diingat-ingat.

Oh ya! Saya ada seorang kawan baru. Nama glamernya Fei Mau ( gambar ). Nama sebenar Khairunnisa Atika. Baru berusia 10 tahun. Istimewanya, dia berfikiran lebih dewasa dari yang saya sangkakan. Dia tidak akan menontan kartun seperti kebanyakan kanak-kanak tetapi lebih minat drama korea dan sinetron dari seberang. Malah dia juga sangat memahami hal-hal orang dewasa. Saya dalam usaha membiasakan dia untuk memanggil saya kakak bukan cikgu. Sesiapa pun akan teringin menjadi kakak kepada budak secomel dia. Hari tu masa bercerita dengan Muni, dia menyampuk begini-ala cikgu, putus ja. Mula-mula memang susah tapi nanti-nanti tu bagus juga. Kami pula yang terkejut beruk.


Emm begitulah kisahnya...

Sunday, February 1, 2009

01022009

Segugusan waktu telah pergi berlalu,
Kadang-kala tiada ku pamitkan pesan- memang pun ,
sengaja ku melalaikan.
Barangkali kerana lalai ku juga,
maka hari pun mengalpakan duka ku,
melanggar aku dengan sekawanan resah,
yang pernah ku lipat dalam harian berlalu.
Keberadaan mu menyedarkan aku - iya, di dada ku masih ada lagi kerinduan kepada mu.

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP