Friday, August 3, 2007

sesekali mengingati mati

i) Pagi tadi aku melihat kanopi terpacak dihadapan kedai menjual cenderahati yang sebaris dengan kedudukan kedaiku. Hati kecil bertanya kenduri apa ya? Beberapa jam selepas itu baru aku tahu rupa-rupanya mak cik( yang punya kedai tu ) meninggal semalam. Seketika aku terkejut. Rasanya baru beberapa hari lalu aku berbual-bual dengan dia. Memandangkan anak perempuannya yang belum kawin tu kawan baik aku , maka kira boleh tahan juga la aku bertandang di sana. Sebentar tadi aku membulatkan hati untuk berziarah seikhlasnya walaupun dia bukan sebangsa dan seagama denganku. Aku melihat sekeliing, ada beberapa orang tetamu Melayu, Cina dan aku rasa akulah satu-satunya dari suku pribumi Borneo. Juga sempat memerhati kedai yang kelmarinnya sangat meriah dengan kehadiran anak cucu mendiang ( dia tinggal dengan anak lelaki yang telah berkahwin dan beranak satu, seorang anak perempuan yang baru berkahwin 2 bulan lepas, seorang anak perempuan yang belum berkahwin dan seorang pembantu rumah) kini bertukar menjadi suasana yang suram. Selain tangisan, hanya bunyi lagu sembahyang dan asap colok sahaja yang memenuhi ruang. Aku berpaling di sisi kanan dan melihat beberapa jambangan bunga yang tentunya dihantar oleh kenalan keluarga. Bunga yang cantik dengan susun atur yang pelbagai sesekali membuatkan aku lupa tentang kematian. Aku yang alpa terlupa bahawa hidup dan mati hanya dipisahkan dengan sebuah sempadan. Aku tertunduk. Tapi dengan dua sebab, pertama, aku mengirim doa dengan caraku sendiri untuk dia dan kedua, aku menangis-mengingati diriku yang belum cukup bekalan untuk menghadapi mati.

untuk mendiang- semoga aman damai dialam sana,
untuk yang ditinggalkan- semoga redha dengan hukum kehidupan bahawa yang hidup akan pergi bila sampai waktunya.

3 comments:

Kay Masingan said...

at least kita ungu sedar akan perkara tersebut: bekalan apakah nanti yg akan dibawa, pahala dunia dan doa2 org yg ditinggalkan. amen

Kay Masingan said...

perkataan "kita" tu buang ya. salah type tadi

UNGU said...

ya. sekurang-kurangnya kan.

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP