Tuesday, October 30, 2007

rindu aneh ii


Kita tidak pernah mengucapkan selamat berpisah
Tapi mengapa hati sering berasa resah.
Kita tidak pernah berdoa untuk sebuah pertemuan
Tapi mengapa hati selalu kerinduan.
Perpisahan dulu seperti telah menutup segala ruang
Rupanya cuma satu permulaan yang panjang.
Aku berpaling mencarimu
Ketika kau ucapkan kesejahteraan buatku.
Kita akan kembali
Untuk mencari lagi.

Monday, October 29, 2007

lagu pilihan

setakat isyarat blog telah di update..

Isabella

Isabella adalah
Kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah
Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
Alam yang terpisah
Melenyapkan sebuah kisah...


Terbayang lambaianmu
Salju terbakar kehangatan
Dunia di penuhi
Warna berseri bunga cinta
Kita yang terlena
Hingga musim berubah
Mentari menyepi
Bernyalalah api cinta


Dia Isabella
Lambang cinta yang lara
Terpisah kerana
Adat yang berbeza
Cinta gugur bersama
Daun daun kekeringan...


Haluan hidupku
Terpisah dengan Isabella
Tapi aku terpaksa
Demi cintaku Isabella
Moga dibukakan
Pintu hatimu untukku
Akan terbentang jalan
Andainya kau setia
Oh! Isabella




Saturday, October 20, 2007

Kasih Sayang Versi Ungu

Masa saya memeriksa peti mesej di bawah, tiba-tiba saya di sapa kasar oleh seorang pendatang (sebab tidak dikenali). 'Beliau' ini telah meninggalkan pesan yang seolah-olah melihat saya sebagai individu yang tidak mencintai negara bangsa tempat kaki saya berpijak ini.

Dari satu sudut saya melihat komen itu amat baik untuk menyedarkan sesiapa sahaja yang menjadi tetamu laman ini terutamanya saya. Iya lah siapa tahu kalau-kalau rasa cinta terhadap nusa ini sudah berkurangan. Cuma saya agak terkilan bila dituduh curang terhadap negara hanya selepas membaca satu entri saya yang kebetulan memuji ( sedikit ) tenang bangsa lain ( saya rasa begitu la ). Saya lebih terkilan kerana entri saya itu hanya dilihat dan dinilai menerusi pandangan mata kasar tanpa melihat intipati yang cuba saya bawa. Dan saya lebih..lebih..dan lebih terkilan kerana komen itu ditulis dalam bahasa Paris Hilton sedangkan laman ini menggunakan Bahasa Melayu 100% sebagai bahasa persuratan. Tak tahu lah saya kalau mesej tu di hantar oleh Wayner Ronney pulak. Sekiranya ada diantara pengunjung laman ini yang turut melihat kemudian menilai begitu, tolonglah..baca sekali lagi dan baca dengan mata hati. Nilai dengan hati yang bersih. Necaya kamu sekalian akan melihat niat saya yang baik itu.

Dulu-dulu, emak saya selalu menghukum saya sekiranya saya melakukan kesalahan. Selepas tangisan saya reda, emak akan memberitahu yang dia sangat sayangkan saya. Mula-mula saya agak hairan, kenapa kasih sayang itu dilafazkan menerusi rotan yang meninggalkan kesan pedih di betis saya. Sebagai kanak-kanak, saya lebih suka kalau kasih sayang itu diterbitkan melalui belaian dan usapan semata-mata. Namun, selepas puluhan tahun berlalu, saya akhirnya faham bahawa kasih sayang melalui 'gula-gula panjang' emak itu lebih bererti dan berjaya membentuk manusia degil seperti saya.

Entri ini bukan bertujuan 'menembak' sesiapa, sekadar mengingatkan bahawa setiap individu mempunyai cara sendiri untuk menterjemahkan kasih sayang dan rasa hormat kepada negara. Dan dalam banyak-banyak cara, saya memilih versi yang sedikit kejam atas kepercayaan bahawa bukan semua orang di muka bumi ini boleh di bentuk dengan kata-kata yang manis. Sesekali frasa-frasa yang lebih berani dan berterus terang patut digunapakai untuk menerjang minda individu yang leka bermimpi.

Sekadar ingatan, semua entri di laman ungu ini ditulis mengikut citarasa penulis. Kepada para pengunjung anda digalakkan membaca dengan mata hati dan paling penting fasih berbahasa Melayu untuk mengelakkan ke'bengongan' penafsiran.

Mungkin benarlah kata-kata keramat ini..' kerana mulut badan binasa'.

bila ungu menunjukkan belang

Kalau ikutkan hati mau saja saya pegang tengkuk dan hentak dahi dia dekat stering kereta. Kalau tak pun saya teringin sangat nak tarik brek yang cuma jauh 2,3 inci dari tangan kanan saya. Biar kereta waja di belakang tu sondol bontot kereta dia. Adoi...!Nasib baik sabar saya masih berbaki beberapa peratus. Seumur hidup saya belum pernah la saya terserempak dengan driver teksi yang ‘bengong’ macam dia ni. Berlagak tapi bodoh. Masa turun dari taksi saya baling RM 25 betul-betul kena batang hidung dia yang kembang semangkuk itu. Pemandu taksi yang tak tau diri. Berlagak jadi pemandu kapal terbang. Setakat pemandu teksi saya pun tak heran la. Huuu lega betul dapat melepaskan geram.

Selepas mendapat tiket bas dari Melaka Sentral ke Terminal One Seremban, saya terus mencari kerusi 5D. Duduk dan terus berfikir. Lagu retro raya yang memenuhi ruangan transnasional gagal menarik perhatian saya. Perlahan-lahan saya meneguk mineral water 1.5 ml dan menarik nafas dalam-dalam.

Pendingin hawa yang berfungsi dengan baik ternyata tidak mampu menyejukkan hati saya yang panas membara ini. 'Kebengongan' pemandu teksi tadi benar-benar buat saya sakit hati. Belum sempat pungung saya berlabuh, terus saja dia tembak. Kalau sasaran tepat tak apa la juga. Ni jauh panggang dari api. Katanya betul kah saya ni orang Malaysia. Saya kata, iya lah dari Sabah. Belum sempat saya menyambung dia terus potong..kata dia Eh..Sabah tu Malaysia tau. Dia memandang saya seolah-olah saya in pendatang tanpa izin Indon yang menyamar jadi orang Sabah. Dalam hati saya menjerit..ya Allah, bodohnya. Saya rasa pemandu teksi ni wajib mengikuti Program Khidmat Negara. Kemudian hantar ke Pulau Banggi. Jangan bagi 2,3 bulan, bagi la dalam 2,3 tahun. Biar dia insaf sikit dan tahu di Malaysia ni ada banyak bangsa lain lagi selain 3 yang paling dominan itu. Hati saya kalau sudah di simbah petrol pasti meletup. Saya terus cakap panjang lebar. Dan yang paling saya menyampah, masa saya bercakap sungguh-sungguh tu dia boleh buat muka selamba. Muka bodoh. Waktu masuk kawasan Melaka Sentral tu dia tanya lagi..awak balik Sabah, naik kapal terbang ke naik feri? Mak oi..rasa nak baling la pemandu teksi ni kat tengah-tengah jalan. Biar digilis lori 10 tan. Menyampah!

Saya tertanya-tanya macam mana dia boleh jadi pemandu teksi. Rasanya dia ni belum habis berubat dekat hospital jiwa. Kalau dia gian sangat nak bawa kereta, bawalah kereta mayat. Tak padan betul bawa teksi yang dihias indah slogan ‘ Cuti-cuti Malaysia’.
Masa dia tanya begitu saya dah tak larat nak jawab. Tapi masa saya tercari-cari dompet dia sempat menyerlahkan 'kebengongan' dia.

Driver- Awak ni orang Pairin kan?
Saya-Ha..?? ( buat-buat pekak )
Driver-iya la awak cakap awak dusun kadazan.
Saya- Emm..( tiada masa melayan)
Driver- Apa pasal kamu masuk BN ah? Apa pasal tak mau itu Pairin.( tetiba pulak masuk hal-hal politik. Soalan sensitive lagi tu)
Saya- Suka hati orang la. ( dengan kurang ajar saya menjawab).

Saya tengok anak mata dia tambah kecil..mungkin marah dengan kekurangajaran saya. Saya tidak peduli. Kalau anak mata tu hilang terus pun tak apa. Biar pada dengan muka.

Saya- Awak pernah datang Sabah kah?
Driver- Belum oh..
Saya- Haa.. kalau macam tu awak tak layak nak cakap apa-apa tentang negeri saya. Kalau masih tak tau nak pergi Sabah tu naik pesawat atau feri, bagus awak duduk diam-diam. Bawa teksi elok-elok.

Saya terus baling duit dan keluar dari teksi. Puas hati. Tiba-tiba, Melaka Sentral menjadi sangat hodoh di mata saya.

Friday, October 19, 2007

wajah kesayangan hamba

pesan pada angin

Duhai angin
titipkan salam ini
buat hati yang sedang menunggu
bawakan kenangan yang membara
bawakan ingatan yang belum padam.



Duhai angin
dalam diam membelah rimba
dalam sepi merentas samudera
jangan cicirkan sebaris pun pesan
nanti ada rindu yang tak sampai.

Duhai angin
bila ingin kembali (lagi) ke sini
bawakan aura Teluk Sepanggar
jinakkan rasa yang meronta ini
lunakkan jiwa yang asyik bergetar.

Wahai angin
mari kukhabarkan padamu
satu rahsia terpendam,
bahawa di teluk yang diam itu
ada kasih yang pernah tertinggal.

(Angin,
carilah kasih itu
sebelum ombak yang culas hanyutkan ia ke teluk lain...)
www.rymza.blogdrive.com

Monday, October 15, 2007

Rindu aneh

rindu aneh itu datang lagi
tanpa izin terus bersinggah di jendela hati
mengetuk-ngetuk kebuk kenangan
yang tersisip
dalam kebun mimpi semalam

tanpa pamitan
ia berangkat pergi
pergi
dan pergi lagi

menghanyutkan aku
dalam lautan sendu.

Nilai-15/10/07

Wednesday, October 10, 2007

segantang beras pulut-2


Seperti yang telah ku jangka, meja makan ini akan jadi meja perbincangan atau dengan kata yang lebih kejam, bilik soal-siasat. Belum sempat menyudahkan suapan pertama, aku sudah ditanya tentang perkara yang ngeri itu. Tentang rombongan menghantar beras pulut. Dan belum sempat pun aku menjawab, bapa terus membuat ulasan panjang lebar tentang beras pulut dan Sultan Mahmud itu. Aku buat-buat pekak. Pura-pura berfikir sedangkan seluruh hatiku tertumpah pada semangkuk ikan masin, tinopuru turongou dan sayur pucuk manis yang sedikit itu. Sikit sangat la, aku komplen dalam hati. Mana cukup?

“Cukup la tu, itu pun sudah cukup bagus. Kau mau tunggu yang macam mana lagi? Aik takkan saya tercakap kuat tadi. Rupanya emak memasang telinga. Pendengarannya masih bagus sungguhpun usianya melewati setengah abad. Tapi masalahnya aku bukan bercakap tentang tragedy beras pulut. Tapi tentang sayur pucuk manis yang sedikit itu.

"Bukan nda bagus bah, tapi saya fakir-fikir dulu. Tu urang pun ( dalam hati Sultan Mahmud) saya nda kenal” aku terus menyuap.

“Bah, ada tu gambar dia kasi. Nombor hp pun ada. Kau cubalah telefon dia..kenal-kenal dulu” Cis! Pantang datuk nanek mengiklankan diri sebegitu. Walaupun telah bertahun-tahun menghirup udara kota, aku masih kuno dalam soal ini. Masih percaya yang untuk janji temu pertama haruslah dimulakan oleh lelaki. Sebenarnya aku tidak berpuas hati tapi tidak sampai hati pula membantah kata ayah. Lelaki pertama yang kukenal dalam hidupku. Seperti tentera Jepun yang menerima arahan akhirnya aku mengangguk.

“Iya la, nanti saya telefon”. Moga-moga dengan jawapan ini, perbincangan ditangguhkan. Tapi harapanku meleset.

“Yang lama tu kasi lupa lah bah. Tiada jodoh kamu, mau buat macam mana” Tanpa izin emak membuka lipatan sejarah lama. Sejarah lampau yang sering-sering mengetuk pintu ingatan. Terasa pucuk manis menjadi peria. Ayah mendongakkan kepala.

“Auu no tagal sorron bo no. Nolingan no dau maan nu po boroso” dia membaca ketidakselesaan ku mungkin.

“Bukan begitu bah, kami harap-harap kau nda menolak lagi” emak membetulkan duduknya. Ayah menelan kunyahan yang terakhir sebelum beransur. Aku masih lagi mengistiharkan diri sebagai bisu. Aku benar-benar kekurangan perbendaharaan kata. Suasaan tiba-tiba menjadi sepi. Sehingga aku melangkah meninggalkan meja makan, aku masih gagal memujuk kotak suara untuk berkata-kata.

Dalam bilik yang dicat biru lembut ini, aku masih berteka teki. Menilik-nilik kad comel yang hanya dicoret nombor telefon. 019*******- kl. Huuu aku mengeluh perlahan. Terasa payah sangat menjadi gadis dewasa. Rasa benci mula bertunas dihati. Kenapalah di zaman ini masih ada manusia jenis begini. Jenis menyusahkan orang lain. Apa lah salahnya kad ini ditulis nama penuh. Dia ingat aku kemaruk sangat nak berlaki. KL? Kuala Lumpur ? Kuala Lipis? Kepala Lanun? Menyusahkan masyarakat betul la!


bersambung..

Tuesday, October 9, 2007

raya lagi

SELAMAT MENYAMBUT BULAN SYAWAL KEPADA RAKAN-RAKAN BLOG DAN PEGUNJUNG YANG BERAGAMA ISLAM.

Dendang Perantau
Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku
Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia
( korus )
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya
Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau
...maaf zahir dan batin...

Friday, October 5, 2007

bila ungu menyanyi

Saya sebenarnya kurang berminat dengan lagu-lagu terkini terutamanya dari seberang. Hati saya lebih berirama bila mendengar lagu retro yang malar segar. Tapi kali ini agak ganjil. Entah roh dari mana pulak yang telah merasuk saya sehingga beria-iya sangat dengan lagu seberang ini. Mungkin ini lah akibat bila menjadi pelanggan setia bakso dan soto....kosong ya!

Demi Waktu
Artist: Ungu

Aku yang tak pernah bisa lupakan dirinya
Yang kini hadir diantara kita
Namun ku juga takkan bisa menepis bayangmu
Yang slama ini temani hidupku

Maafkan aku menduakan cintamu
Berat rasa hatiku tinggalkan dirinya
Dan demi waktu yang bergulir di sampingmu
Maafkanlah diriku sepenuh hatimu
Seandainya bila ku bisa memilih

Kalau saja waktu itu ku tak jumpa dirinya
Mungkin semua tak kan seperti ini
Dirimu dan dirinya kini ada di hatiku
Membawa aku dalam kehancuran

Kalau buka radio terutamanya stesen yang menggelar diri no.1 di Malaysia, saya ingat saya di Medan..tapi tak apa la juga..mana tau tahun ni band2 dari Indonesia pulak yang buat promosi Tahun Melawat Malaysia....apa kes?


Wednesday, October 3, 2007

Kami Terkantoi


(Perhatian:N3 khas buat Rabbit dan Kay )
Kami terkantoi

Terminal Rindu

Kita tidak pernah mengucapkan selamat berpisah
Tapi mengapa hati sering berasa resah.
Kita tidak pernah berdoa untuk sebuah pertemuan
Tapi mengapa hati selalu kerinduan.
Perpisahan dulu seperti telah menutup segala ruang
Rupanya cuma satu permulaan yang panjang.
Aku berpaling mencarimu
Ketika kau ucapkan kesejahteraan buatku.
Kita akan kembali
Untuk mencari lagi.

Semalam saya menerima sms begini,

Rabbit: ko tau ka tarikh lahir c mi2. Saja mo tanya.
Saya: nda pasti o..cuba ko tanya c Kay.
Tiba-tiba saya teringat birthday dia yang sudah berlalu. Saya cepat-cepat menaip lagi.
Saya: happy blated bday ah! teda hadiah oo..
Rabbit: uik..sudah lama tu..hehe
Saya: sa tgh online la..jom chat..
Rabbit: nasib baik nda migraine..jom la

Dan kami pun terus belayar-layar dialam maya. Banyak yang dibualkan. Antaranya tentang program tertangguh kami hari tu. Program lawatan sambil belajar di shoping mall. Tiba-tiba hp saya menerima sms baru..

Kay: oi ko ingat lg bila bday c rabbit?
Saya biarkan sms tu tertunggu-tunggu jawapan. Saya terus chat dgn rabbit.

saya: bila gia tarikh lahir ko tu. Sa ingat jg bulan 9..tapi nda ingat tarikh.( sebenarnya mahu memdapatkan maklumat untuk menjawab sms c Kay)
Rabbit: napa c Kay tanya ko ka?
Saya : nda laa. Sa mo tau ja..sambungan kita pnya sms tadi ba
..( padahal sudah jadi tali barut c Kay)
Rabbit: isk..nda pa laa tu. Buat apa mo ingat2, yg penting thn ni genap 29 thn.
Saya: ko merajuk ka tu?
Rabbit: nda laa ba..nda ngam 29 tpi merajuk lg.12 hb bah tu..
Saya: oh..teda jg hadiah ba
..( sepantas kilat saya balas sms c kay. Siap suruh diam2 lagi. Jangan bagi tau maklumat tu dari saya).

Tiba2..

Rabbit: oi ko kasi tau c Kay ka?
Jari saya terkoma sekejap. Saya bermain tarik tali dan akhirnya memilih untuk menghantar kepala ke tali gantung.
Saya : Iya..ngam2 dia sms sa ba tu. ( dalam hati bagai di garu ..nak ketawa pun ada)
Saya cepat-cepat mencapai hp..meng sms c Kay lagi
Saya: oi ko kasi tau c Rabbit ka? (jantung saya sudah terjatuh menimpa perut ).
Kay: iya tapi nda kasi tau maklumat dari ko..konon2 sa baru ingat.
Saya: alamak..'matai no beno'..kantoi. Sa suda kasi tau dia, maklumat tu dr sa. Hehehe
( takut bercampur lucu)
Kay: hehehe..nt sa bt pengakuan laa..( mesti dia berguling-guling ketawa)
Saya sambung chat dgn Rabbit.
Saya: apa pengakuan c Kay
Rabbit: dia cakap siapa lah yang ditangkap polis ni klu sudah terkantoi.

Saya: heheh jdi mcm mna ni..siap yang akan dihantar ke lokap. ( saya ketawa)
Rabbit: nda apa laa. Kali ni dapat pengampuan lg.
Saya: iya..heheh
( dalam hati berharap c Rabbit nda marah )

Itu kisah tiga sahabat yang cuba mengingati hari lahir sesama mereka. Kay di Kota Kinabalu, Saya di Nilai dan Rabbit di Wangsa Maju. Sungguh jauh beribu batu, hilang di mata di hp jangan. Terima kasih kepada celcom, digi dan Yahoo selaku penaja rancangan heheh…

Mari teman kita kutip kenangan lama
Yang gugur di halaman rasa
Ikat kemas-kemas disanggul ingatan
Khabarkan pada kelana yang lain
Tentang denai persahabatan yang kian sempit
Ayuh.!
Kita lalui sekali lagi.

Untuk Rabbit- Sorry banyak2 ya! Saya ‘terbohong’ kerana membantu kawan di seberang laut. Nah! Saya dengan bersungguh-sungguh memujuk kamu dengan pantun ini,

Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati

Nah,,saya nyanyi lagi..

"tidak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedy oktober..
Sesalan aku hanya untuk mu Rabbit
Ampunilah segala dosa-dosa ku
Tidak sengaja aku mengasari dirimu
Bagiku kau bukanlah lawan ku
…..
( dalam hati tengah berdoa..harap2 dia nda marah kami)

Untuk Kay-lain kali jaga2 kita terkantoi. Nanti kita kena tangkap polis. Nasib baik kali ni dapat pengampunan kalau tidak..alamat hujung bulan ni shoping sendiri la saya…

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih saya lurutkan
Buang kawan buang saudara
Kerana ‘Kay’ saya turutkan..

Tuesday, October 2, 2007

when you believe

Many nights we've prayed
With no proof anyone could hear
In our hearts a hopeful song
We barely understood
Now we are not afraid
Although we know there's much to fear
We were moving mountains long
Before we knew we could

( chorus )There can be miracles
When you believe
Though hope is frail
It's hard to kill
Who knows what miracles
You can achieve
When you believe
Somehow you will
You will when you believe

In this time of fear
When prayer so often proves in vain
Hope seems like the summer birds
Too swiftly flown away
Yet now i'm standing here
My heart's so full, i can't explain
Seeking faith and speaking words
I never thought i'd say

( repeat chorus )

They don't always happen when you ask
And it's easy to give in to your fears
But when you're blinded by your faith
Can't see your way through the rain
Honesty will reveal all
When hope is very near

....(nyanyi dengan hati yang riang dan penuh semangat ya!)

Rahsia Pohon Jambu Batu


Hampir sebulan saya kembali di sini. Sepatutnya saya sudah pulih seperti sedia kala. Tapi anehnya demam rindu saya tak kebah juga. Malah semakin melarat. Rindu..rindu serindu-rindunya, namun engkau tak mengerti oh..oh... saya nyanyi lagu rindu khas buat sepohon jambu batu yang tidak bertelinga tapi boleh mendengar!

Malam-malam saya terganggu kerana pohon bertuah ini. Pantun ini,
Hendak gugur, gugurlah nangka,
Jangan menimpa si pohon pauh,
Hendak tidur-tidurlah mata,
Jangan mengenang JAMBU yang jauh
, sudah tidak berkesan lagi. Saya mungkin perlu terapi lain.


Dia kawan kedua yang saya rindui selepas padi. Kenapa? Kerana pohon jambu batu ini banyak menyimpan rahsia mimpi kanak-kanak dan cerita hati manusia dewasa. Dulu-dulu pohon jambu batu ini menjadi rumah kedua kami ( saya dan adik perempuan). Balik dari sekolah, tanpa membuka baju sekolah kami terus panjat pokok, bergayutan kemudian berlumba turun melalui dahan yang terjuntai. Pohon jambu batu kami sangat penyayang. Dia tidak pernah mencederakan orang. Kalau setakat lebam dan calar dibetis, itu bukan apa-apa untuk anak kampung seperti kami. Di antara cabang jambu batu ini kami bercerita tentang banyak perkara. Sebahagiannya tentang rahsia hati-rindu yang pertama kali bertandang dihati seorang kanak-kanak dan tentang cinta yang bertamu dihati seorang gadis. Itu cuma sedikit. Rahsia paling banyak tersisip tentunya tentang lagu-lagu yang kami nyanyi setiap hari. Tempat ini seperti studio rakaman yang telah menyimpan bertimbun-timbun pita rakaman lagu nostalgia dari hati kami. Banyaknya mungkin seperti daunnya yang rimbun ini.

kau lilin cintaku

Kau kerlipan cahaya kecil
Menyinari hidup ku
Ku hanyalah gadis sepi
Yang tertawan dengan sinar mu
Memberi kekuatan dan keyakinan diri
Pada hati yang tersangkar di dalam duka

Kau lilin cinta ku dengan keindahanmu
Mengusir kenangan yang menggugat perasaan
Kau lilin cinta ku
Memberi nafas baru
Di dalam dunia hati ku yang kegelapan

Kau yang dulu kedinginan
Tidak lagi keseorangan
Kau datang dalam hidup ku
Menyalakan harapan baru
Sungguh aku terharu dengan pengorbanan mu
Rela terbakar demi sebuah cinta
(ini antara lagu hits masa itu!)

Saya sebenarnya ingin menyiapkan cerpen pertama saya ( kalau layak di label begitu) ‘segantang beras pulut’ tetapi ingatan saya tetap saja mahu melayang-layang pulang. Hari ini saya beri laluan untuk rindu itu. Moga rindu saya ini akan menjadi baja yang boleh memanjangkan hayat pokok jambu batu kesayangan ramai itu.

Ini cerita lama,
tentang seorang gadis kecil
yang kakinya luka tercalar
diusik dahan jambu batu
hari ini dia menangis lagi
kerana rindu pada calar yang hilang!

-Nilai-


ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP