Friday, February 22, 2008

Mabuk Yang Lain..!


di tiap saat kehadiranmu
kutemukan serpihan hati

tumbuhkan rasa yang keberadaannya sangat pudar
maafkan aku yang lancang memupuk rasa itu

andai saja bisa kutumpas rasa itu
mungkin segera kulakukan




Pada saat-saat kecemasan ini ( sebab tugasan pembentangan belum selesai ), hati ungu di sapa mood kejiwangan. Ganjil bukan? Pada ketika rakan sekelas sibuk mencari bahan, ungu masih lagi berteleku di katil tua milik kerajaan ini. Udara dingin yang membungkus lembah Tuaran ini meningkatkan motivasi untuk melayan mood jiwang ini. Biarlah..biarkan saja.


Sesekali di lambung ombak ni buat hati terbuai-buai..Ombak?? Alamak! Ngeri betul la. Tiba-tiba teringat deraan kayak yang maha luarbiasa seminggu yang lepas. Sehingga ke saat ini ungu masih terbawa-bawa kejadian ngeri yang sengeri-ngerinya itu. Bayangkan saja, baru mula berenang-renang ungu dah mula muntah bak orang bunting 3 bulan. Tak tau nak buat apa masa tu..menangis..muntah..menangis..muntah..sehingga kembali di persisir pantai. Tanpa di sangka-sangka ungu terus tergolong dalam senarai individu popular di IP. Soalan lazim yang ungu terima.." Mabuk lagi cikgu..?" Dan seperti biasa ungu menjawab " Mabuk, tapi mabuk lain.." Dalam hati berbung-bunga.


Ungu di landa mabuk yang lain...





harap2

Benar kata orang..hanya sesaat untuk menafsir seseorang,seminit untuk mengenali seseorang,sejam untuk menyukai seseorang,sehari untuk menyintai seseorang...namun mengambil masa SEUMUR HIDUP untuk melupakan seseorang.....

Harap-harap kali ini saya berjaya melupakan seseorang dengan bantuan seseorang..!

KEM BINA INSAN GURU...DANTAI KB 12-15 FEB 2008

Senyuman saya yang paling merdeka selepas di dera berkayak..! Kayak oh kayak..kau buat saya ngeri mengingat laut..buat saya sangat dikenali di IP Kent. dari depan sebelah kanan..Khairul, Ustaz, Yan, Zul, Chin, Mimi, Kak Za, Yati, Armie, Eina dan Ungu!..GAMBAR PALING SEKSI..DI KAKI!




YANG NI..MAJLIS MAKAN-MAKAN DI TEPI LAUT..YANG MAHAL TU KASUT BAH..HAHA..!

Kudengar sendu sang Ginaranan
Ketika gerimis malam
Menghantar dingin di tebing rindu.

Kulihat gelisah sang Rombituon
Ketika dada langit menggelap
Menghantar sepi di tebing duka.






















Friday, February 1, 2008

Luruh




Cinta Nan Pergi
(.... bak warkah tersisih?)

(i)
Cinta nan pertama
seperti warkah lama
berulang-ulang dibaca
luka masih serupa.

Cinta nan dulu
seperti warkah baru
berhari-hari menunggu
rindu enggan berlalu.

Cinta nan pergi
seperti warkah sejati
kiriman sudah terhenti
setia tak pernah mati.

(ii)
Seperti warkah tersisih
cintaku juga ada rahsia
kini hanya boleh dinukil
tidak bisa diutus lagi.

(Mahu diutus pun,
..... pada siapa?)


bunga api ungu



percik bunga api
ungu kesukaanmu
berwarna di angkasa
beri cahaya untuk doa
aku ingin dekat seperti ini
sedekat-dekatnya
memandang manis senyum
dari pipi yang ranum
semoga hati
berbunga setiap hari

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP