Friday, October 23, 2009

Perkhemahan 1 Malaysia Siri 10-Kem Malangang Kiulu

Ungu bersama 'anak-anak' dari SK Sukau, Kinabatangan


muka2 penat selepas bkhemah 3 malam 4 hari..hehe


anak2 Malaysia


Dari kiri belakang ( Elana, D.Kastina, Maskini, Umi Maisarah, Nurizah dan Ct. Sahirah)
Dari kiri depan ( Adnan, Saiful, Hafizuddin,Amirul, Izzat dan Zulkarnain)




Hero-hero Sukau yang bikin binggung..hehe

Thursday, May 28, 2009

dari kk ke kk

tiap kali terluka
jatuh dan jatuh lagi
ratap tangis paling lara
mendodoi sepanjang malam

sungguh tidak adil
bila cinta masih bernama cinta.
Jujur
Artist:
Radja

Duhai kekasih pujaan hatiku
Apakah kau memberiku satu arti
Sedikit rasa yang bisa kumengerti
Bukan sumpah atau janji

Buktikanlah bila ada cinta
Setulus hatimu bisa menerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekedar bersama

Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
O... Ho... O... Ho...

Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
Selamanya

sekadar menyanyi-nyanyi di pagi jumaat.

puisi pinjam-pinjaman..

Pada saat aku perlukan seseorang
pada saat itu juga aku tidak menemui seseorang
Selalu aku tertanya dalam diri
sekeping hati ini milik siapa
adakah benar ada cinta dalam hati ini


jika ya,
kenapa aku tidak pernah merasai
sejuta kemanisan cinta?
Kenapa juga aku seakan sentiasa merasa
sendiri dan sunyi


Apakah mungkin aku telah
meletakkan rasa cinta dan sayang pada
seseorang yang salah?
pada seseorang yang hatinya bukan
sekeping untuk aku..


Sesungguhnya,
aku mula rasa lelah
berjual beli dan berdagang cinta
membeli jiwa
kerap tawar menawar
harga pastinya mundur
apatah lagi
aku seorang wanita
produk yang biasa dinilai dari segi usia


Mungkin aku perlu rehat seketika dari pasaran cinta
demi mencari sekeping hati
yang hanya untuk aku
bukan perlu dibahagi dua atau tiga.

(www.suarasiperindu.blogspot.com)

Saya kehilangan upaya untuk menulis apa yang saya rasa. Pada ketika ini saya kehilangan banyak perkara. Saya benar-benar kehilangan-HARAPAN.

Monday, May 18, 2009

perempuan yang tertewas

saya lah perempuan itu
yang tertewas
kesekian kalinya

saya lah perempuan itu
yang tertewas
membawa tangis paling luka

sehidup ini
jangan ada sesiapa lagi
yang pernah berjanji
kerana itu akan buat saya lebih tertewas

eya..saya lah perempuan itu

Monday, March 9, 2009

AKTIVITI SAYA DI HUJUNG MINGGU..

SUNSET DI TEBING KINABATANGAN


AMAN DAN DAMAI DI SINI

IKAN YANG BERJAYA DIPANCING


PANGKALAN TEMPAT KAMI MEMANCING
( yg makan aiskrim tu sumandak kota belud yang sama nasib dengan saya )


BUDAK-BUDAK YANG MEMERIAHKAN MAJLIS DI PETANG AHAD..

MUNI YG GEMBIRA KERANA BERJAYA MENAWAN IKAN KINABATANGAN..


ITULAH SAYA YANG BERBAJU BIRU..


GAYA AYU DI PANGKALAN..KIHAAA..



Kamu mau tau apa yang saya rasa- gembira, tenang dan ingin hidup 1000 tahun lagi.!

Wednesday, March 4, 2009

Sekitar Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah Kinabatangan

Johan Nasyid kategori Sekolah Menengah Peringkat Daerah Kinabatangan



Johan Kompang peringkat Daerah Kinabatangan ( SK Kota Kinabatangan )

Wakil Nasyid SK Sukau Kinabatangan ( biru gitu..)


Barisan hakim yang adil lagi bijaksana..

E 2 dia AJK perasmian penutupan Majlis..dari kiri Miss Muni, Miss Ann n Miss Ungu


Miss Muni, Miss Ann n Miss Ija..senyum penat tu!


Ungu diapit pari2 biru dari Lembah Kinabatangan..

Tuesday, March 3, 2009

BBQ..

E tu dia suami2 orang n cewek2 di SK Sukau..dari kiri-Mr. Ramlan, Mr. R, Ustaz Yusof, Miss Ungu, Miss Muni, Miss Ija, Miss G,Miss Jov n Ustaz Azni yang bakal 'kemilikan' orang.



Cgu2 di SK Sukau sedang bergotong royong mendera beberapa jenis binatang..hehe.








p/s bagi tumpuan untuk gadis berbaju merah ya!





Ungu n Muni( bertudung ), Mr. Adam n Mr. Ramlan( baju kuning) sedang menunjukan kebolehan membinasakan haiwan bukan peliharaan..






Menurut gambar disebelah, kami sedang ceria dan bahagia. Besen kuning itu dipenuhi oleh benda-benda yang akan dimakan..hehe

Saturday, February 21, 2009

Selamat Ulang Tahun Sayang - Imran Ajmain

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

menyanyi ja kita..

sekali ini saja-Glen

Bersamamu, kulewati
lebih dari seribu malam
Bersamamu yang kumau
namun kenyataan yang tak sejalan

Tuhan bila masih ku diberi kesempatan
izinkan aku untuk mencintanya
Namun bila waktuku telah habis dengannya
biar cinta hidup sekali ini saja

Bersamamu kulewati ...
lebih dari seribu malam
Bersamamu ...
kulewati ...
namun kenyataan yang tak sejalan

Tuhan bila masih ku diberi kesempatan
izinkan aku untuk mencintanya
Namun bila waktuku telah habis dengannya
biar cinta hidup sekali ini saja

tak sanggup bila harus jujur
hidup tanpa hembusan nafasnya.

Tuhan bila waktu dapat kuputar kembali
sekali lagi untuk mencintanya...
Namun bila waktuku telah habis dengannya
Biarkan cinta ini...
Biarkan cinta ini...
Hidup untuk sekali ini saja

sekadar menyanyi-nyanyi

Tuesday, February 17, 2009

Bunga Yang Tidak Pernah Layu

Saya tidak pernah mengambil berat soal hari-hari istimewa. Bagi saya, setiap hari yang saya lalui adalah hari yang istimewa. Hari yang punya cerita yang tersendiri, yang istimewa. Sabtu lalu saya menerima panggilan dari jauh. Empunya diri meminta maaf kerana tidak dapat menghantar bunga untuk saya. Saya menahan gelak di dalam hati. BUNGA? Emm..mungkin bagi dia bunga ialah benda yang boleh mewakili penghargaan dan segala rasa yang ada dihati. Rasa sayang contohnya.

Saya sengaja mengenakan dia. Saya kata, saya memang menunggu bunga dari dia ( bukan bunga plastik ). Tapi saya mahu bunga yang tidak akan layu sehingga Valentine yang akan datang. Saya kata lagi, saya sangat sibuk jadi saya tidak punya masa yang cukup untuk menjaga bunga yang menuntut perhatian setiap hari ( mana tau kalau tiba-tiba dia hantar bunga dalam pasu ). Mesti dia menuduh saya ni dari kumpulan perempuan yang agak gila. Sebenarnya saya sengaja memaksa dia melalui tekanan ringan dipagi Valentine.

Seperti yang saya jangka dia tidak akan dapat memenuhi permintaan saya. Permintaan tahap melampau.Akhirnya saya jawab sendiri. Saya kata, bunga yang tidak pernah layu-bunga yang kita tanam dihati kita. Selagi ada hayat selagi itulah ia hidup dan berbunga.

Oh ya, saya mengilai orkid.

Sunday, February 15, 2009

bINGUNGNYA aKU

Pada satu malam saya menelefon kawan yang sedang sakit. Menurut dia, dia berada dirumah kerana cedera dibahagian kaki ( kalau kaki sudah yang sakit,mana boleh jalan2 lagi kan).

Saya: hi, bt apa?
Dia: bt kerja rumah.
Dia: hah! sakit pn bt kerja rumah.
Dia: sakit? siapa yang sakit?
Saya: saya salah no ka ni ar?( dalam hati ).

Saya check balik no yg saya dail. emm betul laa.

Dia: emm, sori time valentine tu ya. saya xda dpt dtg tmp ko.
Saya: hah! ( tekejut beruk dgn soalan luar jangka ). its ok ( tidak tau apa lg mau ckp )
Dia: ko d mana?
Saya: d rumah. sendiri.
Dia: mana c...?( lupa pla aku nama yg dia sebut )
Saya: ( makin pelik )..keluar.( saya terdiam beberap saat. saya sebenarnya sedang berfikir-dengan sepa aku bercakap ni???)
Dia: Napa diam? marah?
Saya: soalan maut ni..aku? marah? ( dalam hati )ok la. nite ( xda tau mau cakap apa lagi)
Dia: macam tu ja
Saya: hah!??

Saya tekan butang merah dan simpan hp bawah bantal biru. Hah?

Kamu tau apa saya rasa?- LUCU, ANEH. TAPI YANG PALING BANYAK, RASA TERTIPU.

Thursday, February 12, 2009

hARI-hARI pUN sAYANG


True love comes quietly, without banners or flashing lights.
If you hear bells, get your ears checked.





Hari-Hari Pun Sayang!

Wednesday, February 11, 2009

bUKU yANG aKU nAK bELI..

Ceritera I – Kebun Mimpi... oleh Noor Suraya
Masih ingat pada karya pertamanya, Keranamu Ain...? Inilah lanjutan kisah Ain Najwa selepas itu. Sudah Ain tanam, sudah Ain semai... namun tidak satu pun yang bertunas itu rupa-rupanya kembang menjadi bunga! Bagaikan kebun mimpi... apa yang hadir dalam hidup Ain ini sekadar sebuah kenang-kenangan.

Ceritera II – Tas Merah Jambu oleh Syud
Gara-gara sekeping kad raya yang ada gambar seekor kucing putih gebu, hidup Nisa tak keruan dibuat dek Anna, Lin dan Nini. Sementara kawan-kawan si penerima kad misteri itu, sedang menyenaraikan suspek: siapakah peminat rahsia Adif? Aiman terus menyiasat, Adif pula jadi resah gelisah.
Jomlah sama-sama ikut SYUD membongkar misteri hati Nisa-Adif ini...!

Ceritera III – Albatros: Antara Langit dan Bumi oleh Rnysa
“Ya. Kalau sayapnya elok lagi, ‘dia’ boleh terbang...” balas Ehsan. Izzah rasa dia yang perlukan sayap sekarang, mata Ehsan yang bening sedang mencuri pandang sejenak, menikam ke dalam tangkai jantungnya. Mata itu duta hati, dan jika mata dengan mata itu sudah bertemu, tentulah larutnya jiwa.
Encik Albatros, pinjamkan sebentar sayapmu itu! Aku mahu lari daripada terkena panahan cinta! bisik Izzah.

Monday, February 9, 2009

Catatan ringkas dari Sukau

Sebulan bertamu di Sukau, rindu saya masih liar berlari. Mau juga berpulangan ke Teluk Marudu. Katanya lagi mau bersinggahan di Watson dulu. Mau membeli tisu. Saya kata tisu ada dijual dimana-mana. Di luar tandas awam pun ada. Dia jawab tisu spesis yang tu tak elok. Tak sopan. Tisu yang dijual di watson lebih baik-buat penyapu si syer mata..haha. Ada juga pula macam tu ya! Walhal saya sudah berjanji, bukan saya bersumpah bahawa tahun ini saya tidak mau menangis lagi. Tidak mau mengenang masa lalu saya yang serba serbinya menyedihkan. Cukuplah sudah saya berkabung. Rasanya tidak ada apa-apa lagi yang perlu diralatkan.

Sudah lama rasanya saya tidak menulis apa-apa diruangan ini. Kepada rakan-rakan blog yang lain saya mohon maaf. Sepanjang bulan yang lalu saya betul-betul sibuk. Sibuk tahap gaban. Sibuk menyesuaikan diri di tempat baru bah.

Banyak benda menarik disini. Kawasan sekolah yang betul-betul terletak ditebing sungai Kinabatangan amat mendamaikan. Bunyi bot dan feri yang melalui kawasan ini benar-benar menarik perhatian anak gunung seperti saya. Agak luarbiasa dimata saya. Saya ’kebaru-baruan’ agaknya.

Semalam suami Kak Ju ( rakan serumah) mengajak kami ke batu 4. Mula-mula saya hairan kerana setahu saya jalan ke bandar ( Sandakan ) terputus di batu 16 tapi saya mengandaikan ada jalan lain ke batu 4. Saya dan Muni ( rakan sebilik ) menyanyi-nyanyi kesukaan. Bergaya sungguh-sungguh kami. Peliknya kak Ju besa-besa saja. Mana tau kalau batu 4 yang dimaksudkan ialah tamu di batu 4 Sukau. Huhuhu..( mulanya ) kemudian hahahahaha..( akhirnya ). Bayangkan pergi tamu dengan bergaya. Orang memandang dengan hairan. Kami buat-buat muka pelancong..
Pengajaran daripada cerita ini ialah-lain kali tanya betul-betul. Jangan buat-buat tau kalau tak tau.

Saya sebenarnya masih demam ni. Masih macam orang tak betul. Sabtu lepas saya diarahkan membawa budak-budak ke pemilihan mewakli zon ke daerah yang dijadualkan berlangsung minggu depan di Bukit Garam. Pemilihan dibuat di padang kampung Suan Lamba. Padangnya yang becak mengingatkan saya ke sekolah pertama saya, SK Talantang. Padang yang becak berlumpur ini mempunyai nilai tersendiri dimata saya. Saya memerhatikan budak-budak yang bekejar-kejaran. Jatuh tergolek dengan lumpur hanyir menodai baju putih, merupakan fasa-fasa paling seronok dalam kitar hidup seorang manusia. Saya lihat budak-budak bukan lagi berlari tapi berkubang. Saya biarkan. Bertemankan sekaki payung saya bercatwalk ke tengah padang..emm model payung gitu..hehe. Sebenarnya saya cuma mahu melihat dengan lebih jelas suasana segorombolan budak-budak yang leka berkubang. Sedar dengan kehadiran saya, mereka langsung diam. Saya jadi simpati. Ahh..biarkan saja mereka melalui zaman kanak-kanak dengan semahunya. Sekurang-kurangnya bila dewasa, mereka punya kenangan yang diingat-ingat.

Oh ya! Saya ada seorang kawan baru. Nama glamernya Fei Mau ( gambar ). Nama sebenar Khairunnisa Atika. Baru berusia 10 tahun. Istimewanya, dia berfikiran lebih dewasa dari yang saya sangkakan. Dia tidak akan menontan kartun seperti kebanyakan kanak-kanak tetapi lebih minat drama korea dan sinetron dari seberang. Malah dia juga sangat memahami hal-hal orang dewasa. Saya dalam usaha membiasakan dia untuk memanggil saya kakak bukan cikgu. Sesiapa pun akan teringin menjadi kakak kepada budak secomel dia. Hari tu masa bercerita dengan Muni, dia menyampuk begini-ala cikgu, putus ja. Mula-mula memang susah tapi nanti-nanti tu bagus juga. Kami pula yang terkejut beruk.


Emm begitulah kisahnya...

Sunday, February 1, 2009

01022009

Segugusan waktu telah pergi berlalu,
Kadang-kala tiada ku pamitkan pesan- memang pun ,
sengaja ku melalaikan.
Barangkali kerana lalai ku juga,
maka hari pun mengalpakan duka ku,
melanggar aku dengan sekawanan resah,
yang pernah ku lipat dalam harian berlalu.
Keberadaan mu menyedarkan aku - iya, di dada ku masih ada lagi kerinduan kepada mu.

Thursday, January 22, 2009

wajah-wajah yang dirindui

nurul n me

jun n me

min n me

saza n me
usim, me n obit
alic, ong, n ruth

alic, ong, ruth n me

bimbingan dan kaunseling-ip Kent Tuaran.

Monday, January 12, 2009

Ini Pesan dari Kandawai( dan saya meminjam kata-katanya utk bercerita tentang saya juga)-www.kandawaitopurak.blogdrive.com

Katanya..

Di tebing waktu saya duduk. Sempat lagi menoleh melihat semalam. Tunggu sekejap, biar saya hembus nafas dulu ahh. Kalau boleh, ada yang mahu disangkutkan di dinding semalam, biar tertinggal menjadi warisan di sana.

Nosinduol Ginawo kuh

Biarlah cinta bernilaikan emas
kenapa juga kalau sampai direbutkan orang
ditawar-tawar, berharga sejuta.

Biarlah cinta cuma setumpuk debu
kenapa juga kalau sampai larut dibasah hujan
dibawa pergi, hanyut merata.

Dan biarlah bah cinta sedingin bayu pun
kenapa juga kalau sampai terbang ke mana suka
terlepas hilang, tiada bertanda.

kenapalah kalau cinta hadir dalam pelbagai wajah
kenapalah kalau sampai diberikan percuma
setelah ini, aku takut terjebak lagi.


.......Dengan hati dan cinta
mari susur perjalanan esok
tanpa menggalas beban silam...-Dr.Ramzah


..Iya, begitulah ceritanya. Buat apa lagi mengenang kisah yang dulu..

Kandawai-Terbang lah lagi. Telah tiba musim untuk kita berhijrah.
Selamat tahun baru untuk semua..
Semoga semua yang diimpikan akan termakbul.
Buat Kandawai, rombituon, Kay dan diri sendiri-Mari kita Usir Lara Hati..Ingat, bila Tuhan menutup pintu yang satu, Dia pasti akan membuka pintu yang lain untuk kita. Percayalah!


Oh ya! sebelum terlupa-saya kini bertetamu dibumi Sukau Kinabatangan. Terima Kasih Sukau kerana sudi menyambut saya bertetamu dipinggir sungaimu. membawa jala nasib untuk mengisi periuk rezeki. Nyaman udaramu adalah berita paling jujur bercerita tentang wargamu. Semoga juga kebahagiaan hakiki saya temui disini-Sk Sukau.


Pengumuman!
Saya dalam misi meluaskan wilayah jajahan takluk.

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP