Sunday, November 30, 2008

Tang Dynasty-29 Nov 2008

Ungu selepas solo kembali..haha! Aksi berani mati untuk 2008 ni..!

With Cik Hajah Dayang Mayang Abas ( antara tonggak utama PPKM Kent ) Ungu, Anis, Jun, Ong n Alic.

Aksi paling kontroversi 2008 sebelum dibaling ke pulau-pulau lps ni..huhu!


Ungu n Ruth ( mantap sbg AJK Protokol )


Ungu n Jun


jun, ungu, ong n lis
( meja paling kecoh ). siap minta cili potong lagi..haha. c Ong la tu..

Menu ala-ala mamak. kambing tu...


ziarah tue..

Ahli-ahli PPKM Kent ( yg wanita shj ya).

Saturday, November 29, 2008

KISSM ( Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia) (i)

Untuk pengetahuan semua, sekarang ni saya sedang mengikuti kursus Induksi yang berlangsung selama 3 minggu di Dewan Aziz IP Kent, Tuaran. Banyak perkara baru yang saya pelajari terutama berkaitan dengan dasar kerajaan, perintah Am, arahan perkhidmatan, tonggak 12, etika dan segala macam peraturan. Opsyen BK ( Bimbingan dan Kaunseling) bergabung dengan Opsyen PJ ( Pendidikan Jasmani) dan Pra-sekolah menyebabkan bilik ini sentiasa meriah.

Saya lebih terarah dengan budak-budak pj yang pada saya mengamalkan gaya hidup lebih santai ( hehe ). Saya tidak suka sesuatu yg rutin. Suasana yang serius juga mampu membuatkan saya gila. Setiap hari kami memperuntukkan 6 jam untuk kursus ini. Satu angka yang cukup menyiksa zahir dan batin manusia pemalas seperti saya. Dengan suhu yang amat sesuai untuk tidur dan tajuk-tajuk perbincangan yang sangat berat( otak saya dari golongan sederhana) membuatkan saya mencari alternatif memotivasikan diri sendiri. Salah satunya ialah menyediakan pelbagai jenis gula-gula. Alternatif lain ialah mempengaruhi rakan-rakan lain terutama budak pj untuk berteka teki, menyelesaikan masalah matematik ( ui, macam la aku ni terer math ) dan menyambung cerita. Macam-macam la teka-teki yang wujud. Ada yang memang rupa teka teki dan ada juga yang buatan manusia semata-mata.


Contoh teka-teki ( yg ni saya yang jual )


  • Kalau baling batu dalam sungai kenapa ia tenggelam? ( jangan menjawab menggunakan rumus sains)

  • Ada dua ekor anjing berenang menuju ke sebuah pulau. Seekor berjaya sampai manakala yang satu lagi tenggelam. Kenapa ye?

  • Pokok apa paling berani?
    Macam-macam jawapan yang ada. Hehe..

Sebenarnya saya menaip n3 ini pada jam 10.02 malam. Err..apa kaitan? Saya mengantuk la..nanti la esok kita sambung ya.

Tuesday, November 25, 2008

Terima Kasih Cinta

Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

ouuwwww...
ouuwwww...
Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku
oouuwww
Kesalahanku yang pernah menyakitimu

sekadar menyanyi-nyanyi..

Suatu ketika, kita pernah disakiti.

Kemudian kita berusaha untuk pulih semula. Didatangkan lagi dengan tawaran cinta yang baru, bersama harga-harga’ yang istimewa.‘ Pakej-pakej yang luar biasa.’

Tapi ketika ini, kita telah tahu bahawa kecintaan yang kita punya itu sudah ada nilainya yang tersendiri. Telah diletakkan harga tertentu.


Saya masih sendiri-sendiri ni tapi ok juga bah. huhu

Sunday, November 16, 2008

Dunia Belum Berakhir!!




Saya bukan Aisyah atau Maria dalam filem ayat-ayat cinta. Saya tidak setabah jauh sekali seredha itu. Saya perempuan paling tamak. Kalau cuma dapat separuh, lebih baik tiada. Emm..tiba-tiba pula boleh cakap macam ni padahal 2 bulan lepas saya akan mati jika tidak mendengar khabar dari sana.

Cinta selalunya membuatkan saya tidak seperti saya.

Saya nekad. Berpatah balik pada jalan dimana saya bermula. Ia bukan sesuatu yang mudah, tapi saya yakin yang akhirnya saya akan berjaya. Dan pulih seperti biasa.



Ada sesiapa yang tengah menjual cinta? Warna Ungu ada?

Rindu Aneh

Rindu Aneh

Rindu aneh datang lagi
Mengetuk-ngetuk di jendela rasa
Ku selak tabir hati
Dia terbang lagi


Lepas BTN




Saya dan Ruth bersama suami dan tunang orang. ( Man N Aziz )





Saya dan Rina ( gambar paling klasik tahun 2008 )




Saya dan Ruth sebagai model kereta Pengarah IP.

Wednesday, November 5, 2008

November 08

Saya baru siap mengemas keperluan yang perlu dibawa ke program Bina TataNegara di Kundasang. Semalam saya terkejar-kejar menyiapkan banyak perkara termasuk mengambil dan membasuh 2 pasang baju baru yang akan digunakan sepanjang ‘membina diri’ nanti. Lepas tu terkejar-kejar mencari kasut dan stokin hitam. Penat. Nasib baik ini adalah program ke3 terakhir sebelum saya balik bercuti panjang. Selepas ini saya akan menghadiri kursus Intel dan kursus induksi.

Opss terlupa, sebenarnya saya baru habis exam. Exam? Hehe..selepas bercuti selama 5 tahun, inilah kali pertama saya berada dalam dewan peperiksaan. Paper semalam ialah bimbingan dan kaunseling kertas 2. Soalan yang tidak pernah saya jangka ialah melukis pelan lantai untuk bilik bimbingan. Pelan lantai? Huhu..terpaksa la saya mengimpikan bilik bimbingan yang ngam dengan ciri yang kami belajar selama ini. 40 minit berlalu, saya dapati saya berjaya menyiapkan pelan lantai ( ikut suka hati) menggunakan ic sebagai pembaris. Sekali pandang macam bilik bimbingan, dua kali pandang macam rumah idaman. Emm, lebih baik jangan pandang la. Mendera korena mata ja..! Bida.

Sebelum saya sampai di kem BTN Kundasang, lebih baik saya mengandaikan yang baik2 saja. Ini pendekatan yang saya gunakan untuk menghilangkan rasa bimbang. Sejak BIG ( Bina Insan Guru ) hari tu, saya betul-betul serik mengikuti program yang macam ni. Mujur dalam jadual saya tidak melihat mana-mana aktiviti yang melibatkan air-kayak, rakit dll dan menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, kebanyakan aktiviti berada dalam kelas. Semoga ini bukan khabar2 angin..

Lagi satu- saya berjaya membuat keputusan penting dalam hidup saya. Nanti kemudian la saya cerita..


Saya tetap percaya bahawa bila Tuhan menutup pintu yang satu, Dia tetap akan membuka pintu yang lain untuk saya-yang lebih baik!

Jumpa lagi lepas BTN!

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP