Thursday, April 24, 2008

sekitar program motivasi upsr

Calon-calon UPSR dari SK Pekan Tuaran

duduk dari kiri: Abdul Aziz, Nicksol, Haraman, En. Hamid Selamat, En. Asbi Selamat, Rozan, Arimie, Nor Einah & Kak Neng
berdiri dari kiri: Linda, Suriana, Rosni, Mardiana, Lesley, Haminia, Isniah, Noraini, Ibtizam, Ungu, Ruth, Safarina & Kartini



Yg Berusaha -Nick & Man
Setiausaha program-NorEinah
Pengacara program- Ungu &Isniah





Saturday, April 19, 2008

-tiada tajuk-

Kata seorang guru,
“kau perlu berjiwa ayam kampung
Tidak manja, tapi liar bila dikejar
Bertuan, tapi ada kebebasan
Dalam mengatur arah, tuan pemerhati
Untuk berani berdikari, kau perlu jadi
Ayam kampung".



Tiba-tiba saya rasa sangat bangga memilih untuk menjadi guru. Sangat bangga! Rasa luarbiasa ini pertama kali saya rasakan sewaktu sepasang kembar dari kelas tahun 4 mencapai tangan saya kemudian menyentuhkan pada dahi masing-masing. Kata mereka itu tanda mohon berkat untuk berjaya. Mohon berkat? Pertama kali sepanjang hampir 29 tahun ini saya mendengar istilah sedemikian rupa. Ada rasa lucu tapi lebih banyak rasa terharu jauh di lubuk hati saya. Terharu kerana disalami dan diperlakukan lebih dari tahap munasabah, bahkan meninggikan saya seolah-olah saya telah mendidik mereka bertahun-tahun. Padahal ilmu yang dicurahkan sebenarnya masih bernilai 0 (kosong). 0!

Sepanjang perjalanan melewati lembah Tenghilan kembali ke Tuaran yang landai, saya bermuhasabah diri. Memikirkan kembali perkara yang berjaya dilakukan sepanjang tempoh 4 bulan ini. Tiada. Fikir lagi. Tiada juga.
Kemudian saya mula merangkak-rangkak berdoa. Meminta banyak perkara dari Pencipta. Moga-moga doa saya termakbul. Doa menjadi guru yang baik. Itu saja. Belum teringin pun menjadi guru cemerlang, terbilang..atau semua yang ada 'lang-lang'. Yang itu kemudian.

Apapun terima kasih untuk anak-anak kecil yang berjaya membangunkan saya dari mimpi panjang..!

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP