Sunday, September 30, 2007


Catatan borneo ( iii)

Hati saya bertanya-tanya- maksud lagu cina yang memenuhi ruangan kereta Avanza kawan saya, ML ini. Sepatah pun saya tak paham. Saya memerhati ML, bersungguh-sungguh dia mengikut rentak lagu ini. Dengan gaya trendy ala-ala bintang filem Korea, dia memandu cermat. Melihat dia yang berkulit hitam manis dengan rambut hitam dibuat ombak-ombak dia jauh lebih serupa dengan pengacara Muzik-Muzik yang comel, Cheryl Samad. Selalu saya memuji dia begitu dan berkali-kali juga dia merendah diri. Kata dia..isk tiada laa..,biasa-biasa saja. Kemudian dia tersenyum lagi mempamerkan gigi putih tersusun kemas. Seperti itulah dia, seperti bertahun dulu saat saya tinggalkan tanah bertuah ini. Dengan kasut tumit tinggi dia melangkah pantas. Kalaulah dia tinggi sedikit mungkin saya patut menggalakkan dia menyertai The Next Top Model, tapi malangnya bab itu dia kurang menepati piawaian. Jangan sedih ML..cukuplah menjadi ratu di hati dia ya!


Avanza melucur deras. Tit..tit..nokia n70 saya menerima sms. Saya baca,
Kay-kmu d mna sdh, sa tgh bt lunch ni.( sms yang sedap).
Saya- lala nda jadi dtg oh( padahal sudah berada di Tuaran)
Kay-Ee napa bo? Ja’at gima kamu..( senyum saya semakin lebar)
Saya- isk tungu ja la bo..kikiki ( saya menaip tawa saya).
Kay- hehe singgah c usim skli.
Saya-iya.

Itu dia kawan baik saya-Kay!
Kurang 2 jam kami sampai ke destinasi. Iya destinasi cuti-cuti Malaysia.
Tiba-tiba rumah bernombor****** dipenuhi warna-warni. Warna-warna lama yang kebanyakannya telah kami tinggalkan di sekitar Kota Marudu bertahun dulu. Kalau dulu cerita kami berkisar tentang subjek Pengajian Am yang sukar, tentang Subjek Ekonomi yang keluknya boleh melemaskan, tentang adik angkat dan tentang segala macam rencah pelajar. Kini, cerita kami rasanya lebih dewasa. Iya dewasa-sedewasa kami yang telah pun / akan genap mencapai usia 28 tahun. Tiada cerita adik angkat, yang ada cuma pertanyaan yang boleh menambahkan kedut di muka saya. Contoh soalan-dah kenal dengan bakal mertua?? Stop! Tak mau cakap lagi!

Petang itu, selaku tetamu saya dibawa meronda sekitara Bandaraya KK. Saya dengan gembira mengajak mata saya menilik-nilik pelbagai barang yang dipamer ( semestinya UNTUK DIJUAL) di sekitar Wisma Merdeka. ML selaku ketua kumpulan bersungguh-sungguh membeli sedang saya dan Kay pula hanya bersungguh-sungguh melihat. Mulanya saya rasa kami cuba untuk bersikap dewasa tapi belum sampai 2 jam bersama kami dengan bangganya bertukar menjadi budak sekolah yang berumur 17 tahun. Tanpa peduli dengan sesiapa kami bergelak ketawa--lebih tepat mengilai-ngilai. Sepupu si ML rasanya tidak tahan dengan gelagat kami akhirnya membawa haluan sendiri. Dan kami terus leka menyanyi riang—dalam hati ya..!

’KAU BUAT KUKATA... OOH! LA! LA! LA! LA!
SETIAP MASA... OOH! LA! LA! LA!
BICARA MEMPESONA... OOH! LA! LA! LA! LA!
MANA SAJA KAU DI MINDA... OOH! LA! LA! LA!’

Berada diantara gadis-gadis Kimarangang, terdetik rasa bangga dihati. Bangga-di daerah kelahiran saya terdapat pelbagai suku kaum dengan pegangan agama yang berbeza-beza hidup dengan rukun. Terasa hidup seperti dalam taman rimba yang kaya dengan bunga pelbagai warna. Wah! Akulah si gosing Ungu yang Merdeka!

Aku dan Tamu Gadang!
Kay dan ML bersungguh-sungguh membawa saya disini. Tamu Gadang? dan saya pun cuba-cuba berimaginasi bentuk tempat ini. Belum habis saya berfikir, Kay kata dah sampai. Sudah sampai? -Haaaaaaaa kemudian kikikikik- -saya mengilai. Rupa-rupanya gerai konvo ( istilah yang digunapakai di UM). Saya sangat bersimpati dengan diri sendiri. Simpati sebab sangat-sangat ‘kurang maklumat’ atau dengan kata yang lebih kejam BODOH.! Lain kali mesti kena kayuh kuat-kuat supaya perahu tak hanyut lagi..
Saya mula mengamati UMS yang megah. Cantik, dan tiba-tiba rasa menyesal. Sesal yang tidak bertajuk. Tapi sesal ini tidak juga mampu memutuskan tali ingatan saya kepada bangunan berlumut di UM. Bangunan penuh nostalgia!

Tamu yang lain

Izinkan aku bertamu
Di pinggir hatimu
Menyelak kembali lembaran janji
Dari kebun mimpi
Semalam.

Benar katamu
Aku hanya tamu di hatimu
Bukan sesiapa
Jika begitu
Mohonku
Di hayat lain
Aku bukan lagi setakat tamu di hatimu.

Tamu gadang ums-31/08/07



Aku dan Tom Yam
Sekali lagi meronda Bandaraya KK. Mula-mula mencari Tom Yam dan menemuinya tapi awal-awal lagi Kay sudah memberi amaran- Nda sedap tu. Dan lidah saya mengiyakannya. Apapun yang sedapnya sebab duduk berempat dan berkongsi pelbagai cerita yang rasanya macam rasa tom yam-pedas, masin, manis, masam-SEDAP. Pendek kata ‘hidup seperti Tom Yam’.

Aku dan BB Club ( Tg. Aru )
Berada di tempat ini boleh buat saya terjerit..Wow! Little Bangsar. Kali terakhir saya melalui malam meriah seperti ini ialah 5-6 tahun yang lalu di sekitar Bangsar. Masa tahun pertama di UM dulu. Seronok memerhatikan gelagat orang ramai sambil menikmati coke yang tiba2 terasa sedap.. Sedap sebab di belanja bah! Sekumpulan pelancong terjerit-jerit di gigi air. Mungkin 7-8 tahun tidak jumpa air atau tiba-tiba air masin Laut Cina Selatan tu dah bertukar jadi air perisa mangga..hisyy macam-macam! Saya benar-benar teruja. Menjerit seperti pelancong asing tadi. Bezanya saya cuma menjerit di dalam hati. Alahai kenapalah selalu saja mengejar bulan sedangkan bumi tempat kita berpijak jauh lebih indah rupa-rupanya..!

Aku dan jeti UMS
Petang ahad yang ceria ini, keinginan hati untuk menikmati suasana senja di gigi laut jadi kenyataan. Sasarannya di Jeti UMS. Beberapa tahun dulu Kay pernah memberitahu UMS ni antara universiti tercantik di rantau ini dan hari ini saya mengesahkan kebenarnanya. Cantik dan tenang. Dari gigi laut kami sempat memerhatikan gelagat palajar yang baru mendapat ijazah masing2. Iyalah..macam kami dulu2 juga. Teruja sangat keluar dari dunia pelajar..tapi rupa2nya kenyataannya tidaklah se-seronok mana. Dunia orag dewasa yang menyesak dada! Apapun juga rasa yang kami bawa di sini( jeti ums), ianya tidak sedikit pun mengubah keindahan tempat ini. Seperti kami yang datang untuk menghanyutkan semua keresahan hati. Biar semuanya ditelan Laut China Selatan. Semuanya!
Dalam diam-diam saya menyanyi---


Salam Untuk Kekasih ( Nadia)
Di sebalik kalbu

Yang semakin layu
Terbenam rasa rindu
Terkunci suara hati
Tiada siapa tahu

Dimanakah kasih
Tak seperti dulu
Kata kau sayangkan ku
Benarkah itu

Walau kehadiranku hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang kira kau jatuh cinta
Akan ku pergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi
Ku undur diri

Kini ku bersara
Dengan langkah baru
Menyisi luka ini
Kekasih... sekeras aku
Terhiris kerna kamu

Ku tinggalkan cinta
Kisah yang berlalu
Kisah kenangan kita
Hanya kau tahu
Walau kehadiranmu bagaikan menghiasi

Bukan caraku sayang harap engkau mengerti
Pemergianku ini tak ku relai
Salam maaf permisi
Ku undur diri



Malam itu
Mengingati malam itu, saya kehilangan kata. Ayuh, kita biarkan malam itu berbicara sendiri tentang malamnya.

Selepas ini,
Jangan ada sesiapa bertanya
Tentang malam itu

Sungguh! Telah ku buka segala jalan
Segala pintu
Segala jendela
Di hati ungu

Namun jika dia memilih untuk bisu
Biarkan lah,
Biarkan malam itu
Bercerita sendiri tentang malamnya.

Nilai-30/09/2007


Kay..oh..Kay
Pagi itu kami bertolak awal. Kay dan ML akan berkhidmat untuk negara, sebentar sahaja lagi. Di perut Avanza saya masih tidak bosan dengan lagu seberang yang ‘didera’ berkali-kali sejak semalam. Liriknya yang agak curang menarik perhatian saya..katanya,

Kuhanyalah kekasih separuh masa
separuh lagi cinta untuk dia
janganlah kau meminta lebih dari itu
Kuhanyalah kekasih separuh masa
dari Isnin sampai Jumaat saja
….oh macam menyindir! Tiba-tiba saya teringat Kay. Kawan baik yang juga merangkap mak cik saya. Oh ya? Saya pun baru tahu sebenarnya. Saya tidak tahu apa perasaan Kay yang masih muda belia menjadi mak cik kepada anak buah setua saya..! hahaha. Saya ketawa. ML menoleh kehairanan. Saya buat-buat tidak nampak. Ingatan saya melayang lagi. Kata Kay, saya mahu kau tahu tentang saya dari mulut saya sendiri. Dan dia mula membuka lembar demi lembar kisah hidupnya. Itulah istimewanya Kay. Dia tidak pernah menyembunyikan apa-apa pun dari saya. Saya juga sebenarnya mahu seperti dia tapi saya tidak mampu. Akhirnya saya sering memilih untuk diam. Iya kadang-kadang diam juga jawapan untuk sesetengah soalan. Tentang sisi kita yang suram itu..kata saya pada Kay,biarlah semuanya kita simpan dalam kebun mimpi. Bila esok sampai kita buka cerita baru.
Saya mengingat ketawa Kay yang comel. Ketawa yang bunyinya tidak dibuat-buat. Teringat juga tentang kesungguhan dia menjaga kesihatan. Dia ada law pemakanan sendiri, selalu joging dan yang paling saya tak lupa..dia sudah mula mandi dengan serai. ML juga. Kelakarlah bunyi..macam orang tengah kira hari nak duduk bersanding. Kay..oh Kay! Sampai hari ini saya masih merindui dia.

Tut..tut..bunyi sms utk ML. Tapi yang peliknya semua orang akan mencari hp masing-masing. Kenapa ya? hehehe..


4 comments:

Kay Masingan said...

ungu, sa menangis baca part saya tu. entah, tiba2 saya jadi beremosi sangat.

UNGU said...

iya.sori kie kay. saya ada tersilap tulis ka? atau saya 'terusik' sesuatu. sorry banyak2. apa yang saya tulis tu dari hati saya yang bersih dan tiada niat apa2.

Kay Masingan said...

hehe. bukan ada tersalah tulis ba. tada jga. cuma tiba2 sa sedih kerana kita masih kawan walau pun kita berjauhan sudah..bukan pasal ko tersilap tulis.

UNGU said...

e ko ni bikin suspen betul. mati2 sa ingat sa ada tersalah tulis. bah mcm ni laa ba ni kay. selepas kamu c konong sa teda sudah kawan baik. sa susah betul mo dapat n sa ni jenis yang susah betul mo percaya urg. jauh atau dekat, sama saja sebab sa selalu bawa kamu dalam hati saya..!! jan lg nangis k!

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP