Tuesday, September 4, 2007

dari kota marudu

Saya meninggalkan jejak ini dari Kota Marudu- Kota penuh Cinta. Cinta dengan keluarga, cinta dengan kawan-kawan dan cinta dengan cinta lama. Di ruangan yang meriah ini saya cuba mencari ilham-menzahirkan semua untuk tatapan rakan-rakan tersayang. Lewat petang selasa ini saya masih terbawa-bawa kegembiraan percutian bersama Kay dan ML.-----saya mulakan september ini dengan gembira dan tawa yang sungguh-sungguh, semoga tawa ini kekal hingga akhirnya. Tiga hari ini benar-benar membawa kenangan 10 tahun yang lepas.

mari saya kongsikan lagu tema kami.

Dulukan telah diberitahu
jangan menganggu di hujung minggu
nanti dia akan tahu
rahsia engkau dan aku
Kita sudah sama setuju
berjumpa hanya bila perlu
kerana kita sudah punya teman istimewa

Korus:Kuhanyalah kekasih separuh masa
separuh lagi cinta untuk dia
janganlah kau meminta lebih dari itu
Kuhanyalah kekasih separuh masa
dari Isnin sampai Jumaat saja
jangan pula kau mengharap
berdampingan selalu denganku
Jika kau tak terima khabar
bererti dia ada di sini
jangan gatal meninggalkan pesan
curiga dia nanti
Tak perlu kata-kata manja
itu sudah sering kudengar
dari dia yang masih tidak tahu
adanya dirimu

Ku akui ada sesuatu antara kita
tetapi kutahu bukan seperti biasa


----banyak cerita yang ingin saya kongsikan tapi keadaan di sini cukup terbatas. tunggu n3 saya yang selanjutnya. Banyak yang akan saya kisahkan.

akhirnya...di susur ini banyak kenangan yang bergayutan di hati. Tiba-tiba hadir sesal bertali-tali. Mungkin benarlah..kota ini Kota Cinta yang sesungguhnya.

3 comments:

Kay Masingan said...

kota marudu kota cinta: ya di situlah aku mengenal erti cinta, rindu dan juga merasa disakiti dan dikhianati. Kota marudu, kota cinta pertama

UNGU said...

-----cinta pertama-----

Kay Masingan said...

Cinta Pertama, yang manis dikenang...kalau boleh ingin aku jadikan cinta ku kini cinta yang pertama tapi apakan daya, walau hati mengatakan ianya akan jadi cinta yang pertama, tidak mungkin ku tipu kenangan ku. Sentiasa ada dia sebelum dia

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP