Sunday, September 16, 2007

catatan Borneo (i)

Seperti selalunya, ketibaan saya di terminal 2 Kota Kinabalu tidak disambut sesiapa. Sendiri dan sendiri lagi. Ada juga baiknya kerana tidak perlu memanjangkan leher mencari sesiapa dan tidak perlu bersusah payah untuk memikirkan segala kebarangkalian soalan-soalan cepu emas. Selepas memunggah barang terus ke kaunter teksi dan dalam masa 15 minit saya sudah berada di tengah Bandar KK. Di celah puluhan orang di City Park petang itu saya melihat dia diantaranya. Menyambut saya dengan senyum ramah yang pasti membuka segala jalan rahsia untuk dikongsi nanti. Di balik wajah putih bersih itu, saya masih melihat sejalur rasa sedih yang tidak mungkin dapat ditutup oleh sebarang emosi positif sekalipun. Bertahun dia membawa hati di pulau ini, berkali juga saya memujuk namun, garis luka itu juga yang saya lihat saban tahun. Hebat juga penangan Malaya ya.! Dengar, saya menyanyi dan anggaplah saya sedang memujuk kamu:-

Casey - Jangan Ada Benci

Andainya ada di antara kita nanti
Berubah hala serta memungkiri janji
Jangan ada benci
Suka dan duka dilalui
Jadikan kenangan di sudut hati

Andainya cita-cita tidak kesampaian
Ikatan murni terputus di pertengahan
Jangan dikesalkan
Jangan lantaran kegagalan
Kita saling berdendam saling bermusuhan
Ungkit-mengungkiti

Sakit-menyakiti
Memusnahkan diri


Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

Di sudut hati

Selepas mengira RM yang ada, akhirnya kami menginap di sebuah rumah tumpangan di kawasan Kampung Air ( Bilton Inn). Khabarnya area ini banyak acara malam yang hebat dan saya telah menempah sepanjang malam ini untuk menyaksikannya. Hehe..! seorang lagi kawan datang beberapa jam kemudian dan lengkap lah sudah malam jadi-jadian ini. Setiap minit yang berlalu pasti terselit banyak ragam yang pasti kami ingati selalu ( lawat blog kay). Dari pemilihan tempat makan, mandi atau tidak, warna baju, air minum dan semuanya kami tetap ‘bergaduh’. Kalau nak tahu inilah antara bahagian dan saat yang paling seronok dalam hidup saya. 3 perempuan dengan 3 kisah dalam 1 malam -semuanya tentang perkara yang meriah membuat saya mengilai-ngilai melengkapkan kemeriahan Kg. Air ini. Alahai..terasa remaja sekali lagi.

Jerit pekik sang kupu-kupu malam diawal dinihari mengejutkan saya. Bingkas bangun dan bermuhasabah diri. Melahirkan segala kekesalan dan bersyukur kerana nafas hayat yang ada. Sekurang-kurangnya masih punya kesempatan untuk menyesali dan meneliti diri seadanya. Mempersiapkan diri dan akan membawa segala kekurangan ini untuk di nilai. Dan seperti yang telah saya rancang, ia menjadi medan untuk meluahkan buku-buku kekesalan. Iya kesal yang betul-betul kesal--ketika yang lain telah menjadi buluh dan sedang bercanda dengan angin, saya masih lagi si rebung muda yang terhimpit dicelahnya. Dan yang seronoknya sebab rasa hati saya dilayan. Sekiranya selepas ini ia tidak membuahkan hasil sekalipun, saya tetap berpuas hati.

Untuk U-cm n Kay- Terima kasih kerana sudi menemani saya malam itu ( lupa cakap hari tu) dan semoga kita gembira dengan jalan hidup yang kita pilih. Pilihan kita!


Burung jelatik sarang kedidi
Sarang tempua sarang berjuntai
Sungguhpun cantik sutera diuji
Belacu juga tahan dipakai

3 comments:

Kay Masingan said...

aduhai, mcm aku ingin jadi doraemon pula. mau balik ke masa lalu.

UNGU said...

hehe jan laa d tambah tu senyuman ko yg lebar macam doraemon tu...cukup2 la. tunggu catatan ii lg haru biru!!

Kay Masingan said...

hahahaha. tu senyuman lebar doraemon tu ada power jugat tu..mingkaso munung dulu yg duluan nampak ka tu ungu..hahah

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP