Tuesday, September 25, 2007

empat kuntum cinta

Buai laju-laju, sampai puncak sana,
Apa dalam baju? sekuntum bunga Cina


Kayuh laju-laju, sampai seberang sana,
apa dalam baju? sekuntum bunga sena.


Buai laju-laju sampai seberang sana
Apa dalam perut? empat kuntum bunga cinta
…( pantun dua kerat ni, saya dedikasikan kepada kakak Ugou yang baru selamat melahirkan ( melalui pembedahan ) empat orang puteri sekaligus.

Berita terbaru saya terima melalui abang kedua saya semalam-Ugou dan 3 baby yang lain kurang sihat. Minta dibawa dalam doa. Saya telefon Ugou cepat-cepat. Iya memang betul dia kurang sihat. Sebentar sahaja kami berbual. Katanya sudah sampai masa anak menyusu. Perbualan kami tamat tapi saya tetap berfikir tentang Ugou si ibu bertuah yang dikurniakan 4 puteri sekaligus. Saya ulang, 4 orang.

Mendapat anak kembar bukan sesuatu yang ganjil dalam keluarga saya. Abang sulung saya punya anak kembar. Sepupu juga ada yang dapat anak kembar. Dan tahun ini sekali lagi keluarga kami menerima ‘kembar-kembar’ ( sebab 4 orang ).

Saya teringat kata-kata hikmat ini 'tangan yang menghayun buaian itulah yang menggoncang dunia’. Kemudian saya menambah 'syurga itu dibawa telapak kaki ibu'.
Saya tertanya-tanya- -di mana syurga saya? Di bawah lapak kaki Iyai yang melahirkan atau Mummy yang membesarkan. Dua syurga??- - - -

Ibu..ibu
Engkaulah ratu hatiku

Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu..

Ibu..ibu..
Engkaulah ratu
hatiku..
..( untuk semua yang berpeluang menjadi IBU)

4 comments:

Kay Masingan said...

sa tau yg ari 1 lagi. si sept kasi tau. siok o kan si ugou..turus 4 kembar. harap2 semua sihat.

UNGU said...

iya..minggu lalu lagi bah tu. tiba-tiba pula c ugou nda sihat. baby yg 1 org ok. tp yg 3 org masih dalam botol. sa pun harap2 drg bgs2 jg.

Noor Suraya said...

ungu,
tahniah menjadi ibu saudara kepada 4 orang puteri sekali gus... kaksu harap babynya sihat-sihat :)

kaksu

UNGU said...

tq kak su. iya harap baby2 nya sihat.

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP