Sunday, September 16, 2007

segantang beras pulut-1


Susunan hantaran warna pink itu benar-benar membuat aku terkedu. Antara percaya dan tidak. Akukah yang dipinang? Rasa takjub bersilih ganti dengan rasa sebak. Sesekali lucu. Meneliti hantaran klasik itu, benar-benar membuat aku terasa seperti jelmaan puteri Gunung Ledang. Bukan hati nyamuk, bukan juga airmata setempayan atau semangkuk darah anak raja tetapi segantang beras pulut. Segantang beras pulut ? Alahai idea dari mana dan siapa pula yang berjaya menongkah law peminangan zaman langit terbuka ini. Masih terakam dihati sewaktu emak membuka penutup kotak pink, ( daun mengkuang diwarna, dianyam dan dibentuk menjadi kotak) terasa biji mata hendak keluar dari bingkainya. Benar-benar terkejut. Kalau tidak ditahan sungguh-sungguh, pasti tawaku pecah berderai dihadapan rombongan yang membawa titah perintah peminangan ini. Aduhai..Aku sangat pasti sebelum peminangan klasik ini berlangsung, Raja Mahmud moden ini pasti sudah menonton paling kurang pun 10 kali filem raja-raja purbakala dan akhirnya terkena badi. Aku menimbang-nimbang sendiri di dalam hati. Nasib baik tiada sirih junjung atau berulas-ulas pinang. Kalau sampai itu terjadi, aku mungkin patut memohon peristiwa ini dicatat dalam buku teks sejarah tingkatan 5.

“macam mana “ emak mematikan lamunanku.

“ntahlah mak, indah fikir dulu lah” aku berusaha sesantun mungkin menjawab tanya emak.

“mau tunggu apa lagi Indah, kau tu bukan muda lagi. Kalau zaman kami dulu, umur 31 tu kira pangkat nenek tau!
Wah! Sedapnya mulut emak mengata aku. Aku tau lah aku ni dah antik sikit tapi bukan bermakna dah tak laku sampai sembarang-sembarang menerima lamaran orang. Bertunang dan kawin dengan Raja Mahmud tu hehe ..kena timbang berkali-kali. Fikir berulang-ulang. Nanti tak pasal-pasal aku kena membahasakan diri jadi kekanda pulak. Praktis sikit-wahai kekanda, apakah gerangan yang membuat kanda gunda gulana. Alamak, macam tu ka? Palis-palis. Aku senyum-senyum. Geli hati.

“ mak tanya betul-betul ni “ aku menatap emak sesaat dua. Aku tunduk lagi. Tengah berfikir jawapan yang paling tepat untuk menutup perbincangan ini. Paling penting jawapan itu boleh memuaskan hati emak dan menyelamatkan aku.


“Begini lah mak, beri Indah masa sebulan. Cukup-cukup 30 hari Inda kasi tau jawapan” Aku tawar-menawar. Harap-harap emak lembut hati. Aku membetulkan timpuhku yang mengundang semut-semut. Aku jadi tidak selesa. Perlahan-lahan aku bangun dan menuju ke kaki lima. Membuang pandang di tengah sawah padi yang sudah mula berwarna emas. Sebentar lagi masa untuk menuai hasil. Masa untuk menanak beras baru. Beras baru? Beras pulut? Hati ku dipalu gusar sekali lagi. Bagaimana akan ku khabarkan pada rakan-rakan tentang peristiwa ini. Peristiwa aku dan beras pulut. Intronya sahaja pasti membikin si Dayang ketawa berguling-guling. Mek Nah yang becok pula akan menjaja cerita ini ke hulu ke hilir. Dan aku? Dengan rela hati melihat menjunamnya graf saham peribadi. Oh, tidak! Jangan ada sesiapa yang cuba membocorkan rahsia negara ini.


Bersambung--

2 comments:

Kay Masingan said...

ungu, wow syok la cerita ni. chaiyo-chaiyo!

UNGU said...

hehe..gam? ba cerita urg yg kempunan betunang ba ni..kikik

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP