Saturday, November 17, 2007

catatan seminggu

i)
Semalam saya menerima email dari seorang kawan lama-

Terima kasih sahabat ku...kamu mengingati aku....walaupun tiada yang istimewa tentang diri ini.....seandainya suatu hari bila usia membawa kita pada kehidupan yang menuntut kita memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.....sebagai ibu.....sebagai anak yang menjaga ibu dan bapa....jadikan kenangan yang manis....yang pahit ....yang masam....yang pedas....sebagai perisai untuk menghadapi hari2 yang ada ....selagi kita di izin olehNYA.....menikmati berkat2 sang Pencipta di bumi yang indah ini....
ida.....
terima kasih....aku gembira...menyesal pula tidak melayari blog kamu sejak dulu lagi.....yang penting bilang si kandawai sejauh mana pun kandawai berhijrah...musim akan menjemput dia kembali di tanah pusakanya.....bersama dengan si padi...di sawah....bersama dengan si landoi.....si limbata......walaupun kadang2 radu....kambain....kobuta....telah memusnah rumun si kandawai.....namun kandawai akan kembali juga.....dan aku menunggu dengan rindu...dengan harapan kepulangan kandawai2 yang meninggalkan aku di pulau borneo ini..
(ida-itulah nama klasik dan nama kampung2 saya)

Saya membacanya berulang kali. Berulang kali juga saya menyekat airmata yang degil mengalir. Pengirim email ini antara kawan saya yang paling menyepi. Dan malam ini saya rasa sangat terharu, akhirnya dia berkesempatan melayari laman ungu ini. Sungguh pun saya gagal menemui jejak yang di tinggalkan, namun saya puas hati. Puas. Sekurang-kurangnya dia tahu ada banyak perkara yang ingin saya beritahu lewat pena di laman ini.


ii)
Beberapa hari lalu saya menerima sms dari Borneo. Dia bertanya kenapa kebanyakan entri saya berkisar tentang buah kampung2. Ada jambu batu, ada mangga, ada padi dan segala macam benda kampung2. Kena taja oleh Pasar Tani kah? Hehe..Saya balas begini, bukan blog saya ni sebenarnya membuat promosi ' Makan lah buah-buahan tempatan'. Iya, bila saya membaca balik beberapa entri, memang betul saya banyak mempopularkan beberapa jenis buah kampung2. Saya menulis tidak di rancang. Tanpa draf. Saya suka menulis apa yang saya suka dan paling dekat di hati saya. Untuk anak kampung seperti saya, apa lagi yang lebih bernilai selain memori yang tertinggal di celahan ranting pohon kampung2 itu. Dan saya gembira bila mampu menyentak ingatan kita apa lagi kalau di puji menjadikan buah kampung2 itu cukup luarbiasa. ( Saya tengah membuat bakul)!

iii)
Seorang teman lagi bertanya, bila lagi ada entri baru. Nampaknya dia tertunggu-tunggu. Saya kata jangan lah selalu-selalu. Ketara sangat saya ni tiada kerja. Hehe..! dia sempat tanya, sejak bila belajar balik. Ayat-ayat kamu makin cantik. Aisemen..biar betul. Ini memuji ke menyindir? Pengumuman BM saya R waktu STPM ya! Bahasa Melayu lintang pukang. Berterabur. Tapi saya tetap menulis. Mana tau kalau yang berterabur itulah yang semakin bernilai di mata orang.

iv)
Di luar masih hujan. Hati saya terus kelabu. Rindu saya berterbangan. Masih tiada arah!

4 comments:

Emma said...

Betul cakap ko tu ungu...sejauh mana kita melangkah dan dimana kita berada..buah - buahan kg tetap dalam ingatan dan menjadi pujaan hati...ini kerana ia sudah sebati dalam kehidupan kita kan?he...begitu juga persahabatan walaupun tidak ada kabar berita,sebenarnya ia sentiasa mekar didalam hati..bukan begitu gia tu..he...

UNGU said...

sukung..sukung! ko jg la emma. mimang pandai berkata2! terus sa terharu ooo! bah jan lupa kie..makanlah buah-buahan kampung2. hehe..

Emma said...

He...bukan begitu gia ngah sia ni terlalu ikut kan hati bila berbicara...dan ini juga baik untuk mereka yang lupa pada buah - buahan tempatan he he...sia main2 ma tu...tapi hati sia tertanya2 pigi mana tu coretan ko semalam yang (Ada apa dengan angka)knapa sia inda buli nampak?ko padam ka?napa?

UNGU said...

oh yg tu..sa tidak d luluskan oleh lembaga penapisan filem malaysia..hehe..kad sa kasi jaruk2 dulu..baru siuk dimakan...

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP