Saturday, November 17, 2007

Ada apa dengan angka?

Kalau saya kawin dengan lelaki tua dan sudah beristeri, macammana? Apa? Iya, kalau saya kawin dengan suami orang, jadi isteri kedua, macam mana? Macam mana apa? Nanti kau mau kawan lagi dengan saya kah?

Saya sedikit tersinggung dengan pertanyaan akhir itu. Soalan itu seolah-olah, saya ni jenis pilih kawan. Pilih bulu. Saya bukan begitu!Sekali lagi, saya bukan begitu!

Dan untuk pertanyaan dia yang pertama, saya rasa dia lebih tahu jawapannya. Dia punya pengetahuan agama yang baik. Saya tahu dia percaya tentang Qada dan Qadar. Percaya dengan takdir. Percaya bahawa ketentuan jodoh, ajal dan maut itu di tangan Pencipta.

Saya berharap apa pun yang berlaku selepas ini, biar dibuat betul-betul. Sebabnya, saya benar-benar teringin berada di sisinya saat dia di ijab kabul.

( Bertahun dulu saya pernah bertanya, macam mana kalau saya kawin dengan lelaki jauh lebih muda. Dia jawab, ada apa dengan nombor. Selepas 10 tahun berlalu, saya kembalikan kata-kata ini pada empunyanya.)

4 comments:

Emma said...

Ungu kasi tau kawan ko...setiap apa yang berlaku,meskipun kita yang merancang namun tuhan yang menentukan...dan persahabatan itu tidak boleh di jual beli,dan persahabatan adalah satu ikatan yang tak akan dapat dipisahkan hanya kerana situasi kehidupan kita...P/S - untuk kwn ungu,klu ungu tidak mau kwan ko lps ni kasi tau sia..sia saman dia tu.he he

UNGU said...

iya bah emma..sa sukung 100% kata2 ko tu...persahabatan itu sekali dan selamanya. oi mcm mana p bukit tinggi?

Kay Masingan said...

ungu, kasi tau kwn ko tu, persahabatan itu bukan diukur dengan apa2 benda. tapi dari hati yang ikhlas

UNGU said...

iya laa..nt sa kasi sampai smua tu pesanan kamu tu..kasi sa duit kupi kie..!hehehe

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP