Saturday, October 20, 2007

Kasih Sayang Versi Ungu

Masa saya memeriksa peti mesej di bawah, tiba-tiba saya di sapa kasar oleh seorang pendatang (sebab tidak dikenali). 'Beliau' ini telah meninggalkan pesan yang seolah-olah melihat saya sebagai individu yang tidak mencintai negara bangsa tempat kaki saya berpijak ini.

Dari satu sudut saya melihat komen itu amat baik untuk menyedarkan sesiapa sahaja yang menjadi tetamu laman ini terutamanya saya. Iya lah siapa tahu kalau-kalau rasa cinta terhadap nusa ini sudah berkurangan. Cuma saya agak terkilan bila dituduh curang terhadap negara hanya selepas membaca satu entri saya yang kebetulan memuji ( sedikit ) tenang bangsa lain ( saya rasa begitu la ). Saya lebih terkilan kerana entri saya itu hanya dilihat dan dinilai menerusi pandangan mata kasar tanpa melihat intipati yang cuba saya bawa. Dan saya lebih..lebih..dan lebih terkilan kerana komen itu ditulis dalam bahasa Paris Hilton sedangkan laman ini menggunakan Bahasa Melayu 100% sebagai bahasa persuratan. Tak tahu lah saya kalau mesej tu di hantar oleh Wayner Ronney pulak. Sekiranya ada diantara pengunjung laman ini yang turut melihat kemudian menilai begitu, tolonglah..baca sekali lagi dan baca dengan mata hati. Nilai dengan hati yang bersih. Necaya kamu sekalian akan melihat niat saya yang baik itu.

Dulu-dulu, emak saya selalu menghukum saya sekiranya saya melakukan kesalahan. Selepas tangisan saya reda, emak akan memberitahu yang dia sangat sayangkan saya. Mula-mula saya agak hairan, kenapa kasih sayang itu dilafazkan menerusi rotan yang meninggalkan kesan pedih di betis saya. Sebagai kanak-kanak, saya lebih suka kalau kasih sayang itu diterbitkan melalui belaian dan usapan semata-mata. Namun, selepas puluhan tahun berlalu, saya akhirnya faham bahawa kasih sayang melalui 'gula-gula panjang' emak itu lebih bererti dan berjaya membentuk manusia degil seperti saya.

Entri ini bukan bertujuan 'menembak' sesiapa, sekadar mengingatkan bahawa setiap individu mempunyai cara sendiri untuk menterjemahkan kasih sayang dan rasa hormat kepada negara. Dan dalam banyak-banyak cara, saya memilih versi yang sedikit kejam atas kepercayaan bahawa bukan semua orang di muka bumi ini boleh di bentuk dengan kata-kata yang manis. Sesekali frasa-frasa yang lebih berani dan berterus terang patut digunapakai untuk menerjang minda individu yang leka bermimpi.

Sekadar ingatan, semua entri di laman ungu ini ditulis mengikut citarasa penulis. Kepada para pengunjung anda digalakkan membaca dengan mata hati dan paling penting fasih berbahasa Melayu untuk mengelakkan ke'bengongan' penafsiran.

Mungkin benarlah kata-kata keramat ini..' kerana mulut badan binasa'.

2 comments:

Perindu said...

salam kenal :)

menulis sama jua seperti bermain gelombang disamudera andai badai menerjah jangan digentari ia adalah adat permainan. Biarpun rambut sama hitam tak semestinya fikiran kita sama :)

UNGU said...

salam kenal juga. terima kasih dengan ingatan perindu. senang2 bertamu lah lagi.

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP