Saturday, October 20, 2007

bila ungu menunjukkan belang

Kalau ikutkan hati mau saja saya pegang tengkuk dan hentak dahi dia dekat stering kereta. Kalau tak pun saya teringin sangat nak tarik brek yang cuma jauh 2,3 inci dari tangan kanan saya. Biar kereta waja di belakang tu sondol bontot kereta dia. Adoi...!Nasib baik sabar saya masih berbaki beberapa peratus. Seumur hidup saya belum pernah la saya terserempak dengan driver teksi yang ‘bengong’ macam dia ni. Berlagak tapi bodoh. Masa turun dari taksi saya baling RM 25 betul-betul kena batang hidung dia yang kembang semangkuk itu. Pemandu taksi yang tak tau diri. Berlagak jadi pemandu kapal terbang. Setakat pemandu teksi saya pun tak heran la. Huuu lega betul dapat melepaskan geram.

Selepas mendapat tiket bas dari Melaka Sentral ke Terminal One Seremban, saya terus mencari kerusi 5D. Duduk dan terus berfikir. Lagu retro raya yang memenuhi ruangan transnasional gagal menarik perhatian saya. Perlahan-lahan saya meneguk mineral water 1.5 ml dan menarik nafas dalam-dalam.

Pendingin hawa yang berfungsi dengan baik ternyata tidak mampu menyejukkan hati saya yang panas membara ini. 'Kebengongan' pemandu teksi tadi benar-benar buat saya sakit hati. Belum sempat pungung saya berlabuh, terus saja dia tembak. Kalau sasaran tepat tak apa la juga. Ni jauh panggang dari api. Katanya betul kah saya ni orang Malaysia. Saya kata, iya lah dari Sabah. Belum sempat saya menyambung dia terus potong..kata dia Eh..Sabah tu Malaysia tau. Dia memandang saya seolah-olah saya in pendatang tanpa izin Indon yang menyamar jadi orang Sabah. Dalam hati saya menjerit..ya Allah, bodohnya. Saya rasa pemandu teksi ni wajib mengikuti Program Khidmat Negara. Kemudian hantar ke Pulau Banggi. Jangan bagi 2,3 bulan, bagi la dalam 2,3 tahun. Biar dia insaf sikit dan tahu di Malaysia ni ada banyak bangsa lain lagi selain 3 yang paling dominan itu. Hati saya kalau sudah di simbah petrol pasti meletup. Saya terus cakap panjang lebar. Dan yang paling saya menyampah, masa saya bercakap sungguh-sungguh tu dia boleh buat muka selamba. Muka bodoh. Waktu masuk kawasan Melaka Sentral tu dia tanya lagi..awak balik Sabah, naik kapal terbang ke naik feri? Mak oi..rasa nak baling la pemandu teksi ni kat tengah-tengah jalan. Biar digilis lori 10 tan. Menyampah!

Saya tertanya-tanya macam mana dia boleh jadi pemandu teksi. Rasanya dia ni belum habis berubat dekat hospital jiwa. Kalau dia gian sangat nak bawa kereta, bawalah kereta mayat. Tak padan betul bawa teksi yang dihias indah slogan ‘ Cuti-cuti Malaysia’.
Masa dia tanya begitu saya dah tak larat nak jawab. Tapi masa saya tercari-cari dompet dia sempat menyerlahkan 'kebengongan' dia.

Driver- Awak ni orang Pairin kan?
Saya-Ha..?? ( buat-buat pekak )
Driver-iya la awak cakap awak dusun kadazan.
Saya- Emm..( tiada masa melayan)
Driver- Apa pasal kamu masuk BN ah? Apa pasal tak mau itu Pairin.( tetiba pulak masuk hal-hal politik. Soalan sensitive lagi tu)
Saya- Suka hati orang la. ( dengan kurang ajar saya menjawab).

Saya tengok anak mata dia tambah kecil..mungkin marah dengan kekurangajaran saya. Saya tidak peduli. Kalau anak mata tu hilang terus pun tak apa. Biar pada dengan muka.

Saya- Awak pernah datang Sabah kah?
Driver- Belum oh..
Saya- Haa.. kalau macam tu awak tak layak nak cakap apa-apa tentang negeri saya. Kalau masih tak tau nak pergi Sabah tu naik pesawat atau feri, bagus awak duduk diam-diam. Bawa teksi elok-elok.

Saya terus baling duit dan keluar dari teksi. Puas hati. Tiba-tiba, Melaka Sentral menjadi sangat hodoh di mata saya.

No comments:

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP