Saturday, August 9, 2008

Satu Hari Di Sebuah Sekolah

Menghadap budak-budak dikelas ini buat saya rasa mau demam. Kelas ni macam muzium tempat penyimpanan perangai yang pelik-pelik. Sebut la apa saja, pasti boleh ditemui disini. Macam astro. Dah lah siaran berulang..macam-macam ada lagi tu.

Seperti pencuri, saya pelan-pelan masuk dari pintu belakang. Malangnya bunyi tumit kasut saya menarik perhatian budak yang duduk dikerusi paling belakang. Tiba-tiba dia berdiri dan menjadi ketua memberi salam..mewakili ketua kelas barangkali. Paling mengejutkan saya bila di ucap macam ni..
Assalamulaikum ustazah..kemudian yang lain pun turut serta. Adui! Saya tepuk dahi sendiri. Mentang-mentang la saya mengganti kelas agama / moral..tiba-tiba diberi gelaran baru. Gelaran yang tidak layak pun saya perolehi.

*******************************************************************************

Selamat petang, duduk.
Apa nama negara kita?
Malaysia. ( Ramai-ramai menjawab )
Bagus. Apa nama negeri kita?
Telipok. ( dibelakang )
Semporna. ( sebelah kiri )
Malaysia ( yang paling depan )

Ha!! Saya buat-buat besarkan mata saya yang cute ini ( Yaiii ).
Tolong la..( dalam hati saya ).

Ambrasil ( bukan nama sebenar ), apa nama negeri kita?
Tersengih-sengih tapi tidak pula menjawab. Sah. Mesti budak ni pun tak tau.

Nama negeri kita ialah Sabah. Akhirnya saya menjawab soalan saya sendiri.

Apa nama negeri kita Shalmizan ( bukan nama sebenar ) ?
Sabah, cikgu.Bagus.
Berapa jumlah negeri di Malaysia?
4 ( adui..tolonglah )
1 ( dui na..ini ka lagi )
20 cikgu ( terasa ingin membaling murid ini ke laut Sulu )

*******************************************************************************

Salam cikgu.
Saya sambut tangan yang dihulur. Saya perhati wajah-wajah anak didik dari seberang sana yang kebanyakannya cukup tidak bersih dan ditambah dengan aroma bau-bauan yang mengusik kalbu. Setiap kali saya membuat bimbingan dengan kelompok ini, 30 minit pertama bimbingan saya keluar tajuk dan hanya tertumpu pada kisah stokin dan kasut yang tidak dibasuh.

Tiba-tiba bercambah banyak rasa dihati saya. Ada rasa simpati + cuak + geram + sayu dan segala rasa yang pelik untuk ditafsirkan. Jawapannya hanya =?

Saya buat kesimpulan begini, hidup yang kita jalani kadang kala bukan pilihan kita tetapi tetap dipilih kerana tiada pilihan lain.Untuk memuaskan hati semua pihak dan tidak belot kepada sesiapa, saya hanya berbalik pada prinsip yang saya pelajari selama ini iaitu menerima manusia tanpa syarat. Membantu dan membimbing sesiapa pun juga tanpa mengambil kira latar belakang agama, suku bangsa dan budaya..( ui na ayat karangan pula ni). Dengan kata yang lebih mudah, menerima seadanya mereka.

4 comments:

Kay Masingan said...

haha..samaalah kita. asal saya masuk kelas soalan wajib ialah- cikgu, cikgu ini cina ke melayu?, pas tu bila keluar kelas murid2 akan ucap dalam bahasa mandarin. bukankah bahaya kalau pengetua dengar..huhu

UNGU said...

satu kelainan..yg penting kita bahagia la..hahahahaha

lollee_D said...

Ha!Ha!Ha!..Ungu..konya n3 ni...buat aku ketawa sorang2 bila membacanya. Ada juga yang sedih la...tapi bestnya kamu...

Little Mike (LM) said...

dulu saya mengajar di sk taritipan sebagai guru sandaran. saya mengajar murid tahun 3. Murid2 kelas saya adakalanya bijak mengenakan cikgunya (saya la tu)contohnya:

murid perempuan:'cikgu boleh keluarkan pembaris, kuku saya bersih'.. (hari pertama saya mengajar ialah memastikan kuku dipotong dan bersih)

maknanya dia tak kena hukum la...
atau saya tidak benarkan murid2 bercakap dalam bahasa dusun. Siapa2 yang cakap dalam bahasa dusun denda satu payung. lepas tu mulid tu tanya,

murid lelaki:'cikgu pandai ka cakap dusun?'

saya: (sedikit terpinga-pinga dan cuba bergurau) apa bahasa dusun yang kamu tidak tau?' (bertanya la saya pula yang memang kureng sikit bahasa dusun. Dalam hati 'mati la kalau murid ni tanya yang susah2'.. haha).

Murid perempuan: Cikgu ni handsome. kalau dusun apa?' (nah kan... memandai-mandai murid ni)

Saya: 'kalau handsome, oligang la maksud dia'. (dia bilang aku ni handsome, haik!! perasan haku nie! haha)

Murid perempuan: 'Cikgu kena denda payung satu' (adess...)

bila saya mengajar, saya mula mengenakan murid-murid saya. Soalan matematiknya begini..

Kalau satu helai kain bila dijemur mengambil masa 1 jam untuk kering. Kalau 10 helai pakaian yang di jemur, berapa jam??

10 jam!!!!! serentak, hampir semua murid menjerit girang kerana dapat menjumlahkan jawapan dengan segera.

saya: 'Murid-murid semua, berdiri atas bangku!!!'

saya belum bagi lagi jawapan walaupun mereka beriya-iya dengan jawapan mereka. (dalam hati, nanti la saya terangkan)

soalan ke dua. saya katakan kalau tidak dapat jawab juga, naik atas meja. Mereka mula gelisah. soalan saya begini;

100 kilo kapas dan 100 kilo batu, mana yang lebih berat???

Batuuuu!!!! sekali lagi semua menjerit serentak.

saya: murid2, semua naik atas meja!!

murid2 ada yang menggaru kepala makin tidak faham... cikgu2 semua khasnya ungu dan kay... tentunya tahu jawapannya.. so, lucu jg kan kalau soalan mudah tapi tergesa-gesa menjawabnya...

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP