Saturday, August 23, 2008

Catatan Minuradsung ( Hilo Pampang Id Piras Bawang Liwogu )

Catatan Minuradsung ( i)

Kelat. Dahi saya berkerut menahan rasa asing yang menjalar dipermukaan lidah. Makcik saya ( sepatutnya kakak ) tersenyum melihat telatah saya. Satu peneguhan positif yang menjadikan saya tambah galak. Saya buat-buat pandai. Mengambil daun sirih kemudian mencalit secubit kapur dan..nyum..nyum. Alamak! tidak sedap la..( dalam hati).

"Kenapa potong rambut? " soalan pertama yang sudah dijangka.
"Panas" selambanya saya menjawab. Jari jemari saya masih sibuk menyelongkar plastik hitam tempat penyimpanan’tingaton’ yang jarang-jarang terlepas dari tangan makcik. Saya sempat mengejar anak mata makcik yang mencebik tanda tidak setuju.

Sejak 10 tahun lalu kebelakangan ini, ini lah kali pertama saya memotong rambut sependek ini. Sangat pendek dan sangat tidak lawa ( kata makcik saya semalam). Dui na..kalau memang tidak lawa pakai rambut Siti Nurhaliza sekalipun tetap tidak lawa tapi kalau ‘andang-andang’ lawa, buatlah rambut macam mana sekalipun tetap kelihatan lawa. ( Si Kay blg ini ayat pesimis ).

Cantik atau tidak tu sebenarnya dari kita saja ( dari kau saja bah itu ). Cantik umpama sebuah taman bunga. Kak Neng cakap bunga mawar cantik, Cik Sepet cakap bunga kekwa yang lebih cantik dan saya tetap mahu menobatkan orkid sebagai bunga paling cantik dimuka bumi ini. Sekali sekala saya curang dengan meletakkan sedikit ruang dihati untuk si teratai ungu. Paling pelik Si Nick cakap kaktus ialah bunga paling cantik..haha ( kaktus tu dalam kumpulan bunga kah?)


( penama-penama diatas sila maafkan saya kerana TERpaksa melibatkan kamu dalam urusan peribadi di laman ungu ini. Segala tindakan susulan pihak yang maksudkan saya terima dengan rela hati)


Kesimpulannya, cantik atau tidak, itu terpulang pada pada ‘tilikan’ kita masing-masing. Pada satu hari saya ditanya begini-apa yang kamu faham tentang cantik? Secara spontan saya menjawab-cantik itu bila dia:-


#Yakin diri
#Sentiasa tersenyum
#Bijak
#Tidak mewarna rambut dan
#Dia ada hati yang baik


Jadi sekian saja saya melalut tentang CANTIK. Kita kembali kepada matlamat asal..


Saya memerhatikan gerai yang cukup sederhana ini. Ada pinang muda yang bergantungan. Ada pisang emas masak yang dijual. Beberapa buah kerusi plastik. Meja kayu. Dan pengunjungnya yang yang cukup biasa-biasa. Pendek kata tempat ini cukup sederhana. Dan kesederhanaan inilah yang berjaya memujuk saya bertandang ke sini buat pertama kalinya. Puluhan tahun yang lalu, tempat inilah yang menyaksikan saya membesar. Dari seorang budak nakal yang comot sehingga menjadi gadis sunti yang naif. Semuanya menjadi sebuah jurnal hidup disini. Nun disana sungai Minuradsung yang kini cetek airnya, sebenarnya tempat saya berkubang selepas penat main ‘jadi-jadi’ satu ketika dulu. Berkubang dengan kawan sekolah merupakan acara harian yang wajib.

Beberapa meter di seberang sungai ini terletaknya sekolah pertama saya. Sekolah pertama yang mengajar saya mengenal huruf. Sekolah yang menyimpan banyak cerita seorang kakak-kanak, cinta monyet seorang gadis sunti dan tempat pertama dia mewarna cita-citanya. Tempat yang penuh nostalgia ini sekali lagi menjadi sangat mesra dihati saya.


Sebelum beransur pergi saya sempat mencari-cari tapak jambatan gantung yang sudah tiada. 20 tahun yang lalu saya pernah menangis diusik di atas jambatan usang itu. Saya sebenarnya gayat dengan tempat tinggi. Dari dulu, kini dan selamanya..( belum ada tanda-tanda untuk sembuh ). Menangis? Satu perkara yang selalu saya lakukan untuk menunjukkan emosi. Sama ada saya takut, sedih, marah, kecewa dan gembira sekalipun, saya tetap menangis. Aneh kan?


Zzzziiiiipppppppp..rancangan tergendala sebentar...


Ingatan saya mati tiba-tiba. Tumpuan tersasar dari matlamat. Tanak wagu dusun terakhir ( perkataan terakhir itu hanya melazatkan lagi ayat) itu benar-benar menarik perhatian saya. Mata bundar yang banyak rahsia, rambut pendek kemas yang berpacak-pacak dan senyuman nakal menghias bibir bebas rokok itu cukup menjadikan dia lelaki sempurna dimata saya (dan dihati). Paling mengejutkan saya, dia sangat fasih berbahasa dusun. Bonus untuk dia dan satu cabaran untuk saya. Aik? Kenapa perlu jadikan itu cabaran? Bukannya saya tidak reti berbahasa dusun ( helah bela diri ) cuma jarang dipraktikkan. Moral dari ayat ini ialah-selalulah bercakap dusun.


*********************************************************************************************************

CATATAN MINURADSUNG (ii)


Kalau masih ada luka
Setelah saling kita bermaaf
Sama ada diruang hatiku
Atau dipenjuru hatimu
Pujuklah dengan sepotong rasa percaya
Yang katamu alas paling kukuh
Antara kita.

Ajar diri kita
Agar lebih berani
Memilih kalau perlu memilih
Memutuskan kalau perlu diputuskan
Siapa yang lebih berhak
Siapa yang lebih wajar
Untuk diam dihati kita
Pujuklah musim
Agar tidak pantas berganti
Beri waktu untuk rasa ini
Tumbuh
Bertunas dan
Berbunga di taman hati kita.


**********************************************************

CATATAN MINURADSUNG (iii)


Betul. Saya tidak minta lebih dari ini. Cukuplah kalau saya mendapat satu ruang dihati dia. Itu saja.






No comments:

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP