Tuesday, August 12, 2008

Nak..Balik kg laaa...huhuhu..!

( ini siaran ulangan...)

ungu-sebenarnya tiada rasa yang lebih seronok dari ini-berhikayat tentang sesuatu yang telah ditinggalkan, dilalui atau yang diangankan. Dan antara itu, catatan kali ini saya memilih untuk bercerita tentang jejak yang ditinggalkan didada Sang Dewa Lumpur. Ia umpama satu sijil penghargaan yang saya hasilkan dalam frasa yang berbelit-belit tetapi asyik-tujuannya cuma mengangkat sesuatu yang sering dipijak dengan harapan ia dinilai seadilnya oleh kita ( yang mendakwa lebih bijak -dibuktikan dengan sijil yang berfail-fail .)

Saya dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang menganggap tanah berlumpur sebagai dewa. Dia dewa yang sangat berkuasa kerana dialah yang menentukan apa yang dimakan sepanjang hari dan dipakai sepanjang tahun. Dewa berlumpur itulah yang mengukur tinggi rendahnya martabat keluarga juga panjang pendeknya hayat kami dimuka bumi. Musim semi sangat meriah semeriah anak-anak ikan puyu dan haruan yang belajar menghidu bau batang padi juga semeriah kicau burung di hujung permatang yang tidak sabar menanti musim rezeki tiba.

Antara semua musim, musim paling meriah ialah masa padi sudah mula berbuah. Mengisi tin kosong dengan batu-batu kecil kemudian mengikatnya pada tali yang bersambung dengan kayu pacak disetiap penjuru relung merupakan acara tahunan yang cukup seronok. Setiap tahun pasti sebuah pondok bertiang empat akan didirikan ditengah tanah sekangkang kera itu. Seronoknya kerana direlung sebelah pasti ada lagi podok kecil yang turut dihuni oleh gadis kecil seperti saya. Ya, seperti saya yang menganyam angan ingin menjadi puteri dari hamparan butir emas itu. Ia rutin setiap tahun dan setiap petang di musim itu gadis kecil itu pasti menghuni pondok itu mengusir sang petualang yang belot pada dewa lumpur.

Untuk gadis sekecil itu'kerja' menghalau burung adalah yang paling setaraf dengan kelayakan yang ada. Lebih dari itu, emak pasti berperibahasa kalau kail panjang sejengkal, jangan sembarang-sembarang. Kalau tersilap- silap pijak ( pada anak-anak padi )-silap petik ( pada tangkai padi yang belum cukup umur)-silap pandang ( membiarkan burung mencari rezeki sebelum waktunya )- silap cakap( tercakap yang tidak sepatutnya) maka tanpa kata jemari ibu pasti kasar berbahasa diatas kulit. Belum reda tangis ia bersambung lagi dengan ceramah percuma sepanjang malam. Isi ceramah sebenarnya ringkas-mahu saya memuja emas dari perut dewa lumpur itu.memuja-mengangkat martabatnya setinggi mungkin. Kalau ceramah saja saya kira bernasib baik tapi kadang-kadang ia menjadi lebih parah apabila saya terpaksa duduk dikandang pesalah dan dihakimi seolah sayalah penjenayah paling dikehendaki. Tanpa perlu saksi atau peguam biasanya di hujung pengadilan saya disabit kesalahan dan tidak akan terlepas dari kanun ibu. Sebenarnya banyak unsur-unsur suspen yang dijelmakan oleh ibu walhal hukumnya tidaklah seteruk mana. Perkara susahnya cuma ketika mendengar dan memasukkan semua fakta yang dicampur canai dengan dongeng dewa lumpur dalam kepala. Agak sukar kerana otak saya tidaklah secerdik mana pun ketika itu ( dan pada masa catatan ini ditulis ).

Namun apabila melihar diri yang sedewasa ini, saya tiba-tiba sangat bersyukur. Bersyukur kerana semuanya. Ya, untuk semuanya.Tidak ramai yang menduga saya dibesarkan dan didewasakan oleh titik peluh dan airmata sepasang hamba yang mengabdikan diri pada dewa lumpur sepanjang hayat. Dan tidak ramai juga yang menduga catatan ini sebenarnya bermula diatas pondok bertiang empat ditengah dada sang dewa dari kota kecil hampir 20 tahun dahulu. Catatan ini ada ketikanya kelihatan sekadar catatan biasa tetapi pada saya ia lebih dari itu. Ia adalah ucapan terima kasih dan luahan rindu tidak bertepi pada tanah leluhur itu.

Kini saya terlalu jauh untuk memijak dada sang dewa walau dihati ia masih mesra seperti dulu. Jarak ini memang tidak bertimbang rasa sang dewa. Tunggu saya sang dewa, saya pasti kembali ( dan kini telah kembali ). Sama ada pada penghujung nyawa dan bersemadi didakapanmu atau untuk kelahiran yang akan datang pun saya tetap teringin bersamamu sekali lagi. Sekali lagi..

2 comments:

Kay Masingan said...

masih ligatkah si ungu menari di atas pentas si dewa lumpur? masih mesrakah? atau kakinya lagi teruja pada karpet-karpet kota?

UNGU said...

ingin kembali ke tanah lumpur da ni kay...

bosan suda dengan karpet2 kota..!

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP