Saturday, May 10, 2008

Happy Mama Day!

Bulan ini banyak perkara yang perlu saya syukuri, antaranya:-

#Disempatkan Berkhemah di Balung Eko Resort Tawau ( KPLI PPKM Zon Sabah )



#Hari Ibu

#Hari Guru
#Hari Kaamatan ( bertuahnya negeri Sabah punya penduduk seperti saya)

Antara semua itu, saya memilih untuk mendahulukan sambutan Hari Ibu. Kenapa ? Sebab saya anak emak. Ha ha..

Dalam kesibukan mengurus banyak perkara di Balung Eko Resort tempoh hari, saya tetap mengambil masa untuk menelefon ibu setiap hari. ’Khemahmate’selalu perli. Anak Emak betul. Dalam kesibukan membina gajet dan memindahkan barang-barang kerana banjir, saya masih mencuri waktu untuk menefon ibu. Saya tidak kisah. Saya memang sudah terbiasa begini. Sejak 9 tahun kebelakangan ini, inilah kebiasaan saya. Semua perkara yang saya lakukan perlu mendapat kelulusan dari ibubapa dahulu. Termasuk soal cinta sekalipun..

Saya boleh mengkhianati sesiapa sahaja kecuali IBU saya. Ibu bagi saya ialah yang mengajar saya berdiri, berjalan dan berlari. Yang melihat jatuh bangunnya saya. Yang merawat luka dikaki juga dihati saya. Yang pada ketika semua orang melabel saya manusia paling teruk, dia masih menerima saya. Yang pada masa saya benar-benar gagal dia masih menjulang nama saya setinggi dia mampu. Yang pada masa saya benar-benar melukakan hatinya, dia masih sedia memaafkan saya.


"SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU. MOGA SIHAT DAN GEMBIRA SELALU"

Untuk kasih sayang sedalam itu. Untuk pengorbanan sebesar itu. Saya limpahkan semua harapan dalam doa yang sungguh-sungguh. Doa tulus dari seorang anak yang dia lahirkan dengan hatinya bukan dengan rahimnya.

Walau telah kutuliskan

Seratus sajak untukmu

Tak kan pernah mampu

Menandingi cinta terindah

cinta seorang wanita

Yang sungguh kuhormati selalu

Ialah, Bunda…Tempat pelabuhan baktiku

Yang kudirikan dalam setiap

Pancang dermaga

Persinggahan waktuku

Sekarang

Wajahmu terlihat begitu menua

Penuh gurat-gurat kelelahan

Karena begitu setia menjaga dan merayu

Waktu

Agar selalu bersahabat denganku

Keriput di jemari dan bulir-bulir otot Di lenganmu

Menjadi saksi,

Bahwa kau tidak pernah sekejap saja

Melepaskan genggaman cintamu

Menyentuh dan mengangkat beban hati

Juga menyelimuti hariku yang begitu dingin

Bibirmu kini mengering dan menghitam

Karena tak henti mengalirkan doa untukku,

Setiap pagi, siang dan malam masih ingin singgah

Selama berpuluh-puluh tahun usiaku.

Bunda,

Kaulah segala kasih termurni

Pancaran cahaya bumi

Dan aliran mata air terbening

Yang Tuhan ciptakan

Sungguh kau,

Adalah cinta yang selalu akan termaknai

( http://www.seperti-air-mengalir.blogspot.com/ )


3 comments:

lollee_D said...

Hai ida. Wah.. panjang nya n3 kau. Best2 lagi tu..Pasti jadi seorang cikgu yang.."mulia hatinya".

Kay Masingan said...

ungu yang mulia hati..hehhe

UNGU said...

haha..nt kmu balik sabah sa belanja makan tarap ar..kikiki. siuk pula rasa di puji2 ni..!

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP