Wednesday, May 21, 2008

bIKIN pANAS!

Seperti biasa dia mesti melalui meja saya. Merenung dan menghantar senyum yang paling tidak seksi yang pernah saya lihat. Seperti biasa juga dia akan membingkiskan tanya yang pada hemat saya berunsur mistik dan pelik tetapi benar. Kenapa memilih untuk berada disini? Soalan yang agak tolol cuba melalui corong pendengaran saya. Saya pandang mata dia tepat-tepat. Dengan rasa lucu yang bukan kepalang saya hantar di sudut mata saya. Semoga dia malu sendiri. Err.. entah dimana silapapnya saya gagal menghantar mesej..err bukan..sebenarnya dia yang tidak bijak menerima isyarat.

Saya diam. Pensyarah saya pernah kata teknik kesenyapan perlu bagi memberi kita ruang untuk merefleksi diri kembali. Muhasabah diri. Sama ada teknik ini yang kurang berkesan atau saya yang gagal mengaplikasi ataupun dia yang memang jenis tidak lut dengan teknik-teknik seperti ini. Dia gagal menyediakan soalan yang bolah saya jawab. Dia tetap ulang soalan. Akhirnya saya yang pening! Aduh! Sukarnya jadi manusia rupa-rupanya.

Saya biarkan soalan cepu emas itu tergantung. Kalau boleh saya mahu gantung pada kipas siling kelas F004 yang selalu-selalu menjerit minta diganti. Biarlah dia menunggu. Berdiri di hadapan saya sampai hujung semester 2 pun tiada masalah. Saya tidak pernah menyediakan jawapan untuk soalan seperti itu. Kalau didenda junjung kerusi lari pusing padang 10 kali pun tidak apa-apa ( ewah..ada hati kembali di zaman gelap ya).

Dalam hidup ini, ada banyak pertanyaan yang tidak boleh saya jawab. Banyak. Contoh pertama soalan tadi. Kalau dia bertanya sekali lagi, saya akan minta dia balik dan tanya Tuhan ( dengan cara dia) kenapa menghantar saya di sini. ( ini ialah jawapan copy paste dari orang alim-alim ya ).Mudah kan?

Contoh kedua , cinta barangkali!

Akhirnya dia angkat kaki.
Bikin panas ( dalam hati ).

3 comments:

Kay Masingan said...

haha..soalan sama yang sering menjadi topik set induksi dan refleksi dalam kuliah yang sa hadiri sepanjang di upsi ini..kadang2 dan selalu, aku abaikan soalan ini, biar aku jawab dalam hati..muhasabah diri..

UNGU said...

bagus..bagus! kita, kita ja yang tau kan?

Kay Masingan said...

ya kita ja tahu, kenapa kita berada di sini - profession perguruan. sendiri-sendiri tahu kenapa..heheh

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP