Saturday, January 26, 2008

Tiada lagi...??

Tiada lagi ( Mayang Sari)

Sia-sia sudah kita jalin cinta bila hati s'lalu berbeda
Sampai kapan lagi 'ku harus menahan rasa kecewa di dalam dada
Seandainya kita masih bersatu, tak mungkin 'kan menyatu
Walau masih ada sisa cinta, biarkan saja berakhir sampai di sini

Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu
Tiada lagi kata cintaku, tak 'kan lagi 'ku bersamamu
Biar kusimpan semua kenanganku bersamamu

Sampai kapan lagi 'ku harus menahan rasa kecewa di dalam dada
Seandainya kita masih bersatu, tak mungkin 'kan menyatu
Walau masih ada sisa cinta, biarkan saja berakhir sampai di sini

Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu
Tiada lagi kata cintaku, tak 'kan lagi 'ku bersamamu
Biar kusimpan semua kenanganku bersamamu

Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu
Tiada lagi kata cintaku, tak 'kan lagi 'ku bersamamu
Biar kusimpan semua kenanganku bersamamu

Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu, oh...
Tiada lagi kata cintaku, tak 'kan lagi 'ku bersamamu
Biar kusimpan semua kenanganku bersamamu

Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu..

Ini antara lagu retro kegemaran saya. Dan menjadi kegilaan kerana kawan baik saya pun berkongsi minat yang sama. Kami melalak tak kira masa..tapi biasanya masa mandi laa. Dan yang lucunya kami menyanyi lagu yang sama. Kejar mengejar lah kami.

Semalam tiba-tiba kawan saya enggan menyanyi bersama saya. Saya jadi hairan sedikit. Saya tidak bertanya. Saya percaya dia pasti akan berkongsi dengan saya sekiranya perlu. Tekaan saya memang tepat. Masa kami berbaring-baring di tilam kerajaan, dia bersuara perlahan. Dia cakap ex-bf dia baru kawin. Ex-bf???. Saya masih kebangangan. Saya tidak dapat menangkap emosi yang dia tunjukkan. Setahu saya, dia sedang berbahagia.

Tiba-tiba dia menangis. Saya tidak terkejut. Menangis adalah terapi yang baik dan kerana itu saya membiarkan dia menangis. Saya bangkit dari katil kayu yang tua. Perlahan-lahan saya labuhkan punggung di sebelahnya. Menepuk bahunya berkali-kali sebagai tanda kononnya saya memahaminya ( padahal jalan cerita pun belum saya tahu lagi). Dia meletakkan kepala di bahu kanan saya. Masih lagi menangis. Saya jadi simpati. Usianya yang jauh lebih muda dari saya membuat saya rasa perlu lebih bertanggungjawab.

Kenapa jadi sedih sampai macam ni? Saya berhati-hati membina ayat. Terasa seperti sedang membuat karangan spm pulak. Saya masih sayang dia lagi. Saya selalu harap dia berusaha mencari saya balik. Tapi petang tadi kawan sekampung bilang dia sudah kawin. Kawin dengan kawan-kawan kami juga. Saya terkejut. Bukan kerana pengakuan berani itu tetapi kerana dia meraung semakin kuat. Mahu atau tidak saya terpaksa memeluk dia. Mengusap rambutnya yang lebat panjang itu.

Saya sebenarnya tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Takut nanti nasihat saya membuat hatinya yang cedera menjadi lebih parah. 5 minit berlalu, akhirnya dia kembali tenang. Dia mula membuka kisah cintanya satu demi satu. ( Mula-mula saya menjangka di tempat seperti ini, yang mana manusia sudah menjadi lebih dewasa tidak akan ada lagi masalah seperti ini. Rupanya saya tersilap. Mungkin kerana kisah cinta ialah kisah yang tidak pernah selesai ). Seperti si Kawan ini, sedang hangat bercinta dengan orang lain tapi separuh lagi hatinya tertinggal pada kekasih lama. Cinta pertama. Cinta kampus.

Dia kata, kalau masa terundur semula dia rela menyingkirkan harga diri semata-mata untuk bersama semula dengan ex-bf dia. Saya terpana dengan kesungguhannya. Tapi dalam hati saya berkata. Itulah kau lewat sedar diri. Sudah jadi suami orang baru kau meraung-raung begini. Sepatutnya kau berusaha mencuri hati dia dulu-dulu. Biar dia tahu kau masih sayang dia lagi. Tapi saya terluah begini, sudah la tu, jangan ingat-ingat dia lagi. Anggap ja kamu tiada jodoh. Nasihat ni sebenarnya saya rekacipta untuk diri sendiri dan semalam saya pertama kali mempraktikkan pada orang lain.

Saya tidak peduli. Saya mahu dia juga. Kalau dia bercerai saya cari juga dia balik. Haaaaaa...!!!!! Saya hampir pengsan dengan semangat yang membabi buta ini. Diam-diam saya tidak setuju. Sangat tidak setuju. Ketidaksetujuan saya berasas. Saya menjadikan pengalaman saya sebagai alas. Saya jadi hairan kenapa kita selalu sangat menginginkan kebahagiaan tanpa berfikir tentang orang lain.

Saya nampak dia sudah ok. Saya mengangkat punggung. Sebenarnya mahu mengucapkan ini..' Jangan selalu mahu benda yang bukan kita punya ( salah dari segi undang-undang tu). Mungkin dulu ya tapi sekarang tidak lagi. Belajar-belajarlah melukakan hati sendiri. Nanti kamu akan kebal. Seperti saya.

Tapi tidak terluah. Saya bimbang dia meraung lagi. Akhirnya saya memilih kata-kata yang paling alim. Saya bilang, doa banyak-banyak. Kasi serah semua kekecewaan kau sama Dia. Dan akhirnya kau akan tahu apa mau buat.

Alamak!..boleh tahan pula idea alim saya ni. Saya pun mahu cuba lah. Mana tau mujarab, kan??

6 comments:

Kay Masingan said...

sering juga bahu ko kena pinjam kan ungu..ya complicated juga cerita kawan baru ko tu..dan aku? sampai bilakah aku menginginkan sesuatu yang semestinya termaktub dalam undang2 sebagai HAK HAKIKI ORANG LAIN?

Emma said...

kasian gak kwn ko tu ungu...apa yg kwn ko alami skrg tu,prnah berlaku dgn sia 3thun yg lps..konon,memang myakitkan,dan susah untuk melpaskan,perasan ingin mencuba " mendapatkan dia kembali" slalu menghantui diri kita..tpi satu ja ubat dia...berdoa dan serahkan pada dia...trima knyataan,belajar untuk berkorban dan mendoakan kbahagian orang lain meskipun kita terluka...itu bru lah bukti cinta sejati,sia sokong kta ko ungu"dia bukan jodoh ko"ehhh....nahkan mula da sia mjiwang...pantang ba sia dgr crita mcm bgini ni...tpikan ungu,setitik airmata kwn di bahu kita,tpi seribu kasih yg d org dpt dri kita...owudut konoh...

UNGU said...

haha..iya laa sa tengah belajar jadi kaunselor ni..!

UNGU said...

kayono- cerita ini tentang kwan baru saya. teda kaitan dengan ko..jangan ambil hati k

Kay Masingan said...

Ungu, sa langsung inda terasa la, ko ni, ko yg terasa kali tu kan..tapi, bila la agaknya sa buli pinjam bahu ko a?

UNGU said...

iya hidup memang selalu macam ni..selalu di kejar rasa ralat tak sudah-sudah. untuk kawan-kawan yang terlibat dalam krisis seperti ini..buat pertimbangan wajar sbg orang dewasa..selebihnya serahkan pada yang lebih tahu. ada banyak benda yg di luar kemampuan kita...susah2 carilah saya. saya tengah cari klien untuk proses amali..hehe

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP