Friday, January 18, 2008

Catatan Dari Lembah Tuaran

Pukul 7 pagi saya sudah berada di tengah-tengah Pekan Tuaran. Rakan sebilik saya masih tidur bersungguh-sungguh. Saya tidak sampai hati menganggu dia dengan idea saya yang 'gila-gila' ini. Sebenarnya, rasa penat belum hilang akibat didera selama seminggu. Tapi memandangkan saya ini dari kelompok manusia yang tidak sabar, saya rela mengetepikan segala kepenatan fizikal. Dan untuk meraikan kemerdekaan itu, saya membelanja diri sendiri makan mee goreng yang berharga 0.50 yang dijual di tamu Tuaran..hehe!
Niat saya cuma mengenalpasti perasaan saya terhadap tanah tumpah darah ini..dan akhirnya saya masih temui puluhan rasa rindu yang sekian lama terkurung dalam hati saya yang paling dalam.( saya masih dalam mood yang jiwang..harap maklum).
'Penderaan' selama seminggu sedikitpun tidak berjaya membentuk citra diri saya untuk menjadi pendidik. Masih banyak yang perlu dipelajari dan agak sukar bagi saya kerana sebenarnya niat murni itu sudah lama mati. Saya cuma ingin kembali di sini. Ingin diterima dalam kumpulan rakan-rakan lama. Cuma itu. Selebihnya mungkin akan datang kemudian. ( harap2 tiada sesiapa yang mengadu dengan Pengarah IPG ).

Bila melihat jam kredit yang perlu di habiskan, saya hampir-hampir mati. Jadual yang padat dan pada saya sepatutnya direka kepada mereka yang bercita-cita menjadi perdana menteri sahaja, renyuk di tangan saya. Itu belum dicampur tambah dengan segala peraturan. Peraturan paling mendera ialah dari segi pakaian. Sesekali saya kelihatan seperti seorang jantan yang berusaha menjadi perempuan dan selalunya kelihatan seperti mak cik penjual jamu..hehe! Nampaknya saya perlu menyusun atur hidup saya kembali.
Apapun tolong jangan salah sangka. Saya menulis begini bukan merendahkan profesion perguruan tetapi memberitahu kamu bahawa dalam diri saya ada banyak benda yang 'kureng'. Ramai pelatih ke IPG untuk belajar menjadi pendidik anak orang. Tapi saya datang untuk mendidik diri sendiri.

Tiba-tiba saya teringat kata-kata seorang kawan, kata dia, hidup ini harus berani terima kenyataan. Harus berani berubah. Kata-kata yang ada benarnya. Justeru, mari kita tinggalkan kisah yang sedih dan bina hidup baru. Salam gembira dalam dakapan dinginnya lembah Tuaran.

4 comments:

Kay Masingan said...

wah best tu..

mungkin IPG sedikit lewat perjalanan kuliah nya. Bila da start, mesti banyak yg akan dipelajari tenntang Pengajaran & Pembelajaran (P&P), agak menarik dan seronok juga bila membincangkan tentang ketelusan manusia2 yng mewarnai profession perguruan masa kini. terlalu jauh beza dengan masa lalu. dulu, guru itu dijulang tinggi oleh myskt, tapi kini, bagaikan guru itu tidak ada nilainya bagi masyarakat. bila anak berjaya, jarang ibubapa dan pelajar sendiri meletakan guru-guru dalam senarai teratas dalam penghargaanya. Mana silapnya? hah itu nanti akan dikupas dalam Psikologi pendidikan: Sekolah dan Masyarakat. best subjek ni. lagipun lecturer tu kenal aku. heheh

UNGU said...

ui..bukan main2 ni luahan perasaan ko ni..bagus2! nampaknya ko ni memang sesuai jadi cgu.

semoga saya tidak menongkah arus...

Emma said...

Hi..Ungu, patut pun lama ko menyepi didlm ruangan ini..rupa2nya ko sudah beralih arah..kini ko merialisasikan impian si Musa,mencari pelita2 di tanah tumpah yang hilang sebelum ini..dan rajuk mu slama bertahun dgn bedawi akhirnya terjawab...ya betul kwn ko ckp tu..hidup ini pasti ada perubahan,tentang fesyen tu...jgn bimbang ko pastikan kelihatan ayu dgn fesyen baru.."perempuan dusun terakhir"he3,ungu,tempat kita tu masih ada bnyak jln2 kecil yang gelap,so ko adalah diantara yg akan menerangi jalan itu...good luck!jadi kan kisah lalu sbgai ingatan dimasa sunyi..dan setiap bisikan doa..adalah perisai dalam hidup...god bless u.

UNGU said...

hehe..terharu betul sa ngn sokongan ko oh..iyalah sa lah yang menurut perintah ni..semoga harapan kamu menjadi doa yang mampu melapangkan jalan untuk berjaya...( saya masih dalam mood jiwang )

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP