Tuesday, December 4, 2007

Segantang Beras Pulut (iv)


“Siapa ni?”
“ Saya, kawan lama Nuari” Pandai-pandai pulak tukar nama comel aku, Indah.
“ Siapa ah?”
“ Yang hantar rombongan hari tu”
“ Lawatan pergi mana?”
“Bukan rombongan lawatan, rombongan ke rumah Nuari hari tu”
Ha!..rasanya jantung sudah jatuh menimpa perut. Terkejut sangat. Nasib baik tak pegang gelas. Kalau ada mesti terlepas dan pecah berderai macam dalam cerita Hindustan. Telinga aku ni masih berfungsi dengan baik ke tak. Atau mamai belum hilang.
“ Yang datang meminang tu..Sultan Mahmud..?”
“Ya..”
Betul lah. Nampaknya aku belum pekak lagi. Aku menahan ketawa di hujung talian. Sedang membayangkan seorang Sultan turun mencemar duli membuat pangilan telefon nun jauh dari kepulauan.
“ Ya. saya lah tu. Tapi sengaja tidak datang masa tu. Biar suspen sikit..siapa sultan Mahmud?” Dia mengulang. Mungkin dia pun perasan koklea saya sudah kurang kepekaannya. Ha ha..suspen? Memang suspen. Sampai satu kampung menyoal siasat aku lepas tu. Sultan Mahmud? Alamak!
“ Saya tengah pegang buku sejarah lah ni..tersasul pulak” Nasib baiklah otak aku cerdas kalau bab-bab menipu.
“ Oh, iya kah? Sejak bila tukar subjek? Setahu saya, Nuari buat kerja di unit kaunseling?”
Mati. Macam mana dia tahu aku ni duduk di bilik ' masalah'. Nampaknya dia jauh lebih bijak dari yang aku sangka.
“ Masih di unit lagi. Buku student tertinggal semalam” aku semakin mahir berbohong.
Aku menconteng kertas yang terhampar di atas meja. Aku lukis pokok. Lukis rumah. Kemudian aku lorek. Kira sedang mengecat lah macam tu.
“Nuarindah..” aku jarang dipanggil begini.
“ Ha..”
“ Cuti nanti balik kampung kah?”
“ Balik, takkanlah duduk di sini sorang-sorang pula”
“ Kalau macam tu boleh lah kita bincang pasal kita”
“Ha..bincang?” Skema betul lah Sultan Mahmud ni. Belum kenal lagi tiba-tiba pulak nak berbincang. Aku belum setuju lagi dia dah buat pelamin. Rasanya dia ni mesti tak pernah bercinta. Betul-betul tiada pengalaman. Dahlah hari tu hantar beras.
“ Kenapa beras?”
“ Saja, buat kelainan. Lagipun Nuari kan suka dengan padi”
“ Memang lah saya ni suka padi. Saya ni jadi besar begini sebab padi tapi takkan lah sampai urusan pinang meminang pun masih guna padi. Macam main pondok-pondok pula.” bijak pula aku membina ayat.

Banyak kesal yang mahu ku lahirkan tapi hanya sedikit sahaja yang terluah. Manakan tidak, dua tiga jam saja lepas di pinang beras, namaku terus saja jadi tajuk perbualan seluruh kampung. Sebelum timbul cerita yang lebih sensasi maka sehingga itulah cerita peminangan Sultam Mahmud terus menjadi bahan. Sehingga satu ketika aku berharap sangat supaya jadi pekak. Biar tidak terdengar umpat keji yang menyakitkan.

“ Maaflah kalau hari tu buat Nuari terkejut atau nampak saya macam main-main. Tapi betul, saya sungguh-sungguh.” Aku masih diam belum terpujuk.
“Jadi macam mana lah?”
“ Macam mana apa”
“ Iya, saya masih tunggu jawapan Nuari”

Sebetulnya aku tidak pernah berfikir tentang ini. Betul tidak pernah. Hampir sebulan berlalu selepas kepulanganku di wilayah Kuala Pilah, aku masih diam membisu. Emak hampir setiap malam menelefon dan bertanya tentang perjanjian kami. Dan sehingga Sultan Mahmud menghubungiku, aku masih tidak punya jawapan.

Aku setuju dengan kata-kata emak. Katanya setinggi mana pun aku terbang, sejauh mana pun aku pergi tapi aku tidak boleh menolak ketentuan terus-terusan. Ketentuan bahawa sejak azali lagi telah tercipta seorang Adam untukku. Emak memujukku dengan frasa yang tidak boleh ku pertikaikan. Menafikan bemakna aku ingkar pada didikan yang tersalur di seluruh urat sarafku sejak sekian lama. Aku tidak berkata ya. Tidak juga berkata tidak. Aku memilih untuk diam. Dan membiarkan emak menafsir diamku.
“ Nuarindah..macam mana?’
“ Beri saya masa”
“ Berapa lama lagi”
“Kenapa, putus asa?”
“Bukan, tapi rasa-rasanya tempoh yang Nuari minta sendiri sudah hampir habis” Nampaknya dia memerangkapku.
“Jadi kalau begitu, silakan cari yang lain..”
“Semudah itu? Nuari tau kah sudah berapa lama saya menjejaki dan menunggu detik seperti ini?”
Tunggu? Bila masa pula aku pernah berjanji dengan orang.
“ Kau ni siapa bah” aku sudah mula tidak boleh mengawal diri. Aku masih berkau ber saya lagi. Nampaknya masih luas jurang yang perlu di timbus untuk merapatkan jarak.
“Kawan lama Nuari. Kita sekelas masa tingkatan 3.”

Classmate? Otak saya semakin penat berfikir. Menyelongkar kenangan lama bukan satu kerja yang mudah. Apatah lagi kalau ia tidak bertanda di hati. Kalau classmate tingkatan 3 itu dah kira zaman lampau lah. 17 tahun yang silam tu kira zaman gelap aku lagi.

“ Ingat kah? Saya yang duduk di kerusi paling belakang, barisan meja guru. Budak yang selalu tarik rambut Nuari, selalu baling kapur. Last masa masuk tingkatan 4 kita terpisah. Nuari masuk kelas sastera, saya akaun. Lepas tu, saya dengar Nuari pindah sekolah”
“ Tidak ingat” mesti dia menyampah. Begitu dia bersungguh-sungguh membuat penerangan dan aku dengan selambanya menjawab dua kata yang paling mendukacitakan itu. Sebenarnya dalam diam-diam aku berusaha mengingat siapalah jejaka yang malang ini.
“ Selalu turun KL kah hujung minggu?”
“Kadang-kadang” padahal hampir setiap hujung minggu aku berada UPM. Lepas kuliah aku dan Dayang selalu merayau-rayau di sekitar Mid Valley, Bangsar sebelum bermalam di rumah sepupunya. Kalau tiada aral melintang hujung tahun ni aku selamat pakai jubah konvo untuk kali kedua.
“ Baguslah, minggu depan saya ada seminar di KL. Kalau tidak jadi masalah saya harap kita boleh jumpa”.
" Iya?" sebenarnya aku tak tahu nak kata apa lagi.
" Iya. Saya harap sangat Nuari boleh datang" Dia mula menanam harap. Aku jadi serba salah.
“Tengoklah kalau saya free masa tu” aku berbasi-basi. Sekadar mengembirakan hari Sultan Mahmud moden. Takkan lah pulak aku menunjukka kerber-iya-iyaanku di hadapannya. Memang aku teringin nak tau siapa gerangan yang begitu berani dan gagah perkasa menongkah arus kemodenan dengan menghantar segantang beras pulut sebagai tanda peminangan. Tetapi itu bukan sebab yang tepat untuk ku singkirkan harga diriku.

Pintu bilikku di ketuk. Aku melihat jam dinding tepat jam 2.30 pm. Temujanjiku dengan klien semalam. Budak bijak dari Johor yang gagal menyesuaikan diri dengan kehidupan matrikulasi.
“ Saya ada klien, kita sambung cerita lain kali ?” aku bersopan santun.
“ Ok. Nanti saya call lagi.” talian di putuskan. Dan aku masih terus meneka.





Bersambung..!

3 comments:

Emma said...

ungu...kisah kenangan itu cuma simbolik sja..untuk mengingatkan kau pada diri nya,tapi sebenarnya ko kena ingat jgk bah ungu..diorang kaum adam ni di tuntut untuk mencari semula tulang rusuk di orang yg kita pigang dari kelahiran kita...jdi mungkin dia dapat tau da ba tu tulang rusuk dia ada tempat ko he he he..ba sia tunggu ja ni...terpapar suatu hari nanti "HAPPY WEDDING NUARINDAH"
kikiki...aramai ti.

UNGU said...

haha..Emma rasa ada kesilapan pemahaman ni. Yg dlm watak tu Nuarindah, bukan Ungu. Watak dia tu teda kaitan dengan saya atau orang lain. Tapi sedikit jalan cerita saya garap dari seribu pengalaman hidup yang kemudiannya saya fiksyenkan..DAPAT SESUATU?na kan, nda sia-sia kamu belayar-layar di sini..!

Emma said...

Ampun tuanku...beribu - ribu ampun,sembah patik harap di ampun..patik menghadap untuk menarik segala kata yang patik keluarkan dari mulut yang tak ada insuran ini...ha ha,sia tau jgk ba tu ari tu kan sia pernah tanya ko ..kan?ngah pengaramai nopo boh..ba bila lgi mau sambung ni...
tak sabar beta menanti nya...penantian itu satu penyeksaan,sehari bagaikan setahun lamanya.

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP