Monday, February 9, 2009

Catatan ringkas dari Sukau

Sebulan bertamu di Sukau, rindu saya masih liar berlari. Mau juga berpulangan ke Teluk Marudu. Katanya lagi mau bersinggahan di Watson dulu. Mau membeli tisu. Saya kata tisu ada dijual dimana-mana. Di luar tandas awam pun ada. Dia jawab tisu spesis yang tu tak elok. Tak sopan. Tisu yang dijual di watson lebih baik-buat penyapu si syer mata..haha. Ada juga pula macam tu ya! Walhal saya sudah berjanji, bukan saya bersumpah bahawa tahun ini saya tidak mau menangis lagi. Tidak mau mengenang masa lalu saya yang serba serbinya menyedihkan. Cukuplah sudah saya berkabung. Rasanya tidak ada apa-apa lagi yang perlu diralatkan.

Sudah lama rasanya saya tidak menulis apa-apa diruangan ini. Kepada rakan-rakan blog yang lain saya mohon maaf. Sepanjang bulan yang lalu saya betul-betul sibuk. Sibuk tahap gaban. Sibuk menyesuaikan diri di tempat baru bah.

Banyak benda menarik disini. Kawasan sekolah yang betul-betul terletak ditebing sungai Kinabatangan amat mendamaikan. Bunyi bot dan feri yang melalui kawasan ini benar-benar menarik perhatian anak gunung seperti saya. Agak luarbiasa dimata saya. Saya ’kebaru-baruan’ agaknya.

Semalam suami Kak Ju ( rakan serumah) mengajak kami ke batu 4. Mula-mula saya hairan kerana setahu saya jalan ke bandar ( Sandakan ) terputus di batu 16 tapi saya mengandaikan ada jalan lain ke batu 4. Saya dan Muni ( rakan sebilik ) menyanyi-nyanyi kesukaan. Bergaya sungguh-sungguh kami. Peliknya kak Ju besa-besa saja. Mana tau kalau batu 4 yang dimaksudkan ialah tamu di batu 4 Sukau. Huhuhu..( mulanya ) kemudian hahahahaha..( akhirnya ). Bayangkan pergi tamu dengan bergaya. Orang memandang dengan hairan. Kami buat-buat muka pelancong..
Pengajaran daripada cerita ini ialah-lain kali tanya betul-betul. Jangan buat-buat tau kalau tak tau.

Saya sebenarnya masih demam ni. Masih macam orang tak betul. Sabtu lepas saya diarahkan membawa budak-budak ke pemilihan mewakli zon ke daerah yang dijadualkan berlangsung minggu depan di Bukit Garam. Pemilihan dibuat di padang kampung Suan Lamba. Padangnya yang becak mengingatkan saya ke sekolah pertama saya, SK Talantang. Padang yang becak berlumpur ini mempunyai nilai tersendiri dimata saya. Saya memerhatikan budak-budak yang bekejar-kejaran. Jatuh tergolek dengan lumpur hanyir menodai baju putih, merupakan fasa-fasa paling seronok dalam kitar hidup seorang manusia. Saya lihat budak-budak bukan lagi berlari tapi berkubang. Saya biarkan. Bertemankan sekaki payung saya bercatwalk ke tengah padang..emm model payung gitu..hehe. Sebenarnya saya cuma mahu melihat dengan lebih jelas suasana segorombolan budak-budak yang leka berkubang. Sedar dengan kehadiran saya, mereka langsung diam. Saya jadi simpati. Ahh..biarkan saja mereka melalui zaman kanak-kanak dengan semahunya. Sekurang-kurangnya bila dewasa, mereka punya kenangan yang diingat-ingat.

Oh ya! Saya ada seorang kawan baru. Nama glamernya Fei Mau ( gambar ). Nama sebenar Khairunnisa Atika. Baru berusia 10 tahun. Istimewanya, dia berfikiran lebih dewasa dari yang saya sangkakan. Dia tidak akan menontan kartun seperti kebanyakan kanak-kanak tetapi lebih minat drama korea dan sinetron dari seberang. Malah dia juga sangat memahami hal-hal orang dewasa. Saya dalam usaha membiasakan dia untuk memanggil saya kakak bukan cikgu. Sesiapa pun akan teringin menjadi kakak kepada budak secomel dia. Hari tu masa bercerita dengan Muni, dia menyampuk begini-ala cikgu, putus ja. Mula-mula memang susah tapi nanti-nanti tu bagus juga. Kami pula yang terkejut beruk.


Emm begitulah kisahnya...

2 comments:

Dearie Pearls said...

Kanak2 yg lebih matang daripada usia..
besh tebing sungai..
amik gambar bah..

UNGU said...

nanti aku tunaikan permintaan ko ya..hehe

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP