Wednesday, November 5, 2008

November 08

Saya baru siap mengemas keperluan yang perlu dibawa ke program Bina TataNegara di Kundasang. Semalam saya terkejar-kejar menyiapkan banyak perkara termasuk mengambil dan membasuh 2 pasang baju baru yang akan digunakan sepanjang ‘membina diri’ nanti. Lepas tu terkejar-kejar mencari kasut dan stokin hitam. Penat. Nasib baik ini adalah program ke3 terakhir sebelum saya balik bercuti panjang. Selepas ini saya akan menghadiri kursus Intel dan kursus induksi.

Opss terlupa, sebenarnya saya baru habis exam. Exam? Hehe..selepas bercuti selama 5 tahun, inilah kali pertama saya berada dalam dewan peperiksaan. Paper semalam ialah bimbingan dan kaunseling kertas 2. Soalan yang tidak pernah saya jangka ialah melukis pelan lantai untuk bilik bimbingan. Pelan lantai? Huhu..terpaksa la saya mengimpikan bilik bimbingan yang ngam dengan ciri yang kami belajar selama ini. 40 minit berlalu, saya dapati saya berjaya menyiapkan pelan lantai ( ikut suka hati) menggunakan ic sebagai pembaris. Sekali pandang macam bilik bimbingan, dua kali pandang macam rumah idaman. Emm, lebih baik jangan pandang la. Mendera korena mata ja..! Bida.

Sebelum saya sampai di kem BTN Kundasang, lebih baik saya mengandaikan yang baik2 saja. Ini pendekatan yang saya gunakan untuk menghilangkan rasa bimbang. Sejak BIG ( Bina Insan Guru ) hari tu, saya betul-betul serik mengikuti program yang macam ni. Mujur dalam jadual saya tidak melihat mana-mana aktiviti yang melibatkan air-kayak, rakit dll dan menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, kebanyakan aktiviti berada dalam kelas. Semoga ini bukan khabar2 angin..

Lagi satu- saya berjaya membuat keputusan penting dalam hidup saya. Nanti kemudian la saya cerita..


Saya tetap percaya bahawa bila Tuhan menutup pintu yang satu, Dia tetap akan membuka pintu yang lain untuk saya-yang lebih baik!

Jumpa lagi lepas BTN!

2 comments:

Zamil Afiq Zulkifli said...

btn kundasang = btn yg paling bersih di malaysia, nyaman, tiptop.. and u will see our prime minister wash their plate after their got breakfast.. nice place with the bckground of mount kinabalu..

UNGU said...

Mr.Apik, btn kundasang-benar bagai dikata. hampir2 mau menetap di sana..hehe

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP