Saturday, November 29, 2008

KISSM ( Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia) (i)

Untuk pengetahuan semua, sekarang ni saya sedang mengikuti kursus Induksi yang berlangsung selama 3 minggu di Dewan Aziz IP Kent, Tuaran. Banyak perkara baru yang saya pelajari terutama berkaitan dengan dasar kerajaan, perintah Am, arahan perkhidmatan, tonggak 12, etika dan segala macam peraturan. Opsyen BK ( Bimbingan dan Kaunseling) bergabung dengan Opsyen PJ ( Pendidikan Jasmani) dan Pra-sekolah menyebabkan bilik ini sentiasa meriah.

Saya lebih terarah dengan budak-budak pj yang pada saya mengamalkan gaya hidup lebih santai ( hehe ). Saya tidak suka sesuatu yg rutin. Suasana yang serius juga mampu membuatkan saya gila. Setiap hari kami memperuntukkan 6 jam untuk kursus ini. Satu angka yang cukup menyiksa zahir dan batin manusia pemalas seperti saya. Dengan suhu yang amat sesuai untuk tidur dan tajuk-tajuk perbincangan yang sangat berat( otak saya dari golongan sederhana) membuatkan saya mencari alternatif memotivasikan diri sendiri. Salah satunya ialah menyediakan pelbagai jenis gula-gula. Alternatif lain ialah mempengaruhi rakan-rakan lain terutama budak pj untuk berteka teki, menyelesaikan masalah matematik ( ui, macam la aku ni terer math ) dan menyambung cerita. Macam-macam la teka-teki yang wujud. Ada yang memang rupa teka teki dan ada juga yang buatan manusia semata-mata.


Contoh teka-teki ( yg ni saya yang jual )


  • Kalau baling batu dalam sungai kenapa ia tenggelam? ( jangan menjawab menggunakan rumus sains)

  • Ada dua ekor anjing berenang menuju ke sebuah pulau. Seekor berjaya sampai manakala yang satu lagi tenggelam. Kenapa ye?

  • Pokok apa paling berani?
    Macam-macam jawapan yang ada. Hehe..

Sebenarnya saya menaip n3 ini pada jam 10.02 malam. Err..apa kaitan? Saya mengantuk la..nanti la esok kita sambung ya.

3 comments:

Dearie Pearls said...

hahahahaaa..
jual beli teka teki plak..
sy mau jawab tp jem ni utak..
haha..
ko bg jwbn bha..
ok, ok.. sy jwb..
1. sebab tu batu mau pie dasar jugak. nda biasa terapung..haha.. berat bha tu batu tu..
2. kenapa tu anjing tenggelam? berat badan berlebihan.. hahahaa
3. Pokok? mmmm.. pokok pisang..
hahaaa.. no reason.. antam jak nie. haha..

UNGU said...

ui buli2 juga ko ni. jawapan soalan 3 tu betul. Tahniah ye. sebabnya, pisang letak jantung d luar. kira berani mati la tu..

soalan 1-sbb batu nda pndi berenang
soalan 2- 1 anjing laut, 1 lg anjing besa..hahahaha

SembilanPuluh said...

u write very well..

ungu

ungu

ungu lagi

ungu lagi

unguNYAungu

unguNYAungu

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP