Thursday, May 29, 2008
Menuju Puncak
sEKALI Lagi !
Mungkin kata kawan saya ada benarnya, bahawa, sangat mudah untuk mencipta kenangan tetapi perlu mengorbankan seumur hidup untuk melupakannya. Opss! Saya tidak pernah berusaha melupakan. Biar cerita hidup disini terus menjadi jamung untuk menerang jalan menuju hadapan.
Kisah silam adalah cermin paling jujur bercerita tentang siapa kita..( Pengumuman, saya masih dalam mood jiwang )!
Sunday, May 25, 2008
Wednesday, May 21, 2008
bIKIN pANAS!
Saya diam. Pensyarah saya pernah kata teknik kesenyapan perlu bagi memberi kita ruang untuk merefleksi diri kembali. Muhasabah diri. Sama ada teknik ini yang kurang berkesan atau saya yang gagal mengaplikasi ataupun dia yang memang jenis tidak lut dengan teknik-teknik seperti ini. Dia gagal menyediakan soalan yang bolah saya jawab. Dia tetap ulang soalan. Akhirnya saya yang pening! Aduh! Sukarnya jadi manusia rupa-rupanya.
Saya biarkan soalan cepu emas itu tergantung. Kalau boleh saya mahu gantung pada kipas siling kelas F004 yang selalu-selalu menjerit minta diganti. Biarlah dia menunggu. Berdiri di hadapan saya sampai hujung semester 2 pun tiada masalah. Saya tidak pernah menyediakan jawapan untuk soalan seperti itu. Kalau didenda junjung kerusi lari pusing padang 10 kali pun tidak apa-apa ( ewah..ada hati kembali di zaman gelap ya).
Dalam hidup ini, ada banyak pertanyaan yang tidak boleh saya jawab. Banyak. Contoh pertama soalan tadi. Kalau dia bertanya sekali lagi, saya akan minta dia balik dan tanya Tuhan ( dengan cara dia) kenapa menghantar saya di sini. ( ini ialah jawapan copy paste dari orang alim-alim ya ).Mudah kan?
Contoh kedua , cinta barangkali!
Akhirnya dia angkat kaki.
oupus oku dika (i)
Saya mula berfikir-fikir. Err lebih kepada mengutuk-ngutuk diri..apalah punya lurus bendul sampai begitu mudah memberikan no. hp hari tu. Saya hampir-hampir mengetuk kepala sendiri...
Saya benar-benar terganggu. Betul. Sampai rasa mau demam. Demam yang lain.
Saturday, May 10, 2008
Happy Mama Day!
#Disempatkan Berkhemah di Balung Eko Resort Tawau ( KPLI PPKM Zon Sabah )
#Hari Ibu
#Hari Guru
#Hari Kaamatan ( bertuahnya negeri Sabah punya penduduk seperti saya)
Antara semua itu, saya memilih untuk mendahulukan sambutan Hari Ibu. Kenapa ? Sebab saya anak emak. Ha ha..
Dalam kesibukan mengurus banyak perkara di Balung Eko Resort tempoh hari, saya tetap mengambil masa untuk menelefon ibu setiap hari. ’Khemahmate’selalu perli. Anak Emak betul. Dalam kesibukan membina gajet dan memindahkan barang-barang kerana banjir, saya masih mencuri waktu untuk menefon ibu. Saya tidak kisah. Saya memang sudah terbiasa begini. Sejak 9 tahun kebelakangan ini, inilah kebiasaan saya. Semua perkara yang saya lakukan perlu mendapat kelulusan dari ibubapa dahulu. Termasuk soal cinta sekalipun..
Saya boleh mengkhianati sesiapa sahaja kecuali IBU saya. Ibu bagi saya ialah yang mengajar saya berdiri, berjalan dan berlari. Yang melihat jatuh bangunnya saya. Yang merawat luka dikaki juga dihati saya. Yang pada ketika semua orang melabel saya manusia paling teruk, dia masih menerima saya. Yang pada masa saya benar-benar gagal dia masih menjulang nama saya setinggi dia mampu. Yang pada masa saya benar-benar melukakan hatinya, dia masih sedia memaafkan saya.
"SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU. MOGA SIHAT DAN GEMBIRA SELALU"
Untuk kasih sayang sedalam itu. Untuk pengorbanan sebesar itu. Saya limpahkan semua harapan dalam doa yang sungguh-sungguh. Doa tulus dari seorang anak yang dia lahirkan dengan hatinya bukan dengan rahimnya.
Walau telah kutuliskan
Seratus sajak untukmu
Tak kan pernah mampu
Menandingi cinta terindah
cinta seorang wanita
Yang sungguh kuhormati selalu
Ialah, Bunda…Tempat pelabuhan baktiku
Yang kudirikan dalam setiap
Pancang dermaga
Persinggahan waktuku
Sekarang
Wajahmu terlihat begitu menua
Penuh gurat-gurat kelelahan
Karena begitu setia menjaga dan merayu
Waktu
Agar selalu bersahabat denganku
Keriput di jemari dan bulir-bulir otot Di lenganmu
Menjadi saksi,
Bahwa kau tidak pernah sekejap saja
Melepaskan genggaman cintamu
Menyentuh dan mengangkat beban hati
Juga menyelimuti hariku yang begitu dingin
Bibirmu kini mengering dan menghitam
Karena tak henti mengalirkan doa untukku,
Setiap pagi, siang dan malam masih ingin singgah
Selama berpuluh-puluh tahun usiaku.
Bunda,
Kaulah segala kasih termurni
Pancaran cahaya bumi
Dan aliran mata air terbening
Yang Tuhan ciptakan
Sungguh kau,
Adalah cinta yang selalu akan termaknai
( http://www.seperti-air-mengalir.blogspot.com/ )