Kawin..? Alahai inilah kata kunci kenapa aku menangis bagai nak rak. Setiap kali pulang ke tanah lahir pasti persoalan inilah yang buat aku rasa tak nak turun dari perut kapalterbang. Soalan inilah yang menyebabkan aku buat-buat pekak bila ditanya dan kadang-kadang terasa pula nak buat-buat buta masa jumpa dengan kawan-kawan lama. Bukan mengelak ( mengelak la tu ) tapi sebenarnya aku tidak menemui sebarang jawapan biarpun selepas buat ulangkaji beberapa kali. Ditanya tentang perihal kawin terasa seperti sedang di'bedah' siasat sebenarnya. Sakit dan sedihnya hati hanya Tuhan saja yang tahu. Kadang kala berjauh hati dan bertanya mengapa mesti aku yang melalui semua ini. Kenapa tidak orang lain sahaja. Kenapa jalan hidup perlu berkeluk liku yang seringkali membuat aku terjatuh- tersungkur bersendirian. Masih lekat dicuping telinga kata-kata mama pagi sebelum keberangkatanku. Lebih kurang begini maksudnya ' aku perlu berkawin kerana aku perempuan dan perlu ada seseorang yang menjaga terutama ketika jauh dengan keluarga'. Alahai mama, aku sudah besar panjang la..tak perlu dijaga lagi-berkawin kalau setakat menyusahkan, lebih baik jangan. Sebenarnya kata-kata ini mahu saja aku luahkan tapi rasa hormatku menegah aku berbuat begitu. Lantas aku pun menjelma menjadi gadis yang sopan santun dan menjawab begini ' nanti la, kalau ada jodoh kawin la saya'. Kalau nak tahu aku sebenarnya benci sangat dengan jawapan itu. Hipokrit sangat. Tapi bila membaca riak terkilan dihati mama aku buat-buat sedih. Akhirnya perbualan kami mati di situ dan rasa kesalku bermula diperut pesawat ini. Selama 2 jam 45 minit diperut pesawat aku hanya berfikir tentang jodoh dan kawin. Dua hal yang buat aku menangis macam orang putus cinta. Si Mata Sepet pula macam tukang tilik. Dari tadi pandang kita tak henti-henti. Ingat aku ada hutang ke dengan dia. Mahu saja aku jerit begitu tapi hanya bergema di dalam hati. Bila masa anak kapal mengumumkan ketibaan kami di LCCT pun aku tak sedar. Yang aku sedar penumpang mula sibuk membetulkan rambut yang tadi macam sarang tebuan, menebalkan kembali lipstik yang dah pudar, membetulkan kain baju yang senget dan banyak lagi ragam lain. Haa ni la tanda-tanda dah sampai di tempat baru. Itu sebenarnya jelmaan dari kata-kata ' aku baru turun kapalterbang la..'Aku..? cuma tergesa-gesa menghidupkan telefon bimbit walaupun berkali-kali anak kapal memberi amaran sambil tangan kiri mencapai beg. Rasanya tak salah sesekali jadi penganas.. Pesanan terbaru tertera di skrin hp buat aku terhenti seketika. Ia berbunyi ' bersyukurlah kerana dipilih untuk melalui semua ini. Dia punya alasan yang kukuh-kerana kamu masih banyak kekuatan untuk menghadapinya '. Membaca sms dari sepupu membuat semangat ku kembali berkobar-kobar. Terasa nak tukar pula nama dalam IC tu jadi Tun Teja.Tak sangka ya semangat membara ni akhirnya buat hati begitu patuh. Tidak menangis lagi. Mujurlah ia tidak meninggalkan sebarang bekas dan tanda. Sebelum meninggalkan LCCT yang sesak ini sempat juga aku mengingati dua baris gurindam jiwa berbunyi begini:- bercerai kasih talak tiada seribu tahun bertemu juga Kenapa ya masih berpantun begini..aku tak habis fikir lagi la.! |
Salam Perkenalan dan Salam Perpisahan
13 years ago
2 comments:
hah, ni baru la tulisan namanya. haha lucu juga o kan ida. nasib baik inda banjir tu areoplane. kalo inda mungkin jatuh kali di LCS tu areoplane tu. ba keep on blogging kio
haha..iya la nasib baik nda banjir.
Post a Comment